LIKE US

Monday, 1 August 2016

IKLAN - TRAFFIC SANDWICH

Salam Sejahtera.... Ini ada cerita best sikit tentang Traffic Sandwich....

Tiga bulan lepas sewaktu aku bawa kereta nak ke office, tetiba je lampu hijau bertukar merah.... lalu... ku pun ter brek ...... tetiba... aku terlihat ada sorang mamat ada bawak barang sambil pegang dan mengangkat tangannya sambil tunjuk ke kereta dan motor yang sedang berhenti ketika tu.... pastu lampu sudah hijau... aku pun jalan.... (ni area setapak jalan genting kelang dekat dengan lampu isyarat)

Dua bulan lepas tu....lampu merah tempat yang sama menyebabkan kereta ku brek sekali lagi.... aku memandang lagi sekali pada mamat yang dulu ku pernah tengok bawak barang tersebut sambil pegang dan mengangkat tangannya... aku tengok jarak dekat.... laaaa "SANDWICH RUPANYA" dia jual.... murah tu.....RM1 JE HARGANYEEE..... pastu lampu sudah hijau... aku pun jalan...


Satu bulan lepas... kikiki... nampaknya sudah merentasi Tiga Bulan mamat tu niaga ni.. YANG BESTNYA.... First Time aku tengok Jiwa Kental Dia Ni Niaga Tengah Jalan Sesak... MEMANG POWER BANG.... takper... Rezeki ada dimana mana.... lalu... aku pun panggil dia dan beli 2 bungkus... sampai kat office... ku pun makan... MAK AIIIII... SODAPNYERRR....

*Kalau sesiapa ingin mencuba, boleh hubungi beliau iye.... 
019-2858586 - Traffic Sandwich

MINYAK DUNIA TURUN... MINYAK MALAYSIA NAIK....

Harga Minyak Sudahpun Naik Lagi 10sen Untuk Diesel WALHAL.... Minyak Dunia Sudah Turun... 

RON 95 = RM 1.75 Kekal
RON 97 = RM 2.10 Kekal
DIESEL = RM 1.60 Naik 10SEN menjadi RM 1.70


Thursday, 30 June 2016

HARI RAYA BAKAL MENJELANG.....

Assalam......

Kuda perang berpacu kencang
Kuda beban berjalan pelan
Maafkan bila aku mengacau korang
Mohon maafkan segala kesalahan


Sebelum Ramadhan pergi..
Sebelum Idul fitri datang..
Sebelum operator sibuk..
Sebelum telegram pending..
Sebelum puasa habis..
Dari hati mengucapkan MINAL AIDIN WAL FAIDZIN
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

JULAI 2016 MINYAK NAIK LAGI

Tahniah! Tahniah!! Tahniah!!! Harga Minyak Sudahpun Naik Kuatkuasa Pukul 12.01pagi tadi.... Dahla Nak Raya... Gaji Kecik.... Rega Naik Plok.....

RON 95 = RM 1.75
RON 97 = RM 2.10
DIESEL = RM 1.60


NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH....

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang pada asalnya tiada nilai. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.


Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 30 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi.... sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 2.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 800% selama 30 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Julai 2016 adalah lebih kurang RM 750).

HARGA MINYAK NAIK LAGI....????

Hehehehe... salam semua kepada peminat setia blog emasfaiz ni..... dulu kita dikejutkan dengan harga kenaikkan minyak.... kali ni pula ura ura menyatakan minyak akan naik lagi.... JANGAN CEPAT MELATAH... JANGAN CEPAT MELATAH.... JANGAN CEPAT MELATAH ok....

Akan tetapi setelah kajian dibuat oleh saya sendiri selaku pemilik blog ini, kemungkinan ia akan terjadi juga kenaikan pada bulan julai nanti..... itu just my PREDICTION saja... tapi jangan lak nak di heboh hebohkan.... semua ini adalah andaian sahaja.....

Sudah ada banyak web, blog, akhbar, media telah keluarkan statement seperti ini... percaya atau tidak, kena percaya juga la yek MINYAK AKAN NAIK HARGA LAGI.... kalau tanya saya berapa, saya akan jawab by my prediction iaitu 10sen sahaja per liter ok... jangan nak bambu saya lak... ini bukan kerja saya... saya pun macam orang lain juga PENYAMPAI INFO..... adiosssss......

Thursday, 9 June 2016

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 2016

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa
 

emasfaiz.blogspot.com ingin mengucapkan kepada seluruh umat islam di dalam dan di luar negara menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan yang bakal tiba ini, semoga diberkati. SELAMAT BERPUASA.....

