LIKE US

Sunday, 30 June 2013

INILAH MASANYA UNTUK DI PAJAK

Salam sejahtera kepada semua pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni…. Hari ini pula saya ingin memberitahu sesuatu yang berharga iaitu sekirannya anda ada emas sekarang… sila pajak dengan segera…… nak tahu kenapa…..? hehehehe…..


Lepas ni harga emas dah sah sah naik sebab nak dekat bulan puasa dan raya 2013…… kalau anda pajak hari ini….. lepas raya dan sebelum menjelang deepavali harga sudah naik… anda tebus semula emas anda dan jual….. heheheh…. Banyak untung oooooo….. tapi kalau nak simpan lagi, lagi bagus…..Ingat….. Pajak hari ini juga….. 


Sharing is caring

Saturday, 29 June 2013

ALERT - HARGA TURUN MASA SESUAI

Salam semua, inilah masa yang sesuai untuk anda beli emas.... harga sekarang tengah turun
999 =  RM155
916 =  RM145

Pastikan anda mendapatkan peluang keemasan anda dimana mana kedai..... kerana lepas ini harga confirm akan naik semula mungkin sebelum hari raya yang bakal menjelag tiba atau selepas hari raya.... ini semua kemungkinan yang akan berlaku........ dapatkan SEGERA emas emas emas.....jangan tunggu lagi hehehheheh....

Sharing is caring

Friday, 28 June 2013

TIPS : CARA PAJAK EMAS DI AR-RAHNU

Salam semua, kali ini saya akan menceritakan pula cara untuk pajak emas anda mengikut kesesuaian di Ar-Rahnu. Cerita dia senang saja.

1.    Pastikan semasa pajak emas anda gunakan 1 borang untuk 1 emas. Kenapa saya berkata begitu…..? sebab senang nanti untuk anda tebus emas anda 1 per 1. Cuba anda bayangkan anda ada 5 emas dan nilai marhumnya RM10k….. anda pajak emas anda semua sekali dalam satu borang… apa akan terjadi……? Sukar bagi anda untuk tebus kesemua sekali melainkan anda ada banyak duit untuk penebusan semula. Kalau 1 per 1 menggunakan satu borang kan senang…

Dan ada juga beberapa tips lain yang perlu anda tahu semasa membuat pajakan emas iaitu :

2.    Pajak mengikut modal yang anda perlukan sahaja. Contoh anda perlukan RM2k tetapi masa pajak nilai marhumnya RM5K dan nilai pinjaman RM3k. Anda beritahu je orang tu yang anda nak Cuma RM2k saja.

3.    Pastikan anda tidak pajak emas yang berseal kerana anda akan kerugian 25% dari harga semasa


4.    Pastikan anda tebus emas anda secepat mungkin, jangan tunggu sehingga tempoh matang 6 bulan.

5.    Pastikan anda memilih masa yang sesuai untuk pajak maksud masa sesuai ialah semasa harga emas tengah jatuh dan yang paling penting sekali jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta!

6.    Pastikan anda menjaga nama baik anda kerana semasa pajak emas anda di bank yang ada perkhidmatan ar-rahnu…. Nama anda akan tertera di CCRIS. Sekiranya anda mahu nama anda tiada dalam CCRIS, itu senang saja…. Anda pajak saja di koperasi seperti kojuta atau yapeim atau kedai kedai emas biasa.



Sharing is caring

Thursday, 27 June 2013

PELABURAN BIDANG HARTANAH VS RUMAH VS EMAS


KEUNTUNGAN MEMBELI RUMAH

-Boleh menyewakan terus (paling utama).
-Tidak perlu mengubahsuai rumah.
-Boleh refinance rumah tersebut.
-permintaan pasaran tinggi.
-Kenaikan harga tahunan yang tinggi.
-Harga rumah sekarang Rm50,000 – maksimum.
-Rumah perlu di dalam keadaan baik jika hendak dijual.
-Bukan harta warisan yang baik ,jika hendak dibahagikan kepada bilangan anak yang ramai.
-Memerlukan khidmat peguam dalam urusan penjualan.


KEUNTUNGAN MEMBELI TANAH

-Boleh diusahakan untuk menanam sawit/getah(paling utama).
-Boleh mohon agrobank untuk membuat pinjaman.
-Permintaan pasaran tinggi.
-Kenaikan harga tahunan yang tinggi.
-Harga tanah dari serendah RM35,000 seekar ke harga maksimum
-Hasil pertama dapat dituai ,sekurang-kurangnya pada tahun ke-4 jika diusahakan.
-Memerlukan tenaga kerja serta modal untuk diusahakan.
-Memerlukan Peguam dalam urusan penjualan.


KEUNTUNGAN MEMBELI EMAS

-Emas adalah aset.
-Kenaikan harga tahunan emas adalah tinggi,sekitar 30%-40% setahun..sejarah membuktikan kenaikan harga emas 500% 10 tahun lepas.
-Emas magnet kekayaan dan kalis kemiskinan.
-Emas kalis inflasi.
-Emas jongkong dan juga emas perhiasan boleh di pajakkandi Ar-rahnu dan pinjaman diberikan sebanyak 65%-70%,jika memerlukan wang untuk digunakan(bermakna aset tidak hilang).
-Emas harta warisan terbaik kepada anak-anak.boleh di berikan sama rata dan tidak timbul perasaan tidak puas hati.
-Modal yang kecil serendah RM700.00.
-Boleh memberikan keuntungan maksimum sehingga 40% hanya dalam setahun ,tanpa perlu penyelangaraan atau tenaga kerja,jika hendak di jual semula.
-Tidak memerlukan peguam dalam urusan penjualan.
-Emas adalah pelaburan didalam kawalan anda,tanpa perlu mengupah orang untuk menjaganya.

Credit to Gabungan gabungan otai Pelaburan

APABILA KENDERAAN ROSAK DI LEBUHRAYA

Salam semua, kali ini saya nak bagi Tips sikit sekiranya kenderaan anda rosak di lebuhraya. Memang topik ini tak ada kena mengena dengan emas, tapi ini adalah sekadar info untuk semua sebab tak lama lagi kita akan berpuasa dan berhari raya. Berikut adalah beberapa tips yang perlu anda tahu......

  •     Pastikan anda guna khidmat PLUS untuk menunda kereta anda secara percuma hingga ke tol yang terdekat
  •     Pastikan anda tunda kereta hingga ke tempat tinggal anda walaupun jauh, untuk mengelakkan daripada kereta anda dibaiki di kedai kereta yang anda tidak kenal
  •     Pastikan anda hantar kereta ke kedai kereta yang anda selalu servis
Sharing is caring

Tuesday, 25 June 2013

KUALITI DAN KETULENAN EMAS


  1. 24.0 KARAT = 999.9
  2. 22.8 KARAT= 950.0
  3. 22.0 KARAT= 916.6
  4. 20.0 KARAT= 835.0
  5. 18.0 KARAT= 750.0
  6. 14.0 KARAT= 585.0
  7. 10.0 KARAT= 417.0
  8. 09.0 KARAT= 375.0 
Mesti anda tertanya tanyakan apa yang saya taip kan tu..... okay cerita dia senang jek... lagi tinggi karat maknanya lagi tulen lah emas tu..... lagi kurang karat, maksudnya lagi kuranglah ketulenan emas tu...... dan ada lagi satu, pernahkah anda dengar emas sadur....? tahukah anda apakah itu emas sadur....? emas sadur ialah emas celup maksudnya logam yang diselaputi dengan emas tapi kualitinya kurang dan emas tu harganya murah dari emas tulen..... hehehehhe......

