LIKE US

Wednesday 31 July 2013

TIPS - HAPUSKAN HUTANG

Salam kepada pengunjung setia blog emasfaiz ni. Post untuk kali ini ialah pengahapusan segala hutang dengan kata lain “Financial Freedom” heheheh….

Hmmm… anda nak tahu tips ini secara “short cut” atau “long cut” untuk hapuskan hutang anda. Kalau saya, tentu saya pilih “short cut” untuk hapuskannya kerana lepas dah ada duit lebih sikit, boleh sandarkan duit kepada emas pula…. Hehehehe…. Camana tu...? Senang saja


Contoh : Senaraikan segala hutang anda dari a to z secara “Ascending”

Dengan ini, cuba anda fikirkan sejenak… bagaimana caranya….??? Okay saya cadangkan kepada anda contoh gaji anda RM2200…. Anda kena cari lagi duit lebih sebanyak RM200, tak kira mana anda nak cari… mungkin buat part time MCDonald atau Jual Burger atau Jual Emas dan sebagainya. Katakan kalau malas nak cari RM200 tu… anda kena kurangkan makan luar, kurangkan beli pakaian dan lain lain…. Macamana sekalipun tetap kena ada RM200 sebagai spare anda. 



Okay kalau dah ada, Alhamdulillah….dan saya terangkannya sekarang. Kalau biasa anda bayar minima kredit kad mungkin RM200 kan…? Jadi, ingat tak tadi anda ada spare RM200 so total dah RM400 kan…? Anda bayar kredit kad tu setiap bulan RM400 sampai selesai lebih kurang 8 Bulan. 

Kalau dah habis bayar pergi ke step kedua, selalunya anda bayar loan RHB mungkin RM300 kan…. RM300 tadi + RM400 yang dah bayar habis kad tu, anda ada RM700. Bayar dan lakukannya lebih kurang 8 bulan juga. Sekarang anda dah spare RM700, okay… mungkin anda bayar maybank RM350 seperti biasa anda + RM700 tadi = RM1050 bayar loan tu selama lebih kurang 7 bulan.


Setelah selesai kita pergi ke step seterusnya bayar kereta kebiasaannya anda bayar RM350 + RM1050 = RM1400 dan bayar loan kereta selama lebih kurang 15 bulan.


Step yang terakhir loan rumah. Biasanya anda bayar RM400 jadi + RM1400 = RM1800 dan bayar setiap bulan selama 2 ½ tahun…. 


Itulah jalan ceritanya hehehe…… “FINANCIAL FREEDOM”
Gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.



Sharing is caring

Tuesday 30 July 2013

TIPS - TEKNIK RAHSIA 3003 EMAS

Salam sejahtera kepada semua pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni.... hehehehehe.... seperti yang saya janjikan sekirannya counter visitor melebihi 3003 ke atas, saya akan memberitahu tentang TEKNIK RAHSIA 3003 bagaimana anda boleh MEMBUAT PAJAKAN GANDA EMAS DAN DUIT. Apa bendanya tu...??? hehehe... saya akan terangkan bagaimana benda tu berfungsi.... senang je tu....

Contoh paling mudah :

Katakan anda mempunyai emas sebanyak 30 gram bernilai sekarang katakan RM3000 (1 gram = RM100). bagaimana anda akan menggandakan emas tersebut ?

Baik, dengan adanya emas 30gram tadi, anda pajakkan di Ar Rahnu dan dapat duit sebanyak RM2000..... kemudian anda beli lagi emas sebanyak 20gram dengan duit RM2000 tadi.


Sekarang anda sudah pun ada 50gram dimana (30gram didalam pajakan manakala 20gram di tangan anda). Contoh selepas 6 bulan bila harga emas melambung kembali (1 gram = RM130), anda jual 20 gram di tangan tadi kemudian anda tebus kembali emas 30gram didalam pajakan. Secara automatik dan anda akan mendapat duit extra secara automatik.

Okay, mungkin anda terkeliru bukan.... tak mengapa, saya akan jelaskan secara calculation :

Ada 30gram = RM3000 Harga Beli
Pajak 30gram = Dapat RM2100
Beli 21gram lagi guna RM2100 tu.....
Selepas 6 bulan harga emas naik RM150 / 1gram, jualkan 21gram tu anda dapat  RM3150
Conclusionnya anda dapat keuntungan RM150 (duit ekstra) okay..... ianya mudah bukan. itu, jika RM3000. Kalau emas anda beharga RM30k.anda sudah pun mendapat keuntungan RM1500.

Inilah teknik rahsia yang saya lakukan setiap kali nilai emas turun dan jana pendapatan yang sangat berbaloi tanpa mengurangkan aset saya. Menarikkan ??? aset emas ada, dapat duit tambahan lagi.  Segeralah menyimpan emas dan lakukan teknik ini dan rasai kehebatannya.


Sharing is caring

Monday 29 July 2013

TAHAP OPTIMUM EMAS


Salam kepada semua pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni... hehehe... Adakah anda sihat....? adakah anda bermasalah....? Alaaa.... tak perlu nak fikirkan sangat, masalah akan selesai bila kita terfikir dengan tenang dan lakukan tindakan.

Bila kita tenang baru kita boleh berfikir dengan baik pada tahap optimum!

Ok berbalik kepada keuntungan emas. Ramai yang tidak tahu kita boleh buat duit gila-gila dengan EMAS. Ramai yang takut bila harga emas jatuh menjunam. Sebenarnya kita boleh MENJANA KEUNTUNGAN  yang sangat banyak walaupun harga emas jatuh giler! Walaupun masa kita labur awal-awal dulu, harga emas tengah naik giler.....

Sebenarnya kalau HARGA EMAS NAIK, UNTUNG! Harga EMAS TURUN PUN UNTUNG! Yeahhh! Ilmu dan teknik memang sangat penting dalam pelaburan emas kerana dengan adanya emas anda bakal menjadi jutawan dalam masa yang singkat.... hehehehe... tak percaya ke...? memang lah anda tak percaya, tapi anda akan percaya bila anda melakukannya dengan ILMU PENGETAHUAN dari Blog emasfaiz ni.....



