LIKE US

Monday, 27 January 2014

AWAN KUDA...!!! PELIK NI.... (SABAH)

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas. Sebelum ni artikel yang telah saya bagi ialah mengenai SALJI dan SEJUK.... tapi kali ni memang tak di duga macam pelik pun ada juga ni.....
Seorang jurugambar Jimmy Omar, berada di puncak Bukit Padang sekitar jam 6.59 pagi semalam ketika terpandang imej awan tersebut.telah menangkap kejadian pelik tersebut di Kota Kinabalu (Sabah). Dia menyedari akan keunikan tersebut, beliau yang kebetulan membawa kamera dengan sepantas kilat mengabadikan detik tersebut. Kelihatan dalam gambar adalah bentuk awan yang menyerupai seekor kuda yang sedang berlari dengan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang. 
 

Credit Imej to Jimmy Omar........

Friday, 24 January 2014

APA...!!! ICE AGE KAT MALAYSIA...???

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas.WOWWWW BANYAKNYA CERITA BERKENAAN SALJI YEK.... sebelum ni kita di kejutkan dengan SALJI yang melanda beberapa negara iaitu MESIR, FILIPINA, VIETNAM, INDONESIA, AMERIKA dan CANADA...... tapi kali ini bukan cerita salji... cerita yang berikutnya CUACA SEJUK DI MALAYSIA.... hehehe nak tergelak pun ada... tapi nak wat camna...? dah memang orang kata sejuk.. kita pun kena kata sejuk juga kan.... sejuk yang macamna...? alaaa macam ICE AGE....
 
Kalau mengikut kajian yang sebelum ni.... memang negara kita Malaysia pernah mengalaminya sebelum ini di sesetengah tempat di Pantai Timur, Utara dan Selatan ..... suhu yang menjengkau 20 darjah celcius ke bawah sebelum ni....Ini disebabkan ANGIN MONSUN dari negara China telah sampai dan memberikan tempias kepada negara kita.... 

Hmmm dengar kata Jabatan Meteorologi ada beritahu bahawa kita semua JANGAN PANIK dan menafsirkan sebarang kemungkinan termasuk SALJI akan ti di Malaysia.... YE KE...? yang ni aku tak pasti, tapi yang pasti sejuk ni dia kata akan habis lagi 2 minggu....

Cuaca sejuk ini bagaikan seperti Ais sebenarnya kan.... Harapan saya, Jangan Malaysia ni jadi Ais atau Salji sudahler.... tapi kita semua kena Redha.... Tuhan maha kuasa, kita tidak boleh melawannya.... akan tetapi kalau Malaysia ni jadi Ais atau turun Salji macam beberapa negara sebelum ni, kita semua hendaklah bersedia menempuh apa jua keadaan.....

Thursday, 23 January 2014

SALJI DI AMERIKA DAN KANADA

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas.WOWWWW BANYAKNYA CERITA BERKENAAN SALJI YEK.... sebelum ni pada tahun 2013 salji telah berlaku di Mesir,  Filipina, Indonesia dan Vietnam. Kali ini pula Salji muncul di Amerika Syarikat dan Canada... tapi kali ini lain dari yang lain..... Ribut Salji dan Polar Vortex yang muncul dan menyebabkan beberapa tempat menjadi AIS.... hmmm dah macam cerita ICE AGE ler pula....


Ribut Salji Melanda Timur Laut Amerika Syarikat dan Canada pada Disember 2013 sehingga 22 January 2014 terkini. nampak gayanya dah macam negara ni darurat pun ada juga.
Kakitangan awam bagai mana pun, diarah bekerja dari rumah.

*Sekolah di Washington, Philadephia dan lima negeri lain, diarah tutup.

 
*Lapan daripadanya, menyebabkan mangsa cedera ringan.
 

*Jadual penerbangan di Washington, Philadephia dan New York City, tergendala.
 

*Jadual perjalanan kereta api di Newark, juga terkesan.
 

*New York - Penduduk di utara- timur Amerika Syarikat disyorkan untuk tinggal di dalam rumah , kerana rantau ini akan dilanda oleh ribut salji yang dijangka akan menurun setinggi 14in ( 35cm ) salji.
 

*Lebih daripada 3,200 penerbangan Amerika Syarikat telah dibatalkan.
 

