LIKE US

Monday, 24 June 2013

KISAH BENAR ANAK SAKIT DAN EMAS


Topik kali ini saya akan menceritakan tentang  kisah benar masalah anak sakit dan perlukan modal untuk rawatan pembedahan.


Baru baru ini, kawan isteri saya punya anak sakit dan perlu kos rawatan pembedahan RM2k – RM3k. Kebetulan anak beliau tiada insuran dan tempat yang beliau kerja juga tiada panel….. anaknya berumur 6 tahun. Cerita ini kalau nak dibandingkan macam macam pernah berlaku diluar sana selain dari kisah benar yang saya ceritakan ni.

Jadi… untuk menyelesaikan masalah ni, beliau memang ada Emas dari dulu….. rantai leher 85g masa tu beliau membeli dengan harga 1g=RM80 jek….. beliau pergi ke Ar Rahnu untuk pajak emas tersebut dan sepatutnya beliau mendapat nilai pajakan RM5000, akan tetapi beliau memberitahu hanya mahu RM2000 sahaja.

Masalah beliau pun selesai dan bayar kos hospital tersebut untuk pembedahan anaknya. Sekarang, cuba anda perhatikan betapa pentingnya Emas, dimana emas adalah kalis inflasi dan boleh dapat tunai serta merta apabila kecemasan dan diperlukan segera….. Fikir fikirkanla…..

No comments:

Post a Comment