Banyak lagi ilmu yang kita tak tahu sebenarnya. Selalunya kita tahu daripada orang yang KONON nya tahu, cakap memang HEBAT tapi sebenarnya dia tak amalkan pun ilmu tu. Cakap saja lebih.


Sharing is caring

Sunday 28 July 2013

ROTI JALA EMAS

Resipi Ramadhan sumbangan Chef Ismail, dipetik dari ‘Kuisin Warisan Melayu’
Kredit: Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur

Bahan-bahan    
Air     880ml
Gula pasir     1kg
Daun pandan     3 helai, disimpul
Kuning telur ayam     10 biji
Daun pisang untuk kelongsong  
  


Cara
Masak air dan gula pasir dengan daun pandan sehingga mendidih.


Pukul kuning telur sehingga kembang.
 

Pegang kelongsong di atas air gula mendidih dan tuang kuning telur ke dalam kelongsong. 

Pusing-pusingkan kelongsong agar mendapat juraian kuning telur di dalam air gula membentuk seperti jala. Masak selama 2 saat sehingga jala emas masak.
 

Keluarkan jala emas dengan menggunakan senduk berlubang dan tuskan.

Credit to Catatan chef
Semasa menjuraikan kuning telur ke dalam air gula, padamkan api. Apabila semua kuning telur sudah habis dimasukkan, nyalakan semula api. Jangan masak jala emas terlalu lama kerana kuih ini akan menjadi keras.
 

Sentiasa sediakan air panas untuk ditambah ke dalam air gula yang akan memekat semasa memasak jala emas.Boleh juga digunakan cawan roti jala untuk mengirai kuning telur ke dalam air gula

Friday 26 July 2013

TEKNIK RAHSIA 3003

Jeng...... jeng...... jeng...... mesti anda semua terfikir bukan, kenapa saya letak tajuk Rahsia 3003 kan? Anda semua ingin tahu apa bendanya tu....? ok sebenarnya saya akan mengajar anda satu TEKNIK RAHSIA 3003 bagaimana anda boleh dapat PAJAKAN GANDA EMAS & DUIT.

Saya akan beritahu RAHSIA 3003 ini apabila Count Visitor di blog emasfaiz ni mencecah 3003 pembaca....... jeng jeng jeng....... mungkin disini saya minta kerjasama dari anda semua untuk mempromote blog saya ni.... saya tak jual apa apa pun... malah ilmu yang percuma saya beri lagi ada....... tanpa apa apa bayaran... dan saya cuma beritahu rahsianya saja... hehhehe.....


TIPS : TEKNIK RAHSIA 3003 EMAS

Sharing is caring

DINAR DAN PAJAK

Raya dah nak dekat.... 
Pakaian belum beli... 
Gaji dapat habis macam tu aje....
Kakitangan awam, dah tentu dapat bonus.... 
so kita lak macamana??? hehehehe.... 

ITU sebabnya anda Bukan orang Luar Biasa.... Anda cuma orang Biasa saja....
Saya dah beritahu pada bulan lepas simpan dinar...... Kalau yang ada gaji sekalipun memang tak cukup punya untuk persiapan raya. 

Dengan adanya DINAR, dah tentu anda akan gunakannya sekarang untuk diPAJAKkan dan dapat duit lebih serta buat persiapan raya, mudah bukan....??? banyak dah INFO & TIPS yang saya bagi secara percuma di blog ni.... just baca dan faham aje cukup mudah tapi kena ada Benchmark. 

Sharing is caring....

Thursday 25 July 2013

NAK BUAT DUIT...??? Part 1

Salam semua, entry kali ini adalah TEKNIK BUAT DUIT menggunakan Affiliate.... hehehehe... lagi Ilmu penting yang saya nak sharekan ni.... Just Tiru Macam Saya, Anda Akan Dapat Beli Emas, dan Anda Akan Jadi Orang Kaya.... Macamana??? Just klik je mana mana link bawah tu dan Register as affiliate dan Promote... hehehehe....



 BUAT DUIT MELALUI EBAY 
 
 

SELAMAT MENCUBA
Sharing is caring....

SYILING EMAS PERTAMA DUNIA

Pada 2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion sebagai cara perdagangan dan urusan jual beli.

 Syiling Emas Pertama Dunia : The Lydian Lion

Tetapi Adakah Anda Yang Berada Di Zaman Moden Serba Canggih Ini Tidak Nampak Kebolehan Emas Sebagai Pelaburan Dan Penyimpan Nilai Yang Unggul? Sedangkan Orang Zaman Kuno Pun Tahu!!! Jika anda masih tak ambil peduli tentang emas maka anda adalah orang yang rugi.

Simpanlah emas kerana sejarah telah membuktikan bahawa ianya penyimpan nilai yang terbaik, Tun Dr Mahathir juga pernah menyentuh isu EMAS ini (DINAR) untuk digantikan atau sebagai sandaran mata wang dan pada masa yang sama turut menyarankan rakyat untuk menyimpan emas. Yang paling penting Allah SWT pun ada menyebut tentang emas di dalam Al-Quran di mana ianya adalah benar dan berharga dunia dan akhirat...

Sharing is caring

Wednesday 24 July 2013

PERKARA YANG JANGAN

Entry kali ini ialah tentang Jangan.... Perkara ini jarang berlaku okay, tetapi nasihat saya
  • Jangan BELI Emas…
  • Jangan LABUR Emas…
  • Jangan JUAL Emas…
  • Jangan PAJAK Emas…
SEBELUM ANDA MEMPUNYAI ILMU TENTANG EMAS!!!

PENGALAMAN BERSAMA EMAS DINAR 2

Berkongsi pengalaman yang seterusnya dengan anda semua tentang Dinar. Bulan kedua saya beli Dinar iaitu bulan Jun 2013 baru lagi tu hehehehe.... harganya pula masa tu RM575 = 1 Dinar.... saya beli 4 ketul so 4 Dinar.....