TEKNIK RAHSIA 1001

Jeng...... jeng...... jeng...... mesti anda semua terfikir bukan, kenapa saya letak tajuk Rahsia 1001 kan? Anda semua ingin tahu apa bendanya tu....? ok sebenarnya saya akan mengajar anda satu TEKNIK RAHSIA 1001 bagaimana emas yang baru harganya RM160 1gram tapi anda boleh dapat cuma RM90 untuk 1gram... tak kira dimana mana samada kedai emas terkemuka atau kedai emas biasa.

Saya akan beritahu RAHSIA 1001 ini apabila Count Visitor di blog emasfaiz ni mencecah 1001 pembaca....... jeng jeng jeng....... mungkin disini saya minta kerjasama dari anda semua untuk mempromote blog saya ni.... saya tak jual apa apa pun... malah ilmu yang percuma saya beri lagi ada....... tanpa apa apa bayaran... dan saya cuma beritahu rahsianya saja... hehhehe.....

KETAHUI RAHSIANYA DI (KLIK SINI)




Sharing is caring

Monday, 24 June 2013

KISAH BENAR ANAK SAKIT DAN EMAS


Topik kali ini saya akan menceritakan tentang  kisah benar masalah anak sakit dan perlukan modal untuk rawatan pembedahan.


Baru baru ini, kawan isteri saya punya anak sakit dan perlu kos rawatan pembedahan RM2k – RM3k. Kebetulan anak beliau tiada insuran dan tempat yang beliau kerja juga tiada panel….. anaknya berumur 6 tahun. Cerita ini kalau nak dibandingkan macam macam pernah berlaku diluar sana selain dari kisah benar yang saya ceritakan ni.

Jadi… untuk menyelesaikan masalah ni, beliau memang ada Emas dari dulu….. rantai leher 85g masa tu beliau membeli dengan harga 1g=RM80 jek….. beliau pergi ke Ar Rahnu untuk pajak emas tersebut dan sepatutnya beliau mendapat nilai pajakan RM5000, akan tetapi beliau memberitahu hanya mahu RM2000 sahaja.

Masalah beliau pun selesai dan bayar kos hospital tersebut untuk pembedahan anaknya. Sekarang, cuba anda perhatikan betapa pentingnya Emas, dimana emas adalah kalis inflasi dan boleh dapat tunai serta merta apabila kecemasan dan diperlukan segera….. Fikir fikirkanla…..

DUA ASET DALAM SATU MASA

Salam sejahtera kepada pengunjung pengunjung blog emasfaiz saya ni… hehehheh… kali ini saya akan menceritakan tentang realiti Dua Aset Dalam Satu Masa. Maksud saya ialah Emas dan Motor. Katalah anda ada RM10,000, Anda ingin membeli motor bernilai RM6,000 (motor standard) janji  boleh lepas pergi dan balik kerja cukup ler…. Hehehhehe. Kita juga kena faham yang asset kita beli tu susut nilai ok.

Cara yang bijak adalah, gunakan cash RM10K tadi, beli emas dulu. Kemudian pajakkan emas tadi di Ar Rahnu. Anda akan dapat cash segera RM6500 (65% dari nilai emas anda). Baru gunakan duit pajak tersebut untuk beli motor. Motor RM6000 yang baki RM500 tu anda simpan untuk bayar kos upah simpan kat Ar Rahnu nanti bila anda nak tebus emas anda okay.
 
Haaa…. Heheheh… kan anda dah dapat dua asset tu….okay mesti anda tertanya juga kan macamana nak dapat bali emas anda tadi kan……? Ok senang jek….. anda tunggu 3-5 tahun, nak tahu sebab apa…? Kita just ambil contoh emas akan naik setiap tahun 25-30%. Jadi disini anda tunggu jek 3-5 tahun untuk tebus semula emas tu sebab selepas 5 tahun dah jadi 100-150%. Dari segi nilai dah jadi RM20,000. Kalau nak tebus anda cuma perlu bayar emas tu RM6,500 je. At last anda beli motor tadi percuma je hehehehe…..

Shahring is caring

Sunday, 23 June 2013

BIJAK WANG

Guna wang secara berhemah yang kita ada dengan cara yang bijak. seseorang yang pandai akan mengira jumlah wang yang dia ada. Anda digalakkan agar menyimpan sebanyak 10% daripada nilai wang yang anda ada, sebagai contoh jika anda mempunyai sebanyak rm1000 pendapatan sebulan maka anda bolehlah menyimpan rm 100. Sebagai langkah yang lebih bijak simpanlah di ASB yang mana ianya dijamin oleh kerajaan dan bebas daripada cukai.


Simpanan anda ini akan berganda dari setahun ke setahun dan anda boleh menggunakan wang ini pada masa kecemasan. Langkah bijak menyimpan ini bukan sahaja akan membantu anda malah mengelakkan anda daripada dibebani hutang dan meminjam daripada ceti haram yang boleh membahayakan nyawa anda.

Credit to toyip-wang.blogspot.com

KUALITI & KUANTITI EMAS UNTUK PELABURAN

3 Cara yang mungkin digunakan oleh Pelabur

1) membeli emas pada kuantiti besar100g,500g,1kg
2) membeli emas pada kuantiti medium 10g,20g
3) membeli emas pada kuantiti kecil 0.5g,1g,5g


berdasarkan 3 cara diatas terdapat kelebihan dan keuntungannya.. tetapi semuanya bergantung kepada tuanpelabur,

1) Membeli emas pada kuantiti besar 100g, 500g, 1kg
Terdapat kebaikan jika membeli emas pada kuantiti yang besar antaranya ialah dapat mengurangkan spread harga ( harga jual beli). apabila spread rendah pelabur dapat mengurang tempoh memperolehi keuntungan kerana spread harga dpt diatasi dengan cepat jika dibandingkan membeli pada kuantiti medium dan kecil. Dalam dunia pelaburan emas fizikal, anda perlu paham terdapat 2 kategory pembeli iaitu syarikat yang membekal emas( syarikat yang menjual emas kepada anda) dan pembeli emas seperti anda. jika anda mahukan keuntungan yang maksima anda perlu menjual kepada pembeli bukan kpd syarikat kerana syarikat akan membeli pada harga “we buy”. jika anda pandai mencari pembeli anda boleh memperolehi keuntungan lebih kerana anda boleh naikkan harga we buy tersebut.. point saya ialah pada kuantiti besar pelabur mungkin sukar untuk mencari pembeli,kerana harga yang tinggi.. akhirnya pelabur terpaksa menjual kepada syarikat asal..

2) Membeli pada kuantiti medium 10g,20g
secara peribadi saya galakkan pelabur memberi pada kuantiti ini kerana spread harga yg sederhana dan pelabur boleh menjual pada pembeli.. kerana ianya mampu dibeli oleh pelabur lain jika dibandingkan dengan kuantiti besar..

