LIKE US

Thursday, 30 June 2016

NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH....

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang pada asalnya tiada nilai. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.


Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 30 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi.... sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 2.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 800% selama 30 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Julai 2016 adalah lebih kurang RM 750).

HARGA MINYAK NAIK LAGI....????

Hehehehe... salam semua kepada peminat setia blog emasfaiz ni..... dulu kita dikejutkan dengan harga kenaikkan minyak.... kali ni pula ura ura menyatakan minyak akan naik lagi.... JANGAN CEPAT MELATAH... JANGAN CEPAT MELATAH.... JANGAN CEPAT MELATAH ok....

Akan tetapi setelah kajian dibuat oleh saya sendiri selaku pemilik blog ini, kemungkinan ia akan terjadi juga kenaikan pada bulan julai nanti..... itu just my PREDICTION saja... tapi jangan lak nak di heboh hebohkan.... semua ini adalah andaian sahaja.....

Sudah ada banyak web, blog, akhbar, media telah keluarkan statement seperti ini... percaya atau tidak, kena percaya juga la yek MINYAK AKAN NAIK HARGA LAGI.... kalau tanya saya berapa, saya akan jawab by my prediction iaitu 10sen sahaja per liter ok... jangan nak bambu saya lak... ini bukan kerja saya... saya pun macam orang lain juga PENYAMPAI INFO..... adiosssss......

Thursday, 9 June 2016

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 2016

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa
 

emasfaiz.blogspot.com ingin mengucapkan kepada seluruh umat islam di dalam dan di luar negara menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan yang bakal tiba ini, semoga diberkati. SELAMAT BERPUASA.....

Thursday, 22 January 2015

TAKZIAH KEPADA RAJA ABDULLAH

TAKZIAH KEPADA RAJA ABDULLAH (KING ABDULLAH) NEGARA ARAB MENINGGAL DUNIA TADI..... (23/01/15)

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz meninggal dunia pada umur 90, hari ini, lapor stesen televisyen tempatan dan adiknya Salman ditabalkan sebagai raja, menurut satu kenyataan.

Reuters melaporkan Raja Salman dipanggil menghadap Majlis Angkat Sumpah keluarga untuk mengangkat sumpah taat setia kepada Muqrin sebagai putera mahkota dan waris sah. – 23 Januari, 2015.




Credit to - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/raja-arab-saudi-abdullah-meninggal-dunia#sthash.QkPkT4hE.dpuf

Tuesday, 23 December 2014

BAKAL TURUN PARAS RM2 ....

INI ADA BERITA BAGUS BAGI PENGGEMAR PENGGEMAR MINYAK MENTAH.... MINYAK MENTAH DUNIA SUDAHPUN TURUN DARI $115 KEPADA $56 TERKINI.... INI SEMUA DISEBABKAN GEOPOLITIK DUNIA.. HEHEHEHE....


Jadi.. baru baru ini... sempena dengan minyak mentah dunia turun harga.... kerajaan bakal menurunkan harga minyak ke paras RM2 kebawah untuk :

RON 95 dan DIESEL

Ini semua bergantung pada minyak mentah dunia okay... lagipun sekarang minyak dunia tengah mengalami penggapungan terkawal.... hahahaha.... tunggu jek 31hb12 2014 waktu 8.00malam ada pengumuman nanti.....