Ni pula dah bulan Julai 2013 dah harganya naik RM605 average harga hari ini. So cuba anda lihat dimana untungnya...? senang je tu.... Ceritanya begini... dlm Public Gold dia ada harga buy dan harga sell......  walaupun harga buy ketika kini RM571, memang anda tak nampak untung dia sebab beli RM575 kan..... so saya pun jual la harga sell RM605 = 1Dinar x 2 = RM1210 pada pelanggan saya..... haaaa... kan dah untung tu....

Memang anda nampak untung tu cuma RM60 je untuk 2 dinar.... kan lebih baik ada daripada takda kan...?? kalau di simpan maknanya katakan untung tadi RM60 untuk 1 bulan sekali x 12kali = RM720 keuntungan anda... siapa yang nak bagi....Jadi, begitula ceritanya, sekadar berkongsi pengalaman je tau....

Okay kalau anda nak untung banyak senang jek, tunggu la lagi 6 bulan harga emas mesti / pasti melambung lagi. Kalau tak melambung, anda still tak rugi sebab masih ada teknik lagi kan, Pajakkan Emas. Sebab emas ni ada auranya tersendiri. Tapi kalau anda taknak jual pun takper, anda beli 1 Dinar setiap bulan dan kumpulkannya.... Kalau ada 60Dinar anda boleh beli rumah secara tunai...... MACAMANA...? ikuti ceritanya nanti secara PERCUMA je ILMU saya KONGSIKAN ni.....

Monday 22 July 2013

TIPS - TEKNIK RAHSIA 2002 EMAS

Salam sejahtera kepada semua pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni.... hehehehehe.... seperti yang saya janjikan sekirannya counter visitor melebihi 2002 ke atas, saya akan memberitahu tentang Teknik Rahsia 2002 kepada anda satu TEKNIK RAHSIA 2002 bagaimana anda boleh MEMBELI RUMAH TANPA MODAL DAN DAPAT EMAS SERTA TAMBAHAN DUIT berpandukan gaji anda RM2000 ke atas. MODAL yang saya maksudkan tu ialah downpayment Rumah. Okay ceritanya senang saja dalam bentuk point form. Ada 2 option untuk anda.

OPTION 1
  1. Buat loan rumah 90% kat apa apa bank
  2. Buat loan personal 10% kat Easy RHB
  3. So anda dah boleh beli rumah tanpa menggunakan modal okay lepas tu....
  4. Pergi kat KWSP claim kat akaun 2 anda, so anda dapat duit kan...
  5. Duit tadi beli emas dan simpan banyak banyak
OPTION 2
  1. Cari rumah baru yang ada 100% loan.... mesti ada punya
  2. Pergi kat KWSP claim kat akaun 2 anda, so dah dapat duit kan....
  3. Duit tadi beli emas dan simpan banyak banyak
Ringkasan Cerita
** Sebab apa saya kata suruh beli EMAS di Option 1 dan Option 2..... mesti anda nak tahu kan...? Okay ceritanya begini, Sebagai Contoh Akaun 2 KWSP ada RM20K, anda perlu membeli emas sebanyak RM13K saja dan RM7K adalah untuk kotengensi Plan.
Tujuan emas tadi adalah untuk Rolling setiap bulan duit anda agar tidak menyentuh gaji anda okay, dan pada akhir cerita tu nanti, anda just beli rumah tu PERCUMA jek sebenarnya. Kalau tak caya, Cuba Test & Try.....

Sharing is caring

Sunday 21 July 2013

UJIAN EMAS ANDA

Salam semua kepada pengunjung pengunjung setia blog emasfaiz ni.... heheheh... entry kali ini pula saya akan menceritakan bagaimana anda ingin tahu emas anda tu tulen atau tidak. Sebab manala tahu kalau kalau beli mahal tapi tak tahu ketulenannya. Berdasarkan pengalaman saya yang dah pernah attend kursus emas secara praktikal.Okay, untuk mengetahui ketulenan sesuatu emas itu, kita kena ada barang barang dibawah ini.

1) Ujian Asid
Batu Menguji EmasAsid Menguji Emas. Apabila Asid Hidroklorik dan Asid Nitrik berserta dengan batu hitam digunakan ianya akan meninggalkan kesan yang berlainan kepada setiap kategori emas yang digesekkan di atas batu berkenaan.


2) Ujian Kelembutan
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lembut dan boleh dibengkokkan jika di bandingkan dengan emas yang lain.

3) Ujian Warna
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih kekuningan. Untuk mendapatkan perhiasan yang kuat dan warna yang diinginkan, emas tersebut harus dicampur dengan logam lain. Logam-logam yang biasa digunakan untuk campuran perhiasan emas adalah Tembaga, Perak, Timah Putih, dan Nikel. Disamping menimbulkan kekuatan emas yang berbeza-beza maka campuran logam juga untuk mendapatkan warna yang diinginkan, sehingga dikenal beberapa macam warna perhiasan yang dibuat emas iaitu:

  •         Emas Merah - Emas murni dicampur Tembaga.
  •         Emas Kuning - Emas murni dicampur Perak. 
  •         Emas Putih - Emas dicampur dengan Timah dan Nikel. 
4) Ujian Magnet
Magnet Menguji EmasEmas Tulen tidak akan ada tarikan kuasa magnet.


5) Gold Tester
Gold TesterAlat Ukuran in akan memberi jenis emas dalam unit Karat.


    **Ujian ujian tersebut adalah salah satu kaedah yang digunakan pada mana mana kedai atau individu sekirannya ingin membeli emas tersbut tidak kira emas terpakai mahupun emas baru dan bertujuan untuk mengelak dari berlakunya sebarang penipuan.


