LIKE US

Thursday, 30 June 2016

HARI RAYA BAKAL MENJELANG.....

Assalam......

Kuda perang berpacu kencang
Kuda beban berjalan pelan
Maafkan bila aku mengacau korang
Mohon maafkan segala kesalahan


Sebelum Ramadhan pergi..
Sebelum Idul fitri datang..
Sebelum operator sibuk..
Sebelum telegram pending..
Sebelum puasa habis..
Dari hati mengucapkan MINAL AIDIN WAL FAIDZIN
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

JULAI 2016 MINYAK NAIK LAGI

Tahniah! Tahniah!! Tahniah!!! Harga Minyak Sudahpun Naik Kuatkuasa Pukul 12.01pagi tadi.... Dahla Nak Raya... Gaji Kecik.... Rega Naik Plok.....

RON 95 = RM 1.75
RON 97 = RM 2.10
DIESEL = RM 1.60


NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH....

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang pada asalnya tiada nilai. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.


Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 30 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi.... sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 2.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 800% selama 30 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Julai 2016 adalah lebih kurang RM 750).

HARGA MINYAK NAIK LAGI....????

Hehehehe... salam semua kepada peminat setia blog emasfaiz ni..... dulu kita dikejutkan dengan harga kenaikkan minyak.... kali ni pula ura ura menyatakan minyak akan naik lagi.... JANGAN CEPAT MELATAH... JANGAN CEPAT MELATAH.... JANGAN CEPAT MELATAH ok....

Akan tetapi setelah kajian dibuat oleh saya sendiri selaku pemilik blog ini, kemungkinan ia akan terjadi juga kenaikan pada bulan julai nanti..... itu just my PREDICTION saja... tapi jangan lak nak di heboh hebohkan.... semua ini adalah andaian sahaja.....

Sudah ada banyak web, blog, akhbar, media telah keluarkan statement seperti ini... percaya atau tidak, kena percaya juga la yek MINYAK AKAN NAIK HARGA LAGI.... kalau tanya saya berapa, saya akan jawab by my prediction iaitu 10sen sahaja per liter ok... jangan nak bambu saya lak... ini bukan kerja saya... saya pun macam orang lain juga PENYAMPAI INFO..... adiosssss......

Thursday, 9 June 2016

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 2016

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa
 

emasfaiz.blogspot.com ingin mengucapkan kepada seluruh umat islam di dalam dan di luar negara menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan yang bakal tiba ini, semoga diberkati. SELAMAT BERPUASA.....