Thursday, 22 January 2015

TAKZIAH KEPADA RAJA ABDULLAH

TAKZIAH KEPADA RAJA ABDULLAH (KING ABDULLAH) NEGARA ARAB MENINGGAL DUNIA TADI..... (23/01/15)

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz meninggal dunia pada umur 90, hari ini, lapor stesen televisyen tempatan dan adiknya Salman ditabalkan sebagai raja, menurut satu kenyataan.

Reuters melaporkan Raja Salman dipanggil menghadap Majlis Angkat Sumpah keluarga untuk mengangkat sumpah taat setia kepada Muqrin sebagai putera mahkota dan waris sah. – 23 Januari, 2015.




Credit to - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/raja-arab-saudi-abdullah-meninggal-dunia#sthash.QkPkT4hE.dpuf

Tuesday, 23 December 2014

BAKAL TURUN PARAS RM2 ....

INI ADA BERITA BAGUS BAGI PENGGEMAR PENGGEMAR MINYAK MENTAH.... MINYAK MENTAH DUNIA SUDAHPUN TURUN DARI $115 KEPADA $56 TERKINI.... INI SEMUA DISEBABKAN GEOPOLITIK DUNIA.. HEHEHEHE....


Jadi.. baru baru ini... sempena dengan minyak mentah dunia turun harga.... kerajaan bakal menurunkan harga minyak ke paras RM2 kebawah untuk :

RON 95 dan DIESEL

Ini semua bergantung pada minyak mentah dunia okay... lagipun sekarang minyak dunia tengah mengalami penggapungan terkawal.... hahahaha.... tunggu jek 31hb12 2014 waktu 8.00malam ada pengumuman nanti.....

EMAS PARAS $1185oz MASA SESUAI...

Salam semua kepada peminat dan pengunjung blog emasfaiz ni... 

hehehe...saja je nak bagitahu sikit ni fasal EMAS turun harga PARAS $1185oz adalah MASA sesuai untuk MEMBELI emas...

Rebutlah peluang ini dengan segera, sebab lepas ni mula tahun depan emas akan naik lagi tinggi... hehehehe...... dalam keadaan macam ni memang susah nak dapat harga yang termurah ni....

Monday, 22 December 2014

CUBAAN MEROMPAK KEDAI EMAS GAGAL....

TAIPING – Sebuah kedai emas dekat Jalan Pasar, di sini hampir dirompak dua lelaki dalam kejadian jam 11 pagi, semalam.

Pemilik kedai dikenali sebagai Tang, berkata, dalam kejadian itu, kedai emasnya tiba-tiba sahaja didatangi dua lelaki yang memakai topi keledar.

Menurutnya, kedua-dua mereka meluru masuk ke dalam kedai dan  bertindak memecahkan rak pameran barang kemas menggunakan satu objek keras.

“Bagaimanapun kedua-dua lelaki berkenaan tidak sempat mengambil barang kemas tersebut kerana terkejut mendengar alat penggera keselamatan berbunyi,” katanya kepada MEDIA, di sini semalam.

Credit to Sinar Harian

Wednesday, 29 October 2014

FAKTA AKHIR ZAMAN!! Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Kiamat Dah Hampir

Rasulullah SAW bersabda, Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan ‘gunung emas’ yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’. (HR Bukhari).

Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda, Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya, lalu tertampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (HR Bukhari Muslim).

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas. Maka, siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.


Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Suriah, dan Irak itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman diungkapkan bahwa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahdi sebagai akhir zaman.

Wednesday, 1 October 2014

TETAP NAIK....

Salam semua kepada pengunjung pengunjung setia blog emasfaiz ni.... hehehe.... lama dah rasannya saya tak update blog ni....

SEBENARNYA.... TAHUN SUDAH SAYA DAH BAGITAHU MINYAK AKAN NAIK LAGI.... NI LINK DIA Harga Minyak Tahun 2013 DAN PADA MASA SAMA.. SAYA DAH BAGITAHU MINYAK AKAN NAIK LAGI TAHUN DEPAN (maknannya tahun ni 2014) .... SO SEKARANG DAH NAIK LAGI 20Sen.....

Come on laaa.... dulu kata tak kan naik... tapi tup tap tup tap NAIK PLAK.... memang bagi korang 20sen tu tak besar... tapi cuba korang tengok tahun 2013 naik 20sen... tahun 2014 naik 20sen.. TAK MUSTAHIL TAHUN 2015 akan naik LAGI 30sen.... kalau tak caya korang tengok tahun depan pulak yek... tungguuuu..... hikhikhik

RON 97 = HARGA MASIH KEKAL RM2.85
RON 95 = RM 2.10 Sebelum dan RM 2.30 HARGA BARU
DIESEL = RM 2.00 Sebelum dan RM 2.20 HARGA BARU

Jangan marah kat saya pula yek... saya just post only... hehehehe...... lepas ni kita tengok pula apa yang naik.... kemungkinan Tariff Eletrik dan Harga Barang... atau mungkin Minyak akan naik lagi.....