*New York dan New England dijangka dilanda ribut salji , dengan gusts angin sehingga 72 km /jam.Di Kanada, suhu -26C (- 14F ) dicatatkan di Montreal dan Winnipeg , tidak termasuk faktor angin sejuk . 


 P/S : Nantikan lagi dengan edisi khas 2014..... hehehe.....
 

SALJI DI VIETNAM

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas.Kita telah di kejutkan sebelum ini Salji di Mesir,  Filipina dan Indonesia sebelum ini kan....??? Kali ini pula Salji muncul di Vietnam Pergunungan Sapa, daerah Lao Cai dan Ha Giang pula daaa.... memang agak pelik sedikit sebab negara ni berada di bawah garis khatulistiwa dan tak pernah pun ada salji sebelum nie..... maaf la yek lambat update....


15 Disember 2013, salji dilaporkan turun lagi mulai jam 9.30 pagi sehingga suhu jatuh ke paras beku pada pukul 11.30 pagi di pergunungan Sapa. Sapa juga adalah salah sebuah bandar yang menjadi daya tarikan pelancong untuk merasai fenomena salji pada setiap musim sejuk. Vietnam merupakan negara yang mempunyai iklim unik dimana kawasan selatan beriklim Tropika manakala bahagian utara iaitu hanya di Sapa beriklim sejuk atau dingin.
 

Ini boleh terjadi kerana Allah berkehendak untuk melakukan apa sahaja, mungkin apa yang berlaku di penghujung tahun 2013 adalah sebagai peringatan kepada kita semua yang masih lalai dan alpa. Mungkin tak lama lagi Malaysia pun boleh merasai musim salji.. hehe


 
P/S : Nantikan lagi dengan edisi khas tentang salji lagi yek untuk tahun 2014..... hehehe.....

Wednesday, 22 January 2014

SALJI DI MESIR

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas.Kita telah di kejutkan sebelum ini Salji di Filipina dan Indonesia sebelum ini kan....??? Kali ini pula Salji muncul di Mesir (Tanah Arab) daaa....maaf la yek lambat update.....

Subhanaallah, semacam petanda macam dunia ni nak akhir zaman. Apabila Ribut Salji Melanda Padang Pasir Arab Saudi. Sesuatu yang aneh terjadi pada Rabu lalu (1/9/2013) di Arab Saudi. 


Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang di luar jangkaan.

SUBHANALLAH , tengok pelbagai perkara pelik sudah belaku di dunia ini, gurun yang panas tak turun-turun hujan pon boleh turun salji. Suatu hari padang pasir akan menjadi subur. Buat masa nie dah ada penemuan hutan di bawah padang pasir

P/S : Nantikan lagi dengan edisi khas tentang salji lagi yek.....

SALJI DI INDONESIA

Salam semua, hehehe....APA....!!!! INDONESIA DI LANDA SALJI....????
Semalam ada ramai yang mengatakan bahawa SALJI muncul di Indonesia kan...??? Pelik juga nie.... tapi sumbernya saya cari memang benar ia berlaku di Indonesia, tapi ia sebenarnya berlaku pada bulan OGOS 2013 tahun lepas ler. Mungkin, ada diantara kita yang baru mengetahui mengenainya akhir-akhir ini.


OK YEK..... INI TAHUN LEPAS PUNYA BERITA DAAAAA....

P/S : Nantikan lagi dengan edisi khas tentang salji lagi yek.....

SALJI DI FILIPINA

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas. Sudah hampir sebulan lebih saya tidak mengeluarkan artikel artikel ye... heheheh... kali ini saya akan mengeluarkan artikel dan kejadian pelik 2013 2014 mengenai SALJI.... maaf la yek lambat update.....
 
Satu fenomena pelik sangat luar biasa telah mengejutkan penduduk selatan Filipina 24 JULAI 2013 telah mengesahkan laporan bahawa salji lebat selama 3 jam dilaporkan kawasan-kawasan tertentu dalam kawasan Selatan.



 Saya tak tau nak cakap apa ini sememang nyer fenomena yang pelik kerana negara tersebut berada hampir di garis lintasan khatulistiwa dan tidak mungkin akan berlaku salji kecuali tempat tersebut berada di kawasan tanah yang tinggi. Inilah salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T

P/S : Nantikan lagi dengan edisi khas tentang salji lagi yek.....