Salam kepada pengunjung setia blog emasfaiz ni. Post untuk kali ini ialah pengahapusan segala hutang dengan kata lain “Financial Freedom” heheheh….
Hmmm… anda nak tahu tips ini secara “short cut” atau “long cut” untuk hapuskan hutang anda. Kalau saya, tentu saya pilih “short cut” untuk hapuskannya kerana lepas dah ada duit lebih sikit, boleh sandarkan duit kepada emas pula…. Hehehehe…. Camana tu...? Senang saja
Contoh : Senaraikan segala hutang anda dari a to z secara “Ascending”
Dengan ini, cuba anda fikirkan sejenak… bagaimana caranya….??? Okay saya cadangkan kepada anda contoh gaji anda RM2200…. Anda kena cari lagi duit lebih sebanyak RM200, tak kira mana anda nak cari… mungkin buat part time MCDonald atau Jual Burger atau Jual Emas dan sebagainya. Katakan kalau malas nak cari RM200 tu… anda kena kurangkan makan luar, kurangkan beli pakaian dan lain lain…. Macamana sekalipun tetap kena ada RM200 sebagai spare anda.
Okay kalau dah ada, Alhamdulillah….dan saya terangkannya sekarang. Kalau biasa anda bayar minima kredit kad mungkin RM200 kan…? Jadi, ingat tak tadi anda ada spare RM200 so total dah RM400 kan…? Anda bayar kredit kad tu setiap bulan RM400 sampai selesai lebih kurang 8 Bulan.
Kalau dah habis bayar pergi ke step kedua, selalunya anda bayar loan RHB mungkin RM300 kan…. RM300 tadi + RM400 yang dah bayar habis kad tu, anda ada RM700. Bayar dan lakukannya lebih kurang 8 bulan juga. Sekarang anda dah spare RM700, okay… mungkin anda bayar maybank RM350 seperti biasa anda + RM700 tadi = RM1050 bayar loan tu selama lebih kurang 7 bulan.
Setelah selesai kita pergi ke step seterusnya bayar kereta kebiasaannya anda bayar RM350 + RM1050 = RM1400 dan bayar loan kereta selama lebih kurang 15 bulan.
Step yang terakhir loan rumah. Biasanya anda bayar RM400 jadi + RM1400 = RM1800 dan bayar setiap bulan selama 2 ½ tahun….
Itulah jalan ceritanya hehehe…… “FINANCIAL FREEDOM”
Gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.
Sharing is caring
No comments:
Post a Comment