LIKE US

Monday 8 July 2013

JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.

Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.

Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet ..susah-susah suruh saja baca blog ini atau blog emas yang lain.Macam-macam info emas ada.

No comments:

Post a Comment