LIKE US

Sunday, 28 July 2013

ROTI JALA EMAS

Resipi Ramadhan sumbangan Chef Ismail, dipetik dari ‘Kuisin Warisan Melayu’
Kredit: Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur

Bahan-bahan    
Air     880ml
Gula pasir     1kg
Daun pandan     3 helai, disimpul
Kuning telur ayam     10 biji
Daun pisang untuk kelongsong  
  


Cara
Masak air dan gula pasir dengan daun pandan sehingga mendidih.


Pukul kuning telur sehingga kembang.
 

Pegang kelongsong di atas air gula mendidih dan tuang kuning telur ke dalam kelongsong. 

Pusing-pusingkan kelongsong agar mendapat juraian kuning telur di dalam air gula membentuk seperti jala. Masak selama 2 saat sehingga jala emas masak.
 

Keluarkan jala emas dengan menggunakan senduk berlubang dan tuskan.

Credit to Catatan chef
Semasa menjuraikan kuning telur ke dalam air gula, padamkan api. Apabila semua kuning telur sudah habis dimasukkan, nyalakan semula api. Jangan masak jala emas terlalu lama kerana kuih ini akan menjadi keras.
 

Sentiasa sediakan air panas untuk ditambah ke dalam air gula yang akan memekat semasa memasak jala emas.Boleh juga digunakan cawan roti jala untuk mengirai kuning telur ke dalam air gula

No comments:

Post a Comment