LIKE US

Sunday 14 July 2013

LAGI CERITA TENTANG EMAS

Salam sejahtera kepada pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni. Sepertimana yang kita sedia maklum, mana mana pergi saja sekarang ni.... smuanya cerita tentang EMAS.... emas ini, emas itu, emas disini, emas disitu dan dimana mana, sampai peraduan peraduan sekarang pun tempat pertama mesti menang emas. Emas memang sangat penting, orang saja yang tidak tahu menilainya. Adanya emas anda boleh menjadi kaya. Ini adalah kali pertaman dalam sejarah. Tak percaya ke....? Okay kita lihat dibawah ini

"Putrajaya: Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) 2013 bakal membawa pulang hadiah jongkong emas seberat 350 gram (g) yang bernilai kira-kira RM70,000 selain wang tunai RM40,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemberian hadiah jongkong emas itu ditaja Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menggantikan hadiah kereta Proton Preve yang dijanjikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penganjur, sebelum ini. Menurutnya, pemberian jongkong emas itu adalah pertama kali dalam sejarah penganjuran MTQA bertujuan memudahkan pemenang membawa pulang hadiah ke negara mereka. “Pemberian jongkong emas berkenaan kepada pemenang memudahkan mereka membawa pulang hadiah itu termasuk boleh dimasukkan dalam poket saja.

“Pada masa sama, kita berbuat demikian selepas mendapati kemungkinan kos pengangkutan dan penghantaran kereta Proton Preve ke negara diwakili juara kategori qari dan qariah MTQA adalah lebih tinggi berbanding nilai hadiah itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan logo dan setem kenangan sempena ulang tahun ke-55 MTQA di Masjid Putra di sini, semalam. Majlis perasmian MTQA ke-55 akan disempurnakan oleh Timbalan Yang Pertuan Agong merangkap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.


Majlis penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 6 Julai ini. Dalam pada itu, Jamil berkata, beliau gembira kerana sehingga kini seramai 76 peserta mewakili 45 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Brunei, Indonesia dan Thailand sudah mengesahkan diri untuk menyertai."

Artikel di petik dari Harian Metro

*PS : Lepas baca ni, mesti anda semua faham kenapa emas sangat penting... so apa tunggu lagi, jangan bazirkan masa anda... pelajari ILMU EMAS di blog ini dan di mana mana blog tentang emas

No comments:

Post a Comment