Salam sejahtera semua..... hehehehe... topik kali ini ialah Wang Fiat.... apa maksud WANG FIAT? Raya dah nak dekat ni..... jadi BNM akan mencetak lagi untuk buat dan edarkan kat bank bank sebagai pengeluaran untuk Duit Raya... hehehehhe....
Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan. Walaupun dipanggil dan dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.
Wang fiat menyelesaikan beberapa masalah wang komoditi. Wang kertas lebih mudah disimpan dan diangkut berbanding ketulan emas dan perak. Buku cek dan urus niaga elektronik memudahkan lagi pertukaran. Namun kegagalan besar wang kertas (dan syiling) adalah sebagai nilai simpanan. Dolar Amerika Syarikat (atau Nota Simpanan Persekutuan) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang kertas sering kehilangan nilainya melalui inflasi, kerana wang kertas sentiasa diisukan atau dikeluarkan.
Satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang (kerajaan) yang mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut serta.
Sharing is caring
No comments:
Post a Comment