3) Membeli pada kuantiti kecil 0.5g,1g dan 5g

kelebihan pada kuantiti kecil ialah ianya mampu milik. ianya sesuai untuk golongan yang mempunyai simpanan yang kecil.. antara kelebihan lain ialah ianya dpt dibeli secara bulanan.
tetapi harganya we sellnya tinggi kerana disbbkan factor minted,mold dan harga beli semula yang rendah. ini menyebabkan spread menjadi tinggi. disini saya simpulkan bahawa

membeli pada kuantiti yang besar mengambil masa 1 tahun untuk memperolehi keuntugan minima pertama.
membeli pada kuantiti sederhana mengambil masa 1 tahun setengah untuk memperolehi keuntungan minima yang pertama.
membeli pada kuantiti kecil mengambil masa 2-3 tahun untuk memperolehi keuntungan minima yang pertama.

keuntungan diatas bergantung kepada timing yang sesuai.

Credit to hargaemas.com.my

Friday, 21 June 2013

KERETA PROTON SV DAN EMAS - Part 3

Salam semua, topik ini adalah penyambungan cerita dari tajuk Kereta Proton SV dan Emas part 1 dan part 2. Topik ni nak selesaikan kes 172g untuk menjadi 400g atau lebih. Sekarang ni saya nak bagi point sikit jek… harap korang semua faham…. Hehehe….bagaimana…?

Contoh :
172g emas menjadi 400g emas atau lebih…… senang jek… tapi ini lebih murah dari apa yang anda sangkakan dari cerita kereta tu. Ok nak tahu macamana…? Kita estimated emas baru harga RM160…

Option Pertama
Pembayaran kadar purata bulanan kereta tu RM400, jadi…. Gunakan duit itu untuk membeli emas sebanyak 2.5g setiap bulan selama 8 tahun…. Haaa… kan dah jadi 400g, kalau tak caya cuba kira…


Option Kedua
172g emas menjadi 400g emas atau lebih……
Pajak 172g anda dapat 65% = RM25,284
Guna RM25,000 untuk beli emas 156g
Pajak 156g tadi dan dapat RM14,905
haaa…. Guna RM12,000 beli lagi 75g
hehhehehe… cuba calculate, kan jadi 403g…?




Ok kita tengok pula pada baki duit yang tak guna tadi iaitu RM284 dan RM2905 jumlah RM3189 kan….? Bukankah RM3k tu downpayment kalau anda beli kereta tu…? Bukankah yang anda akan tebus emas anda Cuma 328g saja sebab 75g masih lagi di dalam tangan anda….? Bukankah emas boleh ditebus semula satu persatu…? Bukankah akhirnya selepas tebus emas itu anda ada dua asset iaitu emas dan kereta….? Bukankah harga emas akan naik setiap tahun antara 15% hingga 30%.....? Tahukah anda sekiranya penebusan emas anda tu akan ikut harga semasa masa anda pajak….. dan ianya bukan ikut harga semasa emas sekirannya anda ingin tebus….? Tahukah anda emas ni kalis inflasi…..? Tahukah anda sekiranya anda buat loan bank anda kena bayar balik RM45,000 sedangkan harga kereta cuma RM34,000….? Jawapan kesemuanya itu ada pada anda…. Fikir fikirkanlaaa……. Hehehe….

KERETA PROTON SV DAN EMAS - Part 2

Bertemu kita kembali dalam tajuk Kereta Proton SV dan Emas part 2. Topik ni penyambungan daripada part 1 yang saya ceritakan sebelum ni. Okay, benda yang sama pasal emas 400 Gram tu…. Yang ni lagi senang.

Contoh :

400 Gram Emas yang anda ada itu jangan jual kesemuanya, anda Cuma jual 235 gram saja untuk mendapatkan kereta tu cash, nak tahu macamana….? dimana ianya jimat kos dan masa.
235 gram x RM150 (harga sbg used gold) = anda dapat RM35,250 dan beli kereta tu cash RM34,000 anda ada baki dalam RM1250 dan baki itu juga anda beli emas lagi untuk topup emas yang anda dah jual tadi……. Adakah anda faham…? Ok senang jek….400g – 235g = 165g


 
Beli 7g emas guna RM1250 baki tadi, so dah jadi 165g + 7g = 172g. Tapi adakah anda perasan yang anda dapat kereta secara tunai tadi….? Adakah anda perasan yang emas 400g berkurangan dan anda beli lagi emas guna baki RM1250 tadi…..? Terfikir tak anda bahawa 172g emas yang anda ada tu boleh menjadi 400g semula…..? bagaimana…. Heheheh…???? Kita bersambung topik ini ke part 3 nanti… tunggu…..

Sharing is caring

Thursday, 20 June 2013

KERETA PROTON SV DAN EMAS - Part 1

Salam semua.... anda semua mesti terfikir bukan? kenapa saya meletakkan tajuk untuk post kali ini Kereta Proton SV dan Emas kan.....? hehehe... ini ada satu crita sikit, bukannya apa... sekadar nak bagi tips saja. Tips apa yek...? ok tanpa lengahkan masa saya nak beritahu dengan adanya 400Gram emas, anda akan dapat beli Kereta Proton SV ni secara cash...
nak tahu macamana?... senang jek and simple calculation...


Contoh : 
400 Gram Emas yang anda ada, pajak kat Ar Rahnu, so dapat dalam 65% = RM38,220 anda just beritahu mereka yang anda perlukan RM35,000 saja.

Bila sudah dapat RM35,000 itu, anda pergi je kat kedai proton yang terdekat dan buat tempahan kereta sv tu. Beritahu jek nak bayar cash kat salesman tu... hehehhe... sebelum tu harga kereta proton tu RM33,900 kan.... anda gunakan cuma RM33,900 tu saja... yang balance RM1100 tu anda simpan dan jangan gunakan duit tu sebab duit tu anda akan gunakan untuk kos upah simpan kat Ar Rahnu tadi.

OPSSS... sebelum saya terlupa tentang Ar Rahnu tadi, pastikan anda tak buat Ar Rahnu kat bank, bukannya apa.... sebab rekod anda ada kat CCRIS nanti susah nak buat apa apa loan.... so saya suggest anda Ar Rahnu kat Koperasi contoh KOJUTA atau YAPEIM... good luck.


Sambung balik cerita kereta tadi.... sekarang ni anda dapat kereta proton tu sbb anda dah bayar cash kan, skarang anda kena fikir sbb apa saya suruh guna konsep ni. Sebab sekiranya anda buat bank loan 9 tahun 10% downpayment dan bulan bulan nak kena bayar tahun pertama RM250 tiap bulan, pastu tahun 2&3 kena byr RM320 tiap bulan, tahun 4,5,&6 kena bayar RM410 tiap bulan, tahun 7,8,&9 RM430 tiap bulan dan last payment RM392.00 so total hampir RM45k. so kat situ dah nampak berapa interest bank kan.

Okay, adakah anda faham maksud saya...? heheheh.... pernahkah anda terfikir Teknik Average yang saya ajar dahulu.... lihat sini sebenarnya anda akan membayar juga ke Ar Rahnu sbb konsep pinjaman kan cumanya Ar Rahnu ni ada upah simpan dan tidak seteruk interest bank, bukan saya nak salahkan pihak bank tapi kalau boleh bersifat islam sikit ler.... ok kita ke conclusion cerita ini, anda perlu bayar Ar Rahnu tiap bulan RM400 jek selama 7 tahun je kan senang je tu takyah tunggu 9 tahun, harga yang anda bayar adalah harga kereta tersebut tak lebih pun... dan ingat tak yang saya suruh simpan RM1100 baki tadi....? yang tu sbb nak bayar upah simpan kat Ar Rahnu ler.....

Kita akan bersambung lagi tajuk ini pada part 2 esok okay........