Opss lupa pula, kalau nak beli barang barang ni boleh dapatkannya di jualbeliemas.com.my

Sharing is caring

Saturday 20 July 2013

PENGALAMAN BERSAMA EMAS DINAR

Salam semua, entry kali ini sayai ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua tentang Dinar. Cerita dia senang jek, Bulan pertama saya beli Dinar iaitu bulan May 2013 baru lagi tu hehehehe.... harganya pula masa tu RM565 = 1 Dinar.... saya beli 3 ketul so 3 Dinar.....

Ni pula dah bulan Julai 2013 dah harganya naik RM588 average harga hari ini. So cuba anda lihat dimana untungnya...? hehehee.... senang je tu.... Ceritanya begini... dlm Public Gold dia ada harga buy dan harga sell......  walaupun harga buy ketika kini RM553, memang anda tak nampak untung dia sebab beli RM565 kan..... so saya pun jual la harga sell pada pelanggan saya..... haaaa... kan dah untung tu....

Memang anda nampak untung tu cuma RM23 je untuk 1 dinar.... kan lebih baik ada daripada takda kan...?? kalau di simpan maknanya katakan untung tadi RM23 untuk 2 bulan sekali x 6kali = RM138 keuntungan anda... siapa yang nak bagi....Jadi, begitula ceritanya, sekadar berkongsi pengalaman je tau.....

Okay kalau anda nak untung banyak senang jek, tunggu la lagi 6 bulan harga emas mesti melambung lagi. Sebab emas ni ada auranya tersendiri. Tapi kalau anda taknak jual pun takper, anda beli 1 Dinar setiap bulan dan kumpulkannya.... Kalau ada 60Dinar anda boleh beli rumah secara tunai...... MACAMANA...? ikuti ceritanya nanti secara PERCUMA je ILMU saya KONGSIKAN ni.....

Thursday 18 July 2013

ADA RM BOLEH JADI KAYA ???

Assalamualaikum, Bertemu kita lagi.
Semalam semasa mengemas buku-buku pelaburan saya, saya ternampak dengan sebuah buku yang saya baca beberapa bulan yang lalu, buku ini ditulis oleh Robert T.Kyosaki (RTK).

Soalan pertama dari RTK kepada Para pembaca adalah " Adakah Duit boleh membuat anda kaya ". Jawapannya adalah TIDAK. yang membuatkan anda menjadi kaya bukan duit itu, tetapi "Financial knowledge " yang akan membuat anda menjadi kaya. Bagaimana anda mengolah duit anda supaya menjana kewangan yang kukuh.

Sama seperti ada seorang pemain golf, Setiap tahun beliau membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli kayu golf, namun permainannya tetap sama, tetapi jika dia membelanjakan sedikit duit untuk mempelajari teknik permainan golf, maka jika dia menggunakan kayu golftahun lepas. pasti setiap tahun kejayaan bakal berlaku.

Banyak yang kita dapat lihat, ada ramai manusia yang pada hari ini seorang yang kaya-raya, namun dalam masa 3 tahun akan datang telah menjadi bangkrap dan sebagainya. Sebab itu saya cakap. Duit bukan punca masalah. Bagaimana mahu menjana duit itu yang lebih penting.

Imu adalah tangga kejayaan didalam apa jua bidang pelaburan
Sama juga didalam didalam pelaburan emas dan perak.

Saya pernah melalui situasi yang sama. Bermula dari tiada modal, saya pelajari bagaimana mencari modal dalam pelaburan dan mempelajari teknik pelaburan emas dan perak yang selamat dan betul. Saya control pelaburan saya seluruhnya, Berhabis ribuan ringgit untuk ilmu dan melalui beberapa kerugian dan kegagalan juga dalam perjalanan sebelum saya menjumpai keuntungan.

Sekarang !!!  Jika harga akan datang Naik atau Turun saya tetap untung. Itulah ilmu yang penting. Yang penting anda mahu mencuba untuk berubah.Sebab itu saya tak heran. sebab saya ada ilmu kalau dulu hari-hari tengok harga emas.sekarang rilek, kalau harga jatuh pun saya tetap untung.

Silalah tambah ilmu pelaburan anda, nescaya jika ada melabur didalam "ilmu" pasti anda akan dapat mengelak kerugian ribuan ringgit pada masa hadapan kelak.

Contoh macam anda dari Kuala lumpur nak pergi Kedah la. Anda ada kereta, tapi jika anda tidak tahu jalan maka, pasti anda tidak sampai ke destinasi, dan "jalan" itulah perumpamaan bagi ilmu. ilmu dari saya akan saya ajar percuma


Credit to emaskaya.com

Wednesday 17 July 2013

TIPS - BELI BARANG

Salam sejahtera kepada pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni..... entry kali ini adalah Cara Beli Barang dengan Mudah dan Berkesan serta Cepat.... heheheh....

Rata-rata masih ramai tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu tentang pembelian barang. Apa yang mereka tahu ialah Lihat Barang, Usik atau Sentuh Barang dan Terus beli Barang tersbut. Dibawah ini adalah Tips bagaimana anda hendak membeli barang dengan cara tertib.
  • Jual beli barang mesti secara cash-on-delivery (COD)
  • Periksa dulu barang, sekirannya puas hati baru bayar
  • Pastikan harga barang berbaloi dibeli.
  • Pastikan harganya yang munasabah
  • Kenal pasti sebab apa mereka hendak jual
  • Kenal pasti latarbelakang mereka / penjual.
  • Pastikan kalau barang besar mesti ada Penghantaran Percuma
Sharing is caring

Tuesday 16 July 2013

INFLASI – TAHUKAH ANDA ?

Salam semua kepada pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni… heheheh…. Post kali ini adalah berkenaan Inflasi, Tahukah anda apa itu Inflasi…? Rata rata orang memang dah tahu kan…. So tanpa membuang masa saya bagi point form saja untuk anda lihat dan perhati betul betul dan fikir fikirkanlah yek……



Oleh sebab Inflasi, sebab tu makanan yang anda makan sekarang 100% kenaikannya. Jadi, saya sarankan pada anda semua, jadi macam saya.... simpan emas banyak banyak maksud saya sandarkan duit anda kepada emas yek.... bukan saya nak berlagak ataupun menunjuk nunjuk, cuma sebagai rujukan saja...... heheheheh..... PEACE YO!


