LIKE US

Tuesday 24 June 2014

Bayar Hutang Kad Kredit Guna EMAS....

Salam Sejahtera,
Berjumpa kita semula untuk kali ini teknik dimana anda Harus ada Emas untuk membayar Hutang Kad Kredit anda dengan mudah......

Tekniknya adalah seperti berikut:

* Cara terbaik adalah anda beli EMAS / DINAR
* Kemudian Pajak Emas / Dinar Tersebut
* Duit yang anda dapat setelah pajak, Segeralah membayar Kad Kredit anda.

Kad kredit adalah musuh utama pengguna di Malaysia. Dengan kadar 1.5% sebulan dan 18% setahun. Ia adalah satu instrumen Ah Long yang Bertauliah dari Bank untuk memberi hutangan dengan pulangan setinggi itu,
Saya tahu apakah yang anda ingin kata kan pada saya ; "jika saya beli emas dan pajak, saya masih berhutang dengan Ar-Rahnu kerana caj simpan sebanyak 0.75% sebulan dan 9% setahun."


Sebenarnya, teknik ini adalah lebih baik dari pada membayar 2 kali ganda interest yang dikenakan dan pada akhirnya anda dapat membayar hutang dan juga mendapat emas. Tapi ingat, dengan kenaikan emas (sebagai contoh konservatif sebanyak 20%, anda mendapat lebih pulangan) dengan nilai emas yang semakin tinggi.

Selamat Mencuba... 
"Sharing Is Caring"