RM ATAU EMAS ?

Salam semua kepada semua pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni. Kali ini saya ingin mengajak anda supaya lebih berfikir lagi tentang kelebihan membeli emas fizikal ini. Ilmu ini saya belajar dari menotr saya dan saya kongsikan kepada anda.

Contoh :

Shahrul (kawan saya) mempunyai wang tunai sebanyak RM 100k dalam ASB. Pada masa yang sama shahrul ingin membeli sebuah kereta yang berharga RM 70k untuk kegunaanya. Bagaimana dan apakah langkah yang patut dia lakukan ?

1. Membuat pinjaman Bank sebanyak 70k untuk membeli kereta itu dan membayar ansuran sebanyak RM 770 sebulan selama 9 tahun dan pendahuluan sebanyak RM 8000. Dan dari dividen ASB purata 8% setahun untuk membayar installment kereta itu.

(RM100,000 - RM 8000) x 8% = RM 7360 setahun
Installment kereta setahun = RM 770 x 12 = RM 9240
Jadi beliau kena tambah RM hujung tahun sebanyak RM 1880 lagi setiap tahun untuk membayar installment kereta.

total yang perlu dibayar selama 9 tahun = RM 1880 x 9 = RM 16920, itu tidak termasuk kos-kos sampingan termasuk penyelenggaraan dan sebagainya.



2. Tetapi jika beliau seorang pelabur yang bijak, saya cadangkan kepada dia beli emas dengan duit tunai beliau RM100,000 kemudian pajak kan di Ar-rahnu dan mendapat 70% nilai pajakan beliau sebanyak RM 70,000. kemudian dengan duit RM 70,000 tadi beliau membeli kereta itu.

Dengan Kenaikan purata emas sebanyak 25 % (fakta) maka pada tahun ketiga kenaikan harga emas beliau telah menjadi 75 % iaitu RM 175,000. Pada ketika itu Beliau boleh menjual emas tersebut.

Upah Sewa di Ar-rahnu selama 3 tahun = 100,000 / 100 x 0.75sen x 36 bulan = RM 27000

nilai semasa - pinjaman - upah simpan = untung dalam tangan
RM175,000 - RM70000 - RM27000 = RM 78000

Setelah 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 78000

jadi modal asal RM 100,000 - untung dalam tangan RM 78000 = RM 22000

jadi maksudnya dia beli harga kereta RM70,000 tapi cume bayar RM22,000 sahaja .


tanpa perlu 'topup' lagi duit anda setiap tahun. dan upah simpan pun beliau boleh bayar setiap bulan sebanyak RM 750 lebih kurang dari ansuran kereta secara bulanan. Jadi anda boleh kira sendiri berapa perlu dibayar ? Menguntungkan bukan ?

Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu untuk memanipulasikan kewangan melalui emas. jangan bazirkan setiap sen wang anda. sentiasa sandarkan kepada emas

Konsep emas ini sangat subjektif dan mudah, yang penting anda tahu cara pengurusannya. Anda tak perlu bayar untuk ilmu yang tidak bernilai ini, cukuplah sekadar anda memahami konsep ini dan bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian itu dan purata kenaikan emas sebanyak 25 %, jika 30 % atau harga minyak dunia naik. jadi fikir-fikir kan ler... hehehe...

Sharing is caring

KELEBIHAN BISNES JUAL BELI EMAS

Ada ramai juga tanya saya nak buat bisnes emas, tapi saya cuma boleh syorkan bisnes emas ni bagi siapa yang ada MODAL besar. Pada asalnya, saya bukan nak berniaga emas. Saya jadi pembeli biasa sebab saya beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer. Daripada duit tu saya simpan di emas yang untungnya 15% - 25% setahun

Tapi bila saya ada ILMU pasal pelaburan emas, dan berkongsi dengan ramai kawan-kawan semata-mata untuk sebarkan ilmu secara personal, di blog dan di facebook, alhamdulillah, ramai orang datang nak baca cerita tentang emas. Jadi, saya nak tak nak, saya akan membantu / tolong orang lain melabur dalam emas / berniaga emas. Dan sekarang, untung jual beli emas jauh melebihi untung simpan emas. Kalau untung simpan emas 25% setahun, untung jual beli emas sekitar 20% sebulan! Alhamdulillah... 45% setahun

Apa yang saya nampak, ada beberapa kelebihan bisnes emas ni iaitu;
  •     Emas senang dijual
  •     Tak perlu cari customer
  •     Jual untung, tak jual pun untung
  •     Jana pendapatan atas harta sedia ada
  •     Senang di Ar-Rahnu kan
  •     Harga emas turun, untung berganda!
  •     Jual emas sendiri tanpa spread
- Sharing is caring -

Tuesday, 18 June 2013

KENAPA KENA ADA 1 GRAM EMAS ?

Salam sejahtera kepada pengunjung pengunjung blog saya nie... hehehe... topik kali ni saya ingin memberitahu kepada anda semua tentang pentingnya emas..... ada 1 gram pun dah memadai....tapi, kalau lebih lagi elok, nak tahu kenapa....? iyala... dengan 1 gram emas macam macam benda anda boleh dapat antaranya....

  • Penginapan percutian di hotel standard 2 hari 1 malam atau
  • Susu anak untuk sebulan atau
  • 5 kampit beras 10kg atau
  • 3 kali tambang pegi balik KL-JB atau
  • 3 kali topup RM 50 atau
  • 12 kali tengok wayang atau
  • Satu handphone biasa dan lain lain lagi

dimasa akan datang ia akan lebih berganda-ganda dari sekarang....
jadi sebelum ia jadi terlalu mahal, mari mula mengumpul emas dari sekarang

Monday, 17 June 2013

TIPS - NAK SIMPAN EMAS DI MANA ?

Salam semua... kali ini saya akan memberitahu beberapa tips untuk simpan emas anda, antaranya
  • Simpan di rumah : Anda perlu kenalpasti tempat yang selamat untuk menyimpan emas berkenaan di rumah anda seperti di bawah katil, atas almari, dalam kotak suis, dalam peti sejuk, dan lain-lain
  • Simpan di Safe Deposit Box (SDB): Berbaloi sekiranya anda mempunyai sejumlah emas yang mampu ‘fully utilize’ SDB yang anda sewa itu. Selain dari kalis api dan kecurian, ia turut dilindungi insuran. Anda boleh tambah kadar insuran perlindungan bergantung kepada keperluan.
  • Simpan di ar-rahnu: Selain dari selamat, anda juga akan mendapat sehingga 70% dari nilai emas anda. Anda hanya perlu membayar upah sewa pada kadar 7.2% setahun dari nilai marhum emas yang anda gadaikan. Ia dilindungi insuran dan membolehkan anda menambah stok emas lagi dan lagi walaupun modal anda adalah terhad. Beli emas semasa ia murah dan bayar secara ansuran tanpa faedah setiap bulan dan nikmati keuntungan apabila nilai emas meningkat kelak.
SELAMAT MENYIMPAN......
Credit to hargaemas.com.my

BERITA EMAS


Selamat Menonton

TIPS - TEKNIK PAJAK DAN UNTUNG

Salam semua pengunjung pengunjung blog saya... heheheh... kali ini saya akan memberitahu tentang "TEKNIK PAJAK UNTUNG "senang je ni....