Sharing is caring

TELUR VS DUIT

Salam semua pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni.... kali ini saya nak ceritakan pula kisah telur vs duit. Mesti terkejut kan kenapa saya buka cerita macam ni... hehehehe...

Okay ceritanya begini, sekarang ni kalau nak beli telur di Malaysia harganya RM1.50 untuk 3 Biji kan.....? 

Jadi, lain pula ceritanya di negara Zimbabwe di mana kalau nak beli telur 3 biji harganya 100 Hundrer Billion Dollar..... haaaa, nampak nampak nampak tak berapa banyak digit 0 (kosong) tu.... Macamana pula mereka hendak membeli beras...? setelah kajian demi kajian dibuat, mereka terpaksa mencari emas sendiri tidak kira gali tanah atau mendulang di sungai, memang sungguh menyedihkan kerana mereka perlukan beras untuk hidup dimana mereka perlukan  0.1Gram EMAS. Itu nama dia Inflasi yang paling teruk sekali di dunia.


Kita juga perlu beringat bahawa ekonomi yang berasaskan DUIT FIAT di Malaysia ini juga tidak terlepas daripada kegawatan ekonomi yang begitu hebat telah melanda Zimbabwe. Memang ada juga negara negara lain yang menghadapi nasib yang sama cuma tak disebutkan saja.

Sebab itu saya beritahu, EMAS dan PERAK merupakan sejenis logam yang mempunyai simpan nilai yang sangat baik dan ia juga kalis inflasi. Jadi, apa tunggu lagi....? Kumpulkan DINAR banyak banyak yek......... sebab tu saya ada post jugak TEKNIK HEDGING untuk anda kalis dari susut nilai wang kita.


Sharing is caring

Monday 15 July 2013

HARGA 1 DINAR TERKINI



Harga untuk 1 DINAR Terkini adalah sekitar RM600. Harga tertinggi dalam sejarah ialah sekitar RM830 iaitu pada tahun 2011. Penurunan mendadak minggu lepas disebabkan sentimen pemulihan ekonomi US membuatkan semua pasaran komoditi berlaku penurunan. Ini adalah berita gembira bagi sesiapa yang ingin perbanyakkan EMAS mereka.


Sharing is caring

Sunday 14 July 2013

LAGI CERITA TENTANG EMAS

Salam sejahtera kepada pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni. Sepertimana yang kita sedia maklum, mana mana pergi saja sekarang ni.... smuanya cerita tentang EMAS.... emas ini, emas itu, emas disini, emas disitu dan dimana mana, sampai peraduan peraduan sekarang pun tempat pertama mesti menang emas. Emas memang sangat penting, orang saja yang tidak tahu menilainya. Adanya emas anda boleh menjadi kaya. Ini adalah kali pertaman dalam sejarah. Tak percaya ke....? Okay kita lihat dibawah ini

"Putrajaya: Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) 2013 bakal membawa pulang hadiah jongkong emas seberat 350 gram (g) yang bernilai kira-kira RM70,000 selain wang tunai RM40,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemberian hadiah jongkong emas itu ditaja Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menggantikan hadiah kereta Proton Preve yang dijanjikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penganjur, sebelum ini. Menurutnya, pemberian jongkong emas itu adalah pertama kali dalam sejarah penganjuran MTQA bertujuan memudahkan pemenang membawa pulang hadiah ke negara mereka. “Pemberian jongkong emas berkenaan kepada pemenang memudahkan mereka membawa pulang hadiah itu termasuk boleh dimasukkan dalam poket saja.

“Pada masa sama, kita berbuat demikian selepas mendapati kemungkinan kos pengangkutan dan penghantaran kereta Proton Preve ke negara diwakili juara kategori qari dan qariah MTQA adalah lebih tinggi berbanding nilai hadiah itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan logo dan setem kenangan sempena ulang tahun ke-55 MTQA di Masjid Putra di sini, semalam. Majlis perasmian MTQA ke-55 akan disempurnakan oleh Timbalan Yang Pertuan Agong merangkap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.


Majlis penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 6 Julai ini. Dalam pada itu, Jamil berkata, beliau gembira kerana sehingga kini seramai 76 peserta mewakili 45 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Brunei, Indonesia dan Thailand sudah mengesahkan diri untuk menyertai."

Artikel di petik dari Harian Metro

*PS : Lepas baca ni, mesti anda semua faham kenapa emas sangat penting... so apa tunggu lagi, jangan bazirkan masa anda... pelajari ILMU EMAS di blog ini dan di mana mana blog tentang emas

PENGUNJUNG SETIA

Kepada Pengunjung Setia Blog emasfaiz ni, sila ambil perhatian bahawa setiap entry dalam semua posting adalah di update setiap hari. Jadi, semua posting ada 'INFO & TIPS' baru hampir setiap hari. Kalau nak tahu cerita sebelum sebelumnya just belek belek jek yek.... hehehehe.... OK ENJOY....

Sharing is caring

MENJUAL BARANG KEMAS EMAS

Belajar cara untuk menjual emas yang tidak diingini adalah di dalam fikiran ramai orang. Ramai di antara kita yang tidak mempunyai pekerjaan ingin mendapatkan wang tambahan dengan cepat. Jika anda adalah salah satu kategori ini, anda perlu memastikan bahawa anda akan mendapat lebih banyak wang untuk emas anda jika anda membuat keputusan untuk menjual barang kemas yang tidak diingini atau patah.

Salah satu perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan wang yang paling emas anda untuk memastikan anda mempertimbangkan semua pilihan yang ditawarkan. Apabila anda fikirkan untuk menjual barang kemas pada keuntungan yang cepat, ramai orang berfikir untuk menjual di kedai pajak. Pemegang Pajak Gadai boleh menawarkan emas anda kepada wang tunai, tetapi pada umumnya tidak boleh menawarkan wang yang banyak untuk barang kemas anda.

