LIKE US

Sunday 7 July 2013

SIAPA KATA SIMPAN EMAS TAK UNTUNG ?

Salam semua, kembali kepada topik Siapa Kata Simpan Emas Tak Untung ? Topik ini memang hangat, saya ada terima bermacam email dan dari kawan kawan yang mengatakan simpan emas ada untung ke.....? hmmmm..... sedangkan mereka tidak tahu apa kehebatan emas.... cuba anda baca blog saya dari BULAN JUN 2013, saya rasa anda akan faham kenapa emas penting.....

Saya menulis blog ini untuk anda semua secara percuma, bukan kena bayar pun, saya tak minta sedikit wang pun dari anda bahkan saya mencurahkan ilmu kepada anda betapa pentingnya sekirannya anda ada emas walaupun 1Gram. Ada juga orang kata saya berlagak pandai, saya bukannya berlagak, saya cuma terangkan kepada anda betapa pentingnya emas

Sememangnya ada banyak lagi blog blog tentang certita emas ni... sama juga kalau anda buka blog lain... semuanya kata simpan emas mesti ada untung..... tatkala zaman rasullullah sendiri pun menggunakan emas (dinar) untuk membeli seekor kambing menggunakan 1 dinar emas. 1 Dinar emas tu besarnya duit syiling 10sen jek.....

Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.

Haaa.... apa tunggu lagi... hehehehe...... mulakan simpanan emas anda sekarang untuk jangkamasa panjang memang berbaloi dan dan dan saya repeat sekali lagi DAN Jangan pula nanti salahkan saya sekiranya satu hari nanti Wang Fiat sudah tidak bernilai, kita tidak tahu bila akan terjadi, akan tetapi anda perlu bersiap sedia. Itu saja.... heheheh...

Sharing is caring

No comments:

Post a Comment