Thursday, 17 July 2014

PESAWAT MAS MH17 TERHEMPAS....

Salam Sejahtera dan emasfaiz.blogspot.com mengucapkan Takziah kepada semua waris waris Pesawat MAS MH17...

Berita Utama : Mengikut sumber reuters Pesawat MAS MH17 ditembah jatuh di Timur Ukraine berada pada ketinggian 10 km.



Sebelum ini, kita dikejutkan dengan kehilangan MH370 masih belum terubat lagi, inikan pula berlaku lagi satu lagi perkara tragis mengenai pesawat MAS. 


Pesawat 9M-MRD dari model Boeing 777-200 MH17 dalam penerbangan dari Amesterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.Boeing 777 MH17 terhempas berdekatan sempadan Ukraine dan Russia yang dipercayai ditembak jatuh dengan senjata BUK-M2 di zon konflik kedua-dua negara tersebut. Penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu darat-ke udara. 

Tweet rasmi daripada Malaysia Airlines berkenaan kemalangan MH17 di Ukraine
Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:

    23 warga Malaysian
    154 warga Belanda
    27 warga Australia
    11 warga Indonesia
    6 warga British
    4 warga Jerman
    4 warga Belgium
    3 warga Filipina
    1 warga Kanada



Tuesday, 24 June 2014

Bayar Hutang Kad Kredit Guna EMAS....

Salam Sejahtera,
Berjumpa kita semula untuk kali ini teknik dimana anda Harus ada Emas untuk membayar Hutang Kad Kredit anda dengan mudah......

Tekniknya adalah seperti berikut:

* Cara terbaik adalah anda beli EMAS / DINAR
* Kemudian Pajak Emas / Dinar Tersebut
* Duit yang anda dapat setelah pajak, Segeralah membayar Kad Kredit anda.

Kad kredit adalah musuh utama pengguna di Malaysia. Dengan kadar 1.5% sebulan dan 18% setahun. Ia adalah satu instrumen Ah Long yang Bertauliah dari Bank untuk memberi hutangan dengan pulangan setinggi itu,
Saya tahu apakah yang anda ingin kata kan pada saya ; "jika saya beli emas dan pajak, saya masih berhutang dengan Ar-Rahnu kerana caj simpan sebanyak 0.75% sebulan dan 9% setahun."


Sebenarnya, teknik ini adalah lebih baik dari pada membayar 2 kali ganda interest yang dikenakan dan pada akhirnya anda dapat membayar hutang dan juga mendapat emas. Tapi ingat, dengan kenaikan emas (sebagai contoh konservatif sebanyak 20%, anda mendapat lebih pulangan) dengan nilai emas yang semakin tinggi.

Selamat Mencuba... 
"Sharing Is Caring"

Thursday, 27 March 2014

IRAQ BELI 36 TAN EMAS SECARA MENGEJUT...!!!

Salam semua kepada peminat dan pengunjung blog emasfaiz ni... hehehe... topik kali ini pasal EMAS.... hmmm di mana baru baru ini ada negara yang membuat pembelian EMAS secara mengejut sebanyak 36 Tan Emas ler...... NEGARA MANA YANG BELI TU....? Negara Iraq ler yang beli emas banyak tu, Wooooowwwww... banyaknya...... untuk melihat matawang tersebut sila klik Web Central Bank Iraq
 
Seperti yang kita tahu, Iraq ni sudah hampir 11 tahun di jajah oleh Amerika dan negara ni juga telah lepas dari sekatan Chapter 7, tahun 2013 yang lepas..... hmmm nampaknya semakin hampir la ni.... hehehe apa yang hampir tu....? bagi pemegang pemegang dinar iraq dari tahun 2003 lagi (duit iraq baru), kemungkinan dan kebarangkalian duit iraq ni akan di apungkan secepat mungkin..... BILA TU...? jangan tanya aku bila daaaa...... sebab kalau ikut prediction, kemungkinan bulan April sebelum Pilihanraya Iraq yang bakal berlangsung 30hb April 2014 ni.....

DINAR IRAQ PART 1
DINAR IRAQ PART 2
DINAR IRAQ PART 3
DINAR IRAQ PART 4
DINAR IRAQ PART 5

Monday, 24 March 2014

UCAPAN TAKZIAH KEPADA SEMUA WARIS WARIS PESAWAT MH370

emasfaiz.blogspot.com mengucapkan Takziah kepada semua waris waris Pesawat MH370

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Beliau telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.