Perkara seterusnya yang perlu dipertimbangkan ialah kategori emas anda mahu menjual. Jika anda mempunyai barang kemas yang menarik atau buatan tangan, yang mempunyai banyak nilai jelas sebagai simbol kualiti, maka anda mungkin perlu pergi ke kedai emas untuk menjualnya. Jika anda ingin menjual perhiasan emas atau anting-anting emas, anda boleh pergi ke kedai emas tetapi ia tidak mempunyai nilai yang tinggi. Ini kerana, mereka pada dasarnya tidak mempunyai kepentingan dalam jualan semula  item. Berikut adalah perkara penting yang anda perlu memahami untuk belajar menjual perhiasan emas yang tidak diingini. Jelas sekali, ia tidak mempunyai nilai yang tinggi, hanya mempunyai harga yang lebih, apabila ia telah dicairkan.

 
Perkara seterusnya yang anda perlu pertimbangkan adalah jenis emas yang anda hendak jual. Jika anda mempunyai barang kemas yang cantik, barang kemas buatan tangan, yang banyak nilai kualiti yang tinggi, maka mungkin anda ingin menjualnya pada harga yang tinggi. Jika anda telah mempunyai kepingan perhiasan emas yang tidak diguna pakai, subang emas patah, anda boleh melawat laman web http://www.sayangemas.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut cara untuk mendapatkan harga tinggi untuk emas anda.

Sekarang anda mempunyai idea tentang nilai emas yang patah atau tidak diingini untuk menjual dan mendapatkan wang sebanyak mungkin? Pernahkah anda mendengar pembeli emas secara online? Terdapat banyak pembeli emas yang anda lihat melalu laman sesawang setiap hari. Akan tetapi, anda harus melakukan urusan menjual emas kepada pihak yang  berwibawa dan boleh dipercayai. Anda juga boleh melakukan penyemakan dengan Biro Perniagaan sekiranya mempunyai sebaran pertanyaan. Sekiranya anda mempunyai kepercayaan yang baik dan tepat, barulah boleh melakukan urusan menjual emas dengan yakin. Kadang kala pembeli emas melalui laman sesawang akan mengaut keuntungan yang tinggi. Anda mempunyai peluang dengan membuat sedikit kajian untuk mengurangkan pengantara dan memaksimumkan keuntungan mereka. Tunai bagi emas memberikan gambaran tentang kajian dan lebih hampir kepada pembeli diiktiraf sebagai panduan menjual emas. Lawati http://www.sayangemas.com/jual-emas.html dan belajar untuk menjual barang kemas dan wang secara langsung


Credit to sayangemas.com

Friday 12 July 2013

TEKNIK RAHSIA 2002

Jeng...... jeng...... jeng...... mesti anda semua terfikir bukan, kenapa saya letak tajuk Rahsia 2002 kan? Anda semua ingin tahu apa bendanya tu....? ok sebenarnya saya akan mengajar anda satu TEKNIK RAHSIA 2002 bagaimana anda boleh MEMBELI RUMAH TANPA MODAL DAN DAPAT EMAS SERTA TAMBAHAN DUIT berpandukan gaji anda RM2000 ke atas.

Saya akan beritahu RAHSIA 2002 ini apabila Count Visitor di blog emasfaiz ni mencecah 2002 pembaca....... jeng jeng jeng....... mungkin disini saya minta kerjasama dari anda semua untuk mempromote blog saya ni.... saya tak jual apa apa pun... malah ilmu yang percuma saya beri lagi ada....... tanpa apa apa bayaran... dan saya cuma beritahu rahsianya saja... hehhehe.....

TIPS : TEKNIK RAHSIA 2002 EMAS

Sharing is caring

Thursday 11 July 2013

LAWAK HARI INI

Hehehe... mungkin post ni terkeluar dari topik..... saya ada baca FB tadi....jadi, saya baca lawak tu kelakar la pulak... budak kecik ni umurnya 4 tahun loyar buruk sama nenek dia, nak tahu macamana ceritanya.....

Nenek : Faiz mana suratkhabar ?
Faiz : Suratkhabar tak ada dah kena makan.
Nenek : Saper yg makan ?
Faiz : Faiz laa . . .
Nenek : Pasal apa Faiz makan ?
Faiz : Sebab suratkhabar belum hantar lagi . . . Hujan lebat.


Sharing is caring

TIPS - HEDGING EMAS

Salam sejahtera semua kepada pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni..... hehehehe... kali ini saya akan memberitahu anda tentang Tips bagaimana hendak melakukan hedging. 

Apa itu HEDGING EMAS ?
Hedging Emas adalah cara melindungi nilai/ kekayaan atau asset kita dari kerugian, baik  inflasi atau kerugian kerana penyusutan nilai barang mahupun kerugian dalam perjalanan perniagaan. EMAS akan di Hedgingkan setiap keputusan pengeluaran duit kita untuk pelbagai kepentingan. Alasan menggunakan emas sebagai hedging adalah kerana emas adalah kalis inflasi sepanjang zaman yakni NILAINYA TETAP dan hanya emas saja yang mampu menewaskan INFLASI.

Di bawah ini adalah cartanya dan saya harap anda semua faham yek... heheheh.....


Sharing is caring

Wednesday 10 July 2013

EMAS ADALAH HARTA YANG SEBENAR

(Kepada mereka yang masih belum sedar, kita perlu beritahu bahawa dunia kita sedang berada di ambang krisis yang parah akibat sistem kapitalis. Dan, emas itu adalah antara dana penyelamat, aset bernilai masa depan!)

Emas kekal sehingga ke akhirat!
Nampaknya emas dan perak ini berperanan juga di negeri akhirat kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.