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu
2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
4. Kira keuntungan

TEKNIK 2 :PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL KEMUDIAN PAJAK, KEMUDIAN BELI EMAS FIZIKAL LAGI.
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie.
No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, jual emas fizikal tersebut pada harga tinggi
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
7. Kira keuntungan anda

Sharing is caring

Sunday, 16 June 2013

FAKTA TENTANG EMAS

1.    Perkataan” Gold” Berasal Dari Perkataan Lama Bahasa Inggeris”Geolu”Bermaksud Kuning.
2.    Sekitar 161.000 Tan Emas Yangn Telah Di Lombong Oleh Manusia.
3.    Terdapat Jumlah Anggaran 10 Bilion Tan Emas Di Lautan Dunia,Itu Adalah 25 Tan Emas Bagi Setiap Kilometer Padu Di Laut.
4.    Mata Wang Kebanyakkan Ekonomi Barat Adalah Menggunakan Standard Emas Sehingga Tahun 1961.
5.    Switzerland Adalah Negara Terakhir Whosecurrency Terikat Kepada Emas.40% Franc Switzerland Telah Disokong Oleh Emas Sehingga Switzerland Menyertai Imf Pada Tahun 1999.
6.    Duit Syiling Emas Paling Mahal Di Dunia Ialah 1933 Double Eagle,Yang Dijual Di Sotheby Di New York Pada Tahun 2002 Untuk $7,59 Juta.
7.    Elvis Presley Memiliki Tiga Kereta Yang Di Keluarkan Oleh Syarikat Motor Stutz,Di Mana Tiap-Tipa Bahagian Yang Biasanya Krom Telah Di Tukar Kepada Emas.
8.    Emas Yang Tulin Tidak Menyebabkan Kegatalan Kulit.
9.    Sesetengah Pesakit Artritis Reumatoid Menerima Suntikan Cecair Emas Untuk Melegakan Kesakitan.
10.    Dua Pertiga Emas Dunia Datangnya Dari Afrika Selatan.
11.    India Merupakan Pengguna Terbesar Di Dunia Emas Pada Hari Ini.
12.    Penyelia Topi Keledar Angkasawan Disalut Dalam Satu Lapisan Yang Sangat Nipis,Telus Emas (0,000002 Inci) Yang Mengurangkan Silau Dan Haba Daripada Cahaya Matahari.
13.    Number Atom Untuk Emas Adalah (79)
14.    Emas Di Gunakan Sebagai Logam Untuk Mata Wang Dan Ia Adalah Simbol Kemewahan Dan Simpanan Kakayaan Individu.
15.    Pada Tahun 2008,China Telah Memintas Afrika Selatan Sebagai Pengeluar Terbesar Emas Di Dunia.Ini Kali Pertama Berlaku Sejak Afrika Selatan Mula Mengeluarkan Emas Pada Tahun 1905.
16.    Emas Di Gunakan Secara Meluas Di Seluruh Dunia Sebagai Tambatan Mata Wang.Amaun Emas Yang Disimpan Bank Negara Sama Jumlah Dengan Nilai Wang Kertas Yang Di Cetak Untuk Digunakan Dalam Urusan Seharian.
17.    Tamadun Melayu Srivijaya&Majapahit Menggunakan Emas Sebagai Mata Wang Untuk Perdagangan Maritim.
18.    Nabi Sulaiman Dan Empayar Agungnya Menghiasi Istana & Kerajaan Nya Dengan Emas.

Credit to cassagold.com

Saturday, 15 June 2013

ORANG DAHULU SUKA MENYIMPAN EMAS

Salam semua, kali ini saya ingin memberitahu tentang fakta

Kita lihat orang tua-tua dahulu dengan orang sekarang.Orang dahulu tiada duit kertas tetapi banyak tanah dan emas. Orang sekarang banyak duit kertas tetapi tiada tanah dan emas.

Mungkin , kita harus kaji mengapa orang dahulu lebih suka menyimpan kekayaan dalam bentuk tanah dan emas berbanding menyimpan duit kertas .

Pelikkan? Walaupun orang dahulu tidak sekolah tinggi namun mereka bijak berfikir untuk mengumpul harta yang nilainya meningkat dari masa ke semasa.

SHAHRING IS CARING.....

9 BULAN ASET RM1JUTA

Salam sejahtera kepada pengunjung pengunjung blog saya ni... hehehe.... kali ini saya ingin menceritakan suatu kisah benar mengenai seorang pelabur tegar yang kini semakin kaya dan berjaya dengan pelaburan emas dan perak fizikal. Dia ni adalah mentor saya.... hehehe.... kerana untuk menjadi kaya dengan pelaburan emas ini adalah ILMU.

Mentor saya ini, dahulunya adalah seorang pekerja kerajaan dengan gaji RM 1400 sahaja. tetapi dengan ilmu yang beliau ada beliau telah menjana kekayaan dengan aset 1 juta dalam masa 9 bulan sahaja.Semuanya bermula dengan pelaburan emas dan perak fizikal. Dan sekarang beliau menjadi pelabur sepenuh masa dan telah pun mencapai impian beliau menjadi orang kaya. Persoalannya bagaimana beliau lakukan ?

Inilah yang saya selalu tekankan. tiada yang mustahil jika anda fokus dan ingin mencuba sesuatu yang baru. dan yang paling penting gunakan emas dan perak fizikal. dan kembali kepada " wang sebenar" dan bukan "wang kertas".

Jika anda tidak pasti anda boleh cari seseorang yang boleh membimbing anda.

TIADA MODAL BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA


okay... kita sambung sikit lagi.... kalau korang tengok mentor saya tu ia guna Public Gold kan?.... so kalau korang taknak buat guna cara tu pun boleh... nak guna cara tu pun boleh..... tapi saya punya cara lagi senang... nak tahu macamana? alaaaa senang jek... korang beli Emas Fizikal dan korang simpan... bila naik harga korang jual.... tapi saya suggest jangan jual..... korang pajak aje.... still dapat duit...... sekiranya korang nak jual jugak, pastikan korang beli aset lain contoh rumah atau lain lain dan jangan beli barang hangus. Maksud barang hangus tu ialah barang yang susut nilai..... okay..... jumpa lagi.

TIPS - TEKNIK AVERAGING EMAS

Salam semua... kali ini saya nak bagi tips kepada anda untuk membuat satu teknik yang dinamakan AVERAGING EMAS.... teknik ni memang senang digunakan dan sememangnya di pakai oleh otai otai emas.Teknik yang paling mudah, menggunakan simple matematik saje.

Pada ketika harga murah inilah peluang kita dapat membeli emas secara murah dan banyak. Saya juga telah membeli pada ketika harga tinggi, jadi pada ketika harga murah ini, saya membeli lagi bagi memuratakan harga modal saya.

Konsep mudah tetapi memerlukan ilmu

sebagai contoh :

katakan anda membeli sekeping 1 dinar pada ketika harga RM700. dan ketika sekarang harga 1 dinar telah menjadi RM 550. jadi jika anda membeli 1 dinar lagi pada harga sekarang, bermakna anda sudah pun memuratakan modal asal anda

contoh pengiraan
( RM700 + RM550 ) / 2
= RM 625 (average)

modal anda sekarang adalah RM 625sahaja.

Jadi jika pada ketika harga rendah anda beli lagi banyak, maka anda juga boleh mengurangkan modal ketika membeli pada harga tinggi.

Kepada pembaca diluar sana yang ada emas fizikal tetapi tak tahu nak buat apa. boleh la tanya saya. saya akan share cara bagaimana nak dapat cash dan beli lagi pada ketika harga emas tengah murah ini.InsyaAllah saya akan cuba membantu anda.

Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. yang penting bersyukur dan sabar. harap anda semua juga menjana keuntungan.

Thursday, 13 June 2013

JANGAN MUDAH TERTIPU SEKIRANYA MEMBELI EMAS

PERCAYA atau tidak, kira-kira 90 peratus masyarakat di negara ini langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang nilai dan kandungan emas. Tetapi mereka ini adalah antara pengunjung setia kedai-kedai barang kemas.

Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan ini, selain pusat membeli-belah kedai yang menjual barang kemas juga turut sesak. Setiap orang mahu tampil dengan sebentuk cincin, seutas rantai mahupun sepasang subang baru menjelang perayaan Aidilfitri ini.

Pengurus Besar Cantik Jewellery Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Habib Jewels, Abdul Razak Abdul kadir berkata, disebabkan sebahagian besar pengguna tidak mempunyai pengetahuan tentang nilai dan kandungan emas sebelum membeli atau menjualnya maka mereka mudah ditipu.

Mereka mudah diperdaya oleh tauke-tauke kedai emas yang tidak berprinsip dan mengejar keuntungan semata-mata. Bagaimanapun, jika mereka memilih rangkaian kedai emas milik Habib Jewels untuk menjual aset itu, jaminan pulangan terbaik diberikan kerana emas milik mereka akan dinilai mengikut kadar sebenar.

Jelas Abdul Razak, selain digunakan sebagai perhiasan diri, emas juga boleh dijadikan aset pelaburan yang menguntungkan.

“Melalui cash for gold di semua rangkaian Habib Jewels dan Cantik Jewellery, mereka boleh mendapat harga jualan emas pada harga 90 peratus daripada nilai pasaran atau RM20 (satu gram) lebih tinggi berbanding kedai lain.

“Kami berusaha membantu pelanggan-pelanggan khususnya orang Melayu dengan menyediakan alternatif jika mereka memerlukan wang.

“Pajak gadai yang sebelum ini merupakan satu-satunya jalan penyelesaian bagi masalah kewangan mengambil emas dengan kadar murah dan mengenakan sejumlah bayaran tertentu bagi mendapatkannya semula dan ia dikira satu penipuan dan penindasan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Harga emas pernah naik sehingga 210 peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dan sejak awal tahun ini ia mencatatkan kenaikan 25 peratus dan kemungkinan akan terus meningkat memandangkan harga dolar Amerika Syarikat kini jatuh merudum.

Bagi tujuan itu, Habib Jewels memperkenalkan kepingan emas atau gold bar 999 yang dibentuk mengikut berat tertentu sebagai aset pelaburan.

Katanya, kepingan emas itu boleh dijual pada bila-bila masa dan di mana sahaja di seluruh dunia kerana jenis kepingan emas yang dijual itu mempunyai nilai pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, kepingan emas itu boleh didapati di dua buah kios syarikat itu yang baru diwujudkan dua bulan lalu di Pejabat Pos Besar Menara Dayabumi, Kuala Lumpur dan cawangan Pos Malaysia di Gombak, Selangor.

“Kami berhasrat mewujudkan kios di semua pejabat pos seluruh negara sekiranya mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan,” katanya.

Tambah Abdul Razak, kepingan emas itu juga boleh disimpan di rangkaian pajak gadai Islam, Habib Arrahnu sekiranya mereka takut kehilangan aset tersebut jika disimpan sendiri.

“Aset mereka bukan sahaja dilindungi dan dijamin selamat serta diberi insurans, malah layak mendapat pinjaman 75 peratus daripada nilai aset yang disimpan,” katanya.

UNTUNG KE ADA EMAS?

Pastikan setiap kali anda membeli emas dan menjualnya, anda dapat untung...maka anda adalah orang yang bijak.

Jadi emas yang anda beli untuk dapat untung mestilah mempunyai ciri ciri berikut;


  • Spread yang rendah
  • Mudah dibeli
  • Mudah dijual
  • Dikenali ramai
  • Emas tulin...ada assayer(penilai) yang di iktiraf.

Wednesday, 12 June 2013

PERANGKAP KAD KREDIT

Kad Kredit mudah memerangkap sesiapa sahaja masuk ke dalam belengu hutang. Sekali orang tu terjebak dengan hutang kad kredit, memang sukar nak keluar bak erti kata lain "ketagih" untuk hutang lagi unless dia betul-betul ‘insaf’. Selain daripada faktor terlalu mudah untuk dapatkan kad kredit di mana sales person yang dilantik oleh bank mempunyai sales target masing-masing, ada 2 ekor “hantu” yang menjerat peminjam tanpa mereka sedar iaitu:

Hantu #1 : Tak Terasa Duit Keluar

Buat belian dengan kad kredit ni, kita tak terasa duit mengalir keluar macam orang berjudi di kasino yang menggunakan cip-cip plastik. Mereka lalai berjudi dan tak terasa pun duit mereka mengalir keluar. Tahu-tahu, poket dah pokai! Kad kredit pun macam tu. Kita tak terasa duit keluar, yang kita tahu hanyalah swipe kad plastik, dan dapat barang seolah-olah barang tu dapat percuma! Bila datang statement, baru ‘terbeliak’ biji mata. Untuk menyedapkan hati, kita pun cakap, “tak aper, bayaran minimum cuma RM50 jer sebulan”... Murah jer. Bila kita rasa murah jer, hantu kedua bersiap sedia untuk menghisap darah kita iaitu “compounding interest” yang tinggi.

Hantu #2: “Compounding Interest” Yang Tinggi

Menurut Albert Einstein, “compounding” adalah perkara ajaib ke-9 di dunia. Kalau orang buat investment atau berniaga, perkembangan secara “compounding” inilah yang membuatkan pendapatan mereka meletup-letup! Tapi kalau orang berhutang, “compounding” itulah yang mempercepatkan mereka merengkok dalam penjara hutang!

Bukan sekadar “compounding”, tetapi interest 18% untuk kad kredit adalah interest paling tinggi dikenakan oleh pihak bank berbanding mana-mana jenis pinjaman! Mungkin ia boleh dianggap rendah sikit berbanding interest yang dikenakan oleh along! (“,)

Cuba bayangkan, kalau berhutang kad kredit RM5,000, dan membuat bayaran minimum setiap bulan secara berdisiplin, maka hutang tu akan fully-settled hampir 19 tahun! Dan jumlah hutang tu berganda menjadi RM10,000! Itu baru RM5,000, tapi saya perhati orang terbelengu hutang kad kredit biasanya mencecah 5 angka, bahkan seorang adjustor (penyiasat insurans) pernah bagi tahu saya satu kes yang mana seorang wanita bergaji RM15,000 sebulan, tapi dia terhutang kad kredit RM200,000 di waktu kematiannya! Jumlahnya cukup untuk beli sebuah banglo di Kelantan!... Nauzubillah...

Kalau sahabat nak pakai kad kredit, ingat pada dua (2) ekor hantu ni dan belajar disiplinkan diri menggunakan kad kredit. Saya pun pakai satu kad kredit sekarang, tapi saya belum pernah kena apa-apa caj tambahan kecuali yuran tahunan. Kalau kena pada gaya, kad kredit boleh memudahkan banyak urusan untuk jadi lebih kaya. InsyaAllah, dalam artikel lain nanti saya kongsikan cara disiplinkan diri menggunakan kad kredit dan cara keluar daripada belengu hutang kad kredit yang tak sudah-sudah. InsyaAllah...