Pada masa yang sama, Amerika Syarikat (AS) menghantar peralatan mencari kotak hitam ke kawasan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi, berdekatan perairan Australia.

Friday, 14 March 2014

MH370: RAJA BOMOH UGUT SAMAN SESIAPA TUDUH RITUALNYA LANGGAR SYARIAT ISLAM

Salam kembali dengan Edisi Khas tentang Raja Bomoh yang hangat diperkatakan ketika ini tentang pencarian MH370 777 pesawat yang hilang dari radar pada sabtu 08/03/2014 yang lalu.

Credit to : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bomoh-threatens-to-sue-those-who-accuse-him-of-deviant-practices
dan
http://my.news.yahoo.com/mh370-raja-bomoh-ugut-saman-sesiapa-tuduh-ritualnya-023944140.html 
 

Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.


“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.
 

“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.


Maklumat lanjut, sila klik link diatas..... hehehehe terima kasih.....

Monday, 10 March 2014

MISTERI MH370 777

SALAM SEMUA, ANDA MASIH BERSEDIH... DAN SAYA JUGA MASIH BERSEDIH TENTANG MISTERI KEHILANGAN...... MH370 777 KAPAL TERBANG YANG AMAT BESAR BOLEH HILANG DARI PANDANGAN KITA SEMUA SELURUH DUNIA.....

KECANGGIHAN DUNIA TIDAK DAPAT MAMPU MELAKUKAN UNTUK PENCARIAN TERSEBUT, WALAU SEMODEN MANA SEKALIPUN PERALATAN YANG ADA, MASIH TIDAK LAGI YANG DAPAT MENANDINGINYA.

SAYA SELAKU ADMIN KEPADA BLOG INI, TIDAK AKAN MEMBUAT SEBARANG SPEKULASI APA APA YANG BERKAITAN DENGAN KEHILANGAN PESAWAT TERSEBUT, APA YANG INGIN SAYA PERKATAKAN ADALAH SEMUA INI ADALAH UJIAN DARI TUHAN (ALLAH), KITA MAMPU MERANGCANG, HANYA DIA AKAN MENENTUKAN.

TETAPI, SAYA PERNAH MENDEGAR BEBERAPA INFORMASI TENTANG 7 PETALA LANGIT DAN 7 PETALA BUMI, MUNGKIN INI BOLEH MERUNGKAI SEGALA GALANYA TENTANG "GHAIBNYA KAPAL TERBANG MH370 TERSEBUT" KITA MAMPU BERDOA, DUNIA MAMPU BERDOA AKAN KEMBALINYA KAPAL TERSEBUT.

"ITULAH NAMANYA 7 PETALA BUMI DAN 7 PETALA LANGIT..... WALLAHUALAM....... SESUNGGUHNYA BENDA ITU ADA CUMA PANDANGAN DARI MATA KASAR MEMANG KITA TIDAK NAMPAK.... APABILA MASUK KE ALAM SANA (GHAIB), KEMUNGKINAN BOLEH KELUAR DAN KEMUNGKINAN TIDAK BOLEH.... KUASA ALLAH KAN, TIADA SIAPA YANG TAHU....."

"YA ALLAH SESUNGGUHNYA BENAR KAPAL TERSEBUT BERADA DI ATAS LANGIT, TURUNKANLAH IA... DAN SEKIRANYA KAPAL TERSEBUT BERADA DI LAUTAN, TIMBULKAN LAH IA.... SESUNGGUHNYA KAMI INI MAMPU MERANCANG, HANYA ENGKAU SAJA YANG DAPAT MENENTUKAN..... AAMINN....."


TERKINI MISI MENCARI PESAWAT MH370 BOEING 777

Salam dan bertermu kita kembali untuk kali ini tentang Pencarian Pesawat MH370 Boeing 777 yang telah hilang pada 08/03/2014. Gambar di sebelah adalah koordinat dimana pesawat telah mula hilang dari Radar.

Berita Terkini 12.00 Tengahari 10/03/2014 :
Beberapa negara telah membantu negara Malaysia untuk menyertai Misi ini antaranya ialah Singapura, Amerika Syarikat, Thailand, Vietnam, China, Indonesia, Australia dan Filipina. 

Moga pesawat Boeing MH370 berjaya ditemui dengan selamat. Sekiranya ditemui dalam keadaan yang kami tidak redha, kami akan redha segala ketentuan mu Ya Allah S.W.T. Hanya Dirimu Yang Maha Mengetahuinya.


 Mereka (Krew) yang bersama Penerbangan MAS MH 370 777 BOEING
 

 PRAY FOR MAS MH370-777