Dan hal ini mungkin juga hukuman bagi orang yang tidak membayar zakat atau mereka yang menggunakan emas, perak itu untuk menindas orang miskin, membeli hamba abdi dan menjatuhkan maruah wanita ke lembah pelacuran dan lainnya.

Manakala, bagi mereka yang beriman, dipakaikan gelang emas pada tangan mereka. Ia sesuatu yang diharamkan bagi lelaki di dunia ini, tetapi dihalalkan bagi mereka di akhirat kelak.

Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat dan ini menyebabkan harta itu berkitar semula kepada Muslimin dan dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.

Tidak disebutkan tentang duit ringgit, dollar Amerika, Rupee, Rupiah Indonesia, pesos Filipina atau New Shekels (ILS) di Israel.

Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!

Bezanya, jika pemilik emas itu jahat, maka emas itu dibakar di neraka dan mereka disiksa dengan kepanasan emas yang telah dilebur oleh api neraka Jahanam itu.


Sebaliknya, mereka yang beramal soleh, pandai menggunakan harta itu dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, maka emas itu akan dikembalikan kepada mereka di syurga kelak sebagai yang telah disebutkan Tuhan di dalam al-Quran tadi.

Sharing is caring

Tuesday 9 July 2013

ASPEK KESELAMATAN

KOTA BHARU Julai – Masih banyak kedai emas di negeri ini yang mengabaikan aspek keselamatan di premis perniagaan mereka dengan tidak mematuhi spesifikasi disarankan oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sesebuah kedai emas itu perlu dilengkapi dengan aspek keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV), pengawal keselamatan, palang besi dan sebagainya bagi memastikan premis berkenaan selamat.

Beliau berkata, pengabaian aspek keselamatan tersebut secara secara tidak langsung membuka peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah rompakan ke atas premis perniagaan berkenaan.

“Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kebanyakan premis aspek pencegahan dan keselamatannya sering terdedah kepada jenayah dan situasi ini membabitkan premis perniagaan di luar Kota Bharu.

“Bagaimanapun ada juga pemilik kedai emas yang telah 90 peratus mengikut spesifikasi aspek pencegahan dan keselamatan namun jumlahnya masih rendah.

“Sehubungan itu, saya nasihatkan semua pemilik kedai emas di negeri ini supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan. Ia sangat penting bagi memastikan premis perniagaan sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Cawangan Kedai Natika Gold and Diamond di Bazar Buluh Kubu hari ini.

Credit to ww3.utusan.com.my

Monday 8 July 2013

JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.

Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.

Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet ..susah-susah suruh saja baca blog ini atau blog emas yang lain.Macam-macam info emas ada.

Sunday 7 July 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa
 

emasfaiz.blogspot.com ingin mengucapkan kepada seluruh umat islam di dalam dan di luar negara menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan yang bakal tiba ini, semoga diberkati. SELAMAT BERPUASA.....

Sharing is caring

TIPS - TEKNIK RAHSIA 1001 EMAS

Salam sejahtera kepada semua pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni.... hehehehehe.... pada bulan JUN (klik sini)  yang lepas saya ada mengatakan bahawa sekirannya counter visitor melebihi 1001 ke atas, saya akan memberitahu tentang Teknik Rahsia 1001 kepada anda semua mengenai emas ni.... hari ini saya akan kotakan janji saya untuk membongkarkan rahsia ini. Ceirta dia senang jek....

Okay, adakah anda faham tentang jadual itu....? mungkin tidak kan...? ok di jadual itu saya akan mengajar anda bagaimana sekirannya harga emas RM155 = 1gram anda boleh membelinya dengan harga RM80 hingga RM90 1gram.... hehehehe... BEST kan....? okay, ceritanya begini, sebelum ni sekiranya anda hendak membeli 25gram emas, anda akan mengeluarkan sebanyak RM3875... betul tak.....? tapi saya boleh dapatkannya dengan harga cuma RM1964 sahaja..... tak caya..? bagaimana...? kalau ikut jadual, yang WARNA OREN tu saja MODAL anda ok.

1) Anda beli emas  = RM155 x 5Gram = RM 775 dan
pajak emas tadi mengikut kadar Ar Rahnu RM147 x 5Gram = RM735 x 65% = RM477.75
anda dapat RM477.75 dan tambah modal anda sebanyak RM297.25 = RM775

2) Anda beli lagi emas  = RM155 x 5Gram = RM 775 dan
pajak emas tadi mengikut kadar Ar Rahnu RM147 x 5Gram = RM735 x 65% = RM477.75
anda dapat RM477.75 dan tambah modal anda sebanyak RM297.25 = RM775

3) Anda beli lagi emas  = RM155 x 5Gram = RM 775 dan
pajak emas tadi mengikut kadar Ar Rahnu RM147 x 5Gram = RM735 x 65% = RM477.75
anda dapat RM477.75 dan tambah modal anda sebanyak RM297.25 = RM775

4) Anda beli lagi emas  = RM155 x 5Gram = RM 775 dan
pajak emas tadi mengikut kadar Ar Rahnu RM147 x 5Gram = RM735 x 65% = RM477.75
anda dapat RM477.75 dan tambah modal anda sebanyak RM297.25 = RM775

5) Yang terakhir anda beli lagi emas 5Gram dan emas tu anda simpan sebagai QUEEN... di mana selepas 6 bulan anda dapat tebus satu per satu..... okay.....


Sharing is caring



SIAPA KATA SIMPAN EMAS TAK UNTUNG ?

Salam semua, kembali kepada topik Siapa Kata Simpan Emas Tak Untung ? Topik ini memang hangat, saya ada terima bermacam email dan dari kawan kawan yang mengatakan simpan emas ada untung ke.....? hmmmm..... sedangkan mereka tidak tahu apa kehebatan emas.... cuba anda baca blog saya dari BULAN JUN 2013, saya rasa anda akan faham kenapa emas penting.....

