Assalamualaikum, Bertemu kita lagi.
Semalam semasa mengemas buku-buku pelaburan saya, saya ternampak dengan sebuah buku yang saya baca beberapa bulan yang lalu, buku ini ditulis oleh Robert T.Kyosaki (RTK).
Soalan pertama dari RTK kepada Para pembaca adalah " Adakah Duit boleh membuat anda kaya ". Jawapannya adalah TIDAK. yang membuatkan anda menjadi kaya bukan duit itu, tetapi "Financial knowledge " yang akan membuat anda menjadi kaya. Bagaimana anda mengolah duit anda supaya menjana kewangan yang kukuh.
Sama seperti ada seorang pemain golf, Setiap tahun beliau membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli kayu golf, namun permainannya tetap sama, tetapi jika dia membelanjakan sedikit duit untuk mempelajari teknik permainan golf, maka jika dia menggunakan kayu golftahun lepas. pasti setiap tahun kejayaan bakal berlaku.
Banyak yang kita dapat lihat, ada ramai manusia yang pada hari ini seorang yang kaya-raya, namun dalam masa 3 tahun akan datang telah menjadi bangkrap dan sebagainya. Sebab itu saya cakap. Duit bukan punca masalah. Bagaimana mahu menjana duit itu yang lebih penting.
Imu adalah tangga kejayaan didalam apa jua bidang pelaburan
Sama juga didalam didalam pelaburan emas dan perak.
Saya pernah melalui situasi yang sama. Bermula dari tiada modal, saya pelajari bagaimana mencari modal dalam pelaburan dan mempelajari teknik pelaburan emas dan perak yang selamat dan betul. Saya control pelaburan saya seluruhnya, Berhabis ribuan ringgit untuk ilmu dan melalui beberapa kerugian dan kegagalan juga dalam perjalanan sebelum saya menjumpai keuntungan.
Sekarang !!! Jika harga akan datang Naik atau Turun saya tetap untung. Itulah ilmu yang penting. Yang penting anda mahu mencuba untuk berubah.Sebab itu saya tak heran. sebab saya ada ilmu kalau dulu hari-hari tengok harga emas.sekarang rilek, kalau harga jatuh pun saya tetap untung.
Silalah tambah ilmu pelaburan anda, nescaya jika ada melabur didalam "ilmu" pasti anda akan dapat mengelak kerugian ribuan ringgit pada masa hadapan kelak.
Contoh macam anda dari Kuala lumpur nak pergi Kedah la. Anda ada kereta, tapi jika anda tidak tahu jalan maka, pasti anda tidak sampai ke destinasi, dan "jalan" itulah perumpamaan bagi ilmu. ilmu dari saya akan saya ajar percuma
Credit to emaskaya.com
No comments:
Post a Comment