LIKE US

Thursday, 4 July 2013

INVESTOR ATAU TRADER

Adakah Anda Seorang Investor(Pelabur) atau Trader(Pedagang)?

Perniagaan

1- Ramai orang menganggap diri mereka seorang investor, walhal mereka hanyalah seorang trader, dan begitu juga seorang trader, turut menganggap diri mereka seorang investor. Mereka gagal mengenalpasti aktiviti yang mereka lakukan itu membuatkan mereka tergolong di kategori yang mana, sama juga seperti kegagalan mereka untuk menentukan yang mana Aset dan yang mana Liabiliti.

2- Saya beri gambaran mudah kepada anda

- Seorang Trader membeli sesuatu aset pelaburan dengan tujuan untuk DIJUAL semula pada harga yang lebih tinggi.

- Seorang Investor membeli sesuatu aset pelaburan dengan tujuan untuk DISIMPAN & DIGUNAKAN dan beliau mendapat hasil serta keuntungan berterusan darinya selagi aset itu masih dimilikinya.

3- Sebagai contoh, seorang Trader membeli seekor lembu, dibela dan kemudian dijual semula pada harga yang lebih tinggi, dan beliau mendapat keuntungan dari transaksi tersebut. Beliau akan mengulangi perkara yang sama bagi meraih keuntungan yang lain pula.

4- Manakala seorang Investor pula membeli seekor lembu, dibela dengan baik, kemudian susunya diperah dan dijual, maka ia mendapat keuntungan berterusan dari jualan susu tersebut selagi lembunya masih mengeluarkan susu atau mungkin lembu itu melahirkan anak, dan anaknya dijual bagi mendapatkan keuntungan yang berterusan.

5- Seorang Trader terpaksa mengulangi pekerjaan yang sama bagi meraih keuntungan dan mereka terdedah dengan risiko kerugian yang lebih besar. Berbanding seorang Investor, mereka hanya melakukan sesuatu kerja itu sekali sahaja, selainnya beliau mengurus Investment tersebut untuk mendapatkan keuntungan yang berterusan dan berpanjangan.

6- Begitu juga dengan pelaburan emas fizikal, adakah anda seorag Trader atau Investor? Adakah anda beli untuk dijual ataupun beli untuk disimpan dan digunakan? Jika anda mengatakan yang diri anda adalah seorang investor, maka anda perlu mengurus aset emas fizikal tersebut agar ianya dapat memberikan pulangan yang baik kepada anda.

Mudah kan? fikir2kan dan selamat beramal!
Credit to emasjutajuta.com

No comments:

Post a Comment