Saya menulis blog ini untuk anda semua secara percuma, bukan kena bayar pun, saya tak minta sedikit wang pun dari anda bahkan saya mencurahkan ilmu kepada anda betapa pentingnya sekirannya anda ada emas walaupun 1Gram. Ada juga orang kata saya berlagak pandai, saya bukannya berlagak, saya cuma terangkan kepada anda betapa pentingnya emas

Sememangnya ada banyak lagi blog blog tentang certita emas ni... sama juga kalau anda buka blog lain... semuanya kata simpan emas mesti ada untung..... tatkala zaman rasullullah sendiri pun menggunakan emas (dinar) untuk membeli seekor kambing menggunakan 1 dinar emas. 1 Dinar emas tu besarnya duit syiling 10sen jek.....

Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.

Haaa.... apa tunggu lagi... hehehehe...... mulakan simpanan emas anda sekarang untuk jangkamasa panjang memang berbaloi dan dan dan saya repeat sekali lagi DAN Jangan pula nanti salahkan saya sekiranya satu hari nanti Wang Fiat sudah tidak bernilai, kita tidak tahu bila akan terjadi, akan tetapi anda perlu bersiap sedia. Itu saja.... heheheh...

Sharing is caring

Friday 5 July 2013

TAHUKAH ANDA UKURAN SKALA EMAS ?

Kebiasaanya kita mengira emas mengikut Gram dan Kilogram, tapi.... tahukah anda pengiraan ukuran skala bagi emas ? hehehehhe.... mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tidak..... kalau nak tahu baca di bawah ini dan simpan ilmu ni....

Sharing is caring

PAJAKKAN TERTINGGI

Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang PAJAKAN EMAS TERTINGGI. Selalunya kita lihat kalau kedai pajak biasa akan ambil 40-50%, kalau koperasi 60-65% dan Ar Rahnu Pos sehingga 70%. Sekiranya anda inginkan cagaran emas yang tinggi, anda boleh datang ke Ar Rahnu Express dimana ia akan memberikan % yang tinggi iaitu 75% maksima 6bulan + 3bulan.


Waktu
9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Hubungi
03-4252 8662 (Ampang Point)
03-6184 2857 (Sri Gombak)
03-6141 0139 (Sg Buloh)
09-5173 907 (Kuantan)
04-2611 176 (Penang)


Sharing is caring

Thursday 4 July 2013

INVESTOR ATAU TRADER

Adakah Anda Seorang Investor(Pelabur) atau Trader(Pedagang)?

Perniagaan

1- Ramai orang menganggap diri mereka seorang investor, walhal mereka hanyalah seorang trader, dan begitu juga seorang trader, turut menganggap diri mereka seorang investor. Mereka gagal mengenalpasti aktiviti yang mereka lakukan itu membuatkan mereka tergolong di kategori yang mana, sama juga seperti kegagalan mereka untuk menentukan yang mana Aset dan yang mana Liabiliti.

2- Saya beri gambaran mudah kepada anda

- Seorang Trader membeli sesuatu aset pelaburan dengan tujuan untuk DIJUAL semula pada harga yang lebih tinggi.

- Seorang Investor membeli sesuatu aset pelaburan dengan tujuan untuk DISIMPAN & DIGUNAKAN dan beliau mendapat hasil serta keuntungan berterusan darinya selagi aset itu masih dimilikinya.

3- Sebagai contoh, seorang Trader membeli seekor lembu, dibela dan kemudian dijual semula pada harga yang lebih tinggi, dan beliau mendapat keuntungan dari transaksi tersebut. Beliau akan mengulangi perkara yang sama bagi meraih keuntungan yang lain pula.

4- Manakala seorang Investor pula membeli seekor lembu, dibela dengan baik, kemudian susunya diperah dan dijual, maka ia mendapat keuntungan berterusan dari jualan susu tersebut selagi lembunya masih mengeluarkan susu atau mungkin lembu itu melahirkan anak, dan anaknya dijual bagi mendapatkan keuntungan yang berterusan.

5- Seorang Trader terpaksa mengulangi pekerjaan yang sama bagi meraih keuntungan dan mereka terdedah dengan risiko kerugian yang lebih besar. Berbanding seorang Investor, mereka hanya melakukan sesuatu kerja itu sekali sahaja, selainnya beliau mengurus Investment tersebut untuk mendapatkan keuntungan yang berterusan dan berpanjangan.

6- Begitu juga dengan pelaburan emas fizikal, adakah anda seorag Trader atau Investor? Adakah anda beli untuk dijual ataupun beli untuk disimpan dan digunakan? Jika anda mengatakan yang diri anda adalah seorang investor, maka anda perlu mengurus aset emas fizikal tersebut agar ianya dapat memberikan pulangan yang baik kepada anda.

Mudah kan? fikir2kan dan selamat beramal!
Credit to emasjutajuta.com

Wednesday 3 July 2013

KENAPA 1 DINAR ?

Salam semua, semuanya ok pada hari ini...? saya harap semua sihat sihat belaka. Post kali ini saya akan memberitahu kepada anda semua, KENAPA kita perlu ada 1 DINAR.....
Okay.... ceritanya senang aje...... dengan 1 dinar emas ni anda boleh membeli seekor kambing. 1 Dinar ni saiz dia kecik aje macam duit 10sen yang anda ada sekarang, tapi 1 dinar ni kuasa membelinya amat kuat..... macam macam kita boleh beli dengan menggunakan dinar ni. Kalau nak ceritakan memang panjang lebar dan akan membuatkan orang cepat bertukar fikiran. So saya letak point form lagi cepat. 1 Dinar kita boleh beli :
  1. Seekor Kambing
  2. Handphone touch skrin
  3. Laptop second hand
  4. Tidur hotel (honeymoon) 4hari 3malam
  5. Isi minyak kereta 10 kali
  6. Deposit Kereta kancil dan macam macam lagi......
 
Itu baru 1 Dinar, bayangkan kalau 10, 20 dan 50 Dinar.... macam macam anda boleh buat, so.... just beli dan simpan jek......Selamat membeli......

Sharing is caring