Wallahu a’lam.

Credit to mohdzulkifli.com

HARGA KERETA TURUN, TAPI CUBA CEK....

Salam Sejahtera semua kepada pelawat pelawat blog saya ni... hehehe.... post kali ini ialah janji kerajaan kita menurunkan harga kereta sudahpun di buat secara berperingkat peringkat.

Disini ada cerita sikit yang ingin saya sampaikan iaitu cuba cek CBU dan CKD. Mungkin anda tertanya tanya apakah maksud yang hendak saya sampaikan itu. Simple je ni.....

CBU ialah Completely Built Up - Kereta yang datang sesebuah.

CKD ialah Completely Knocked Down - Kereta akan masuk dalam bentuk parts dan akan dipasang balik dalam Malaysia

Maksudnya CBU lagi mahal taxnya sebab kalau CKD, adalah peluang pekerjaan rakyat tempatan untuk memasang semula parts jadi kereta semula.

Jadi Pilih dan Beli kereta secara bijak sebelum menggunakannya... heheheh.....

Tuesday, 11 June 2013

ArRahnu@POS

Salam sejahtera kepada semua pengunjung pengunjung blog http://emasfaiz.blogspot.com .... saya ada satu cerita terbaik dan menarik pagi ini. Sedang saya berjalan jalan pagi tadi nak pergi makan pagi sama kawan namanya shahrul, saya terjumpa pula satu peluang terbaik untuk sesiapa yang memiliki emas, dan kawan saya menyuruh saya postkan artikel ini di blog saya. Peluang terbaik itu adalah ArRahnu@Pos.

"Apa sahaja tujuan anda, tunaikan emas dengan mudah, cepat dan selamat di ArRahnu@POS....
Antara faedahnya ialah :


1 Upah simpan yang rendah pada kadar 0.75 sen bagi setiap RM100 marhum*
2 Jumlah pinjaman setinggi 75% daripada nilai marhum
3 Tempoh gadaian fleksibel (6 bulan + 3 bulan + 3 bulan)
4 Menerima semua jenis barang kemas daripada emas
5 Khidmat penilaian zakat percuma
6 Cucian barang kemas RM2 setiap unit


Kunjungi ArRahnu@POS di lebih 50 cawangan Pos Malaysia terpilih sekarang! untuk maklumat lanjut, layari www.pos.com.my atau hubungi 1 300 300 300"

Apa yang best disini saya suka pada nombor 2, 3, 5, dan 6... nak tahu apa sebabnya? sebab ArRahnu lain yang pernah saya pergi sebelum ni cuma pinjaman 65% daripada nilai marhum dan tempoh gadaian cuma 6 bulan + 2 bulan + 3 bulan. Semua ini berbeza dengan ArRahnu@POS

SIMPAN EMAS UNTUK TABUNG PENDIDIKAN

Bila dah kahwin bermula lah kehidupan kita membina sebuah keluarga. Daripada berdua akan jadi bertiga, berempat dan bermacam-macam lagi. Apabila sudah mempunyai cahaya mata sudah tentu sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Bagi ibu bapa yang prihatin akan menyediakan tabung pendidikan anak-anak tidak kira melalui SSPN, tabungan bulanan ASB dan lain-lain lagi. Bagi pendapatan isi rumah yang kecil boleh mendisiplinkan diri dengan membuat simpanan RM 2 sehari untuk anak-anak bermakna sebulan kita mampu menyimpan RM60. Dan setahun kira-kira RM720. Jika dihitung apabila anaknya sudah mencapai usia 18 tahun simpanan pendidikannya adalah berjumlah RM 12960.

Jika sebelum kahwin guna Dinar emas sebagai Mas Kahwin, lepas kahwin simpan emas untuk tabung pendidikan anak-anak pula. Maklumlah dah ada orang ketiga. Kalau simpanan wang kertas ditukar kepada simpanan emas jumlahnya pasti akan berlipat ganda. untungnya simpan emas kerana ia kalis kepada inflasi. Kalau simpan duit, nilai RM12960 untuk 18 tahun akan datang mungkin tak sebesar mana. Tapi bila simpan emas atleast 1 Dinar emas, kuasa belinya pada 18 tahun akan datang tetap sama dengan kuasa beli 1 Dinar hari ni, bahkan mungkin lebih. Andaian kenaikan emas 20% setahun dan 18 tahun bersamaan 360%. Banyak tu.

Katakan masa anak tu lahir kita beli 1 Dinar harga RM700. Setiap kali tahun ulang tahun hari jadinya hadiahkan 1 Dinar bermakna 18 tahun dah jadi 18 keping 1 Dinar. Selepas 18 tahun kenaikan adalah 360% yakni harga 1 Dinar pada waktu itu adalah RM2520. Ini bermakna tabung pendidikan untuk anaknya dah bernilai RM 45360.00.

Kaedah dan cara ini telah diamalkan oleh masyarkat cina sejak dahulu lagi. Bayangkan sekiranya berkemampuan buat simpanan emas 20g setahun beli pada harga RM3437. Maknanya selepas 18 tahun dah ada 18 keping 20g emas dengan kenaikan 360% berjumlah RM222717.60. Lepas duit untuk belajar, siap boleh beli kereta, dan ada baki lagi.. (itu andaian kenaikan 20% setiap tahun)

Simpanan emas sama seperti wang kertas yang disimpan di bank, Unit amanah saham dan unit trust. Dah tentu kita nak simpan lama kerana itulah jaminan kewangan masa depan dan keperluan tabung pendidikan anak-anak.

Credit to kakiemas.com

KOS UPAH EMAS

“Apakah itu kos upah emas? Kenapa perlu kos upah emas? Tiada kos upah tak boleh ker? ”

Persoalan ini seringkali diungkapkan oleh pelanggan. Maka, bagi menjawab soalan-soalan tersebut, kami akan jawab seringkas mungkin supaya anda faham konsep kos upah.

Bagi setiap urusniaga pembelian produk emas, jumlah yang perlu dibayar pelanggan adalah harga emas ditambah dengan kos upah. Tapi apakah itu KOS UPAH? Kenapa perlu ada KOS UPAH? Jawapannya saya akan kongsikan di bawah.

KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG
Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli.Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit rekabentuknya, semakin tinggi kos upah. Biasanya dalam kadar RM35 – RM450. Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah ada yang lebih itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik.
Mari kita buat sedikit kiraan:

Andai kata anda ingin membeli cincin 916 2.00 gram di atas. Soalan biasa yang anda akan tanya adalah “Berapa harga emas segram?”.

Katakan harga emas ketika itu adalah RM150/gram. Harga yang anda sangka anda akan bayar adalah:

RM 150 x 2 gram = RM 300 —>> Tapi tunggu !!
Jumlah tersebut belum ditambah kos upah. Untuk cincin seringkas ini, kadar upah mungkin menjangkau RM100. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah:

RM300 + RM100 = RM400.

Harga masih mampu milik, tapi cuba kita kira, berapa harga segram untuk cincin itu setelah ditambah kos upah:

RM400 / 2 gram = RM 200 per gram!!

Maka, pastikan anda bertanyakan kos upah dahulu sebelum membayar emas yang anda beli. Lebih kecil kos upah, lebih cepat anda akan beroleh keuntungan dari nilai emas yang anda beli.

Monday, 10 June 2013

SIMPAN EMAS SEBAGAI ASET?

Seringkali persoalan ini dilontarkan kepada saya, Perlu sangatkah kita menyimpan emas sebagai simpanan masa depan? Jawapan mestilah sangat perlu, bahkan ianya adalah satu peringatan Rasullulah kepada kita seperti dalam Hadis baginda :-

    “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)” HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL"

So apalagi, marilah kita menyimpan emas sebab satu masa nanti wang kertas yang kita gunakan sekarang tiada nilai. Ini adalah di sebabkan inflasi yang melanda sabab tahun….

Mengapa anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

BAYAR ANSURAN KERETA MENGGUNAKAN EMAS

Kali ini saya ingin share teknik yang semua orang boleh buat apabila emas ada didalam tangan dimana “emas kertas” tak boleh buat.

Dengan teknik ini saya berharap agar anda dapat membuka minda anda terhadap emas pelaburan ini.

Baiklah ada rakan saya baru dapat Bonus lebih kurang RM3500. Beliau mengatakan apa nak dilakukan dengan duit ini sebab kalau pegang konpem abis. Jadi bagaimana nak jadikan ia nilai tambah ?

Saya memberi beliau cadangkan supaya beli emas dan jadikan nilai tambah kepada beliau. Beliau tanya saya bagaimana ?

Maka saya tanya kembali, “Ada kereta kan. Jadi gunakanlah untuk bayar kereta”.

Disini saya ceritakan bagaimana :

Katakan anda mengambil kereta yang installment bulanannya RM400 selama 9 tahun. maka jika 6 bulan anda perlu membayar sebanyak RM 2400.

pengiraan adalah seperti berikut;
RM400 x 6 bulan = RM 2400.

Step 1

Anda beli i-Jewellery 20gram dengan nilai RM 3350 (nilai pada entry ini ditulis ) kemudian anda Pajakan di Bank dan mendapat cash sebanyak 70% daripada nilai emas anda.

Katakan anda pajak di Agro bank dengan nilai RM 178 segram.

pengiraan adalah seperti berikut;
20gram x RM 178 = RM 3560
RM3560 x 70% = RM 2492 (dapat cash)

Step 2

Setelah anda mendapat cash sebanyak RM2492 tadi , kemudian bayar kereta selama 6 bulan “lungsum” terus.Kemudian daripada gaji anda yang patut tiap-tiap bulan bayar RM400 kereta tadi, anda ubah bayar kepada pajakan tadi.

Jadi setiap bulan anda bayar untuk tebus emas anda. dan selepas 6 bulan. anda boleh keluarkan emas daripada pajakan dan dalam masa yang sama anda dapat membayar kereta anda.

Kesimpulan setiap 6 bulan anda tebus emas anda dan ulang balik sehinggalah kereta anda habis bayar. anda akan dapat nilai tambah dari situ.

Nampak macam “Baik bayar kereta macam biasa je tiap-tiap bulan, lagi senang, tak payah pajak”. Tapi selepas 9 tahun anda hanya dapat kereta je la. Bayar Tetap sama.

Berbanding jika ada lakukan sebegini selepas 9 tahun anda dapat kereta dengan emas 20gram.

Bayangkan kenaikan emas worst case 20% setahun dan selepas 9 tahun emas 20gram anda tadi telah menjadiRM 17,285.00.

Wow!!! Jadi daripada anda mendapat Kereta je baik dapat kereta + emas. Menarik memang menarik tapi kena buat baru tau hasilnya.

Jadi apa tindakan anda. segeralah tempah emas dan perak fizikal anda sekarang sebelum terlambat.

Credit to http://toyip-wang.blogspot.com/

Sunday, 9 June 2013

KEBAIKAN MEMILIKI EMAS

1. EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.


2. HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG
Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.

Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.


3. NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH DALAM JANGKA MASA PANJANG
Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).


4. ASET YANG TERUNGGUL
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes.


5.TIDAK BOLEH DIMANIPULASI
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama.

CELIK EMAS & BUTA EMAS

CELIK EMAS

1.Mula sedar tentang emas-lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak

2.Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.

3.Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang lain pula

4.Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.

5.Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham,namun untuk mengaplikasikannya sekaligus amatlah payah.Maka usaha untuk menggunakannya secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.

6.Mengambil langkah memperkenalkan emas dan perak terlebih dahulu dan menggalakkan orang lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul,kalis inflasi dan mengelakkan dari menyimpan wang kertas yang susut nilai.Simpanan wang kertas hanyalah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot.

7.Sedar wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan.Maka dengan simpanan emas dan seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.
” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”

8.Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Ini juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.
Sabda Nabi SAW
“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”
-Riwayat At Tarmizi


BUTA EMAS

1.Tidak tahu apa -apa tentang emas.Tidak ada sesiapa yang menyampaikan tentang kepentingan emas,rahsia wang kertas dan sebab untuk mereka menyimpan emas.

2.Pernah dengar dan baca tentang emas-tetapi tidak meneruskan usaha untuk menggali lebih info tentang emas.Akhirnya buta emas

3.Seseorang telah menyampaikan tentang emas kepada golongan ini,namun mereka berada di zon selesa menyimpan wang kertas dan langsung tidak membuka hati untuk mengetahuinya lebih lanjut.Kesilapan golongan ini ialah kerana merasakan yang penyampai hanya ingin menjual barang dan tak mahu terlibat.Tak kurang yang takut jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.

4.Menjual emas tetapi dia sendiri tidak menyimpan emas-hanya untuk keuntungan semata-mata.Sayang kerana si buta emas hanya pandai menjual namun diri sendiri tidak menyimpan.Yang membeli emas dengan golongan seperti ini juga jadi penyimpan emas yang tidak tahu apa-apa.Dan diajar untuk ‘buy low,sell high (konsep pelaburan).Emas adalah simpanan dalam erti kata yang sebenar dan bukanlah pelaburan semata-mata.Namun menjadikannya pelaburan tak salah,tapi ada caranya.

5.Langsung tidak tahu mengenai dinar dan dirham.Kalau tahu atau pernah dengar sekalipun,mereka tak tahu apa fungsinya yang sebenar.Mereka tidak tahu ia adalah untuk tujuan muamalat (jual dan beli)

6.Tidak kisah dengan riba ,tidak faham,tidak berusaha ambil tahu dan mengendahkan larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Kesimpulannya,masyarakat harus celik emas dan tugas menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas adalah tanggungjawab sosial dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam Dinar dan Dirham pula tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Janganlah kita malu menjadi penyimpan emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad. Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.


KATEGORI PEMINAT EMAS
1.Menjadikan emas hanya untuk mencari keuntungan melalui jual beli semata-mata-tidak menyebarkan ilmu emas
2.Menyampaikan info tentang emas dan menyimpan emas tapi tidak mampu mengedarkan emas kerana bukan pengedar emas
3.Menyimpan emas dan mengedarkan emas sambil menyampaikan info tentang simpanan emas
4.Menyimpan emas untuk dirinya dan keluarganya sendiri-dan tidak menyebarkannya.Baginya memadai untuk dirinya sendiri.Alangkah bagusnya jika golongan ini buang rasa mementingkan diri sendiri dan kasihan kepada golongan yang buta emas lalu menyampaikan kebenaran…

Saturday, 8 June 2013

EMAS

Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam raksa ("merkuri")] dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.

Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.[1] Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.

Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.

Credit to Wikipedia....