LIKE US

Tuesday 23 December 2014

BAKAL TURUN PARAS RM2 ....

INI ADA BERITA BAGUS BAGI PENGGEMAR PENGGEMAR MINYAK MENTAH.... MINYAK MENTAH DUNIA SUDAHPUN TURUN DARI $115 KEPADA $56 TERKINI.... INI SEMUA DISEBABKAN GEOPOLITIK DUNIA.. HEHEHEHE....


Jadi.. baru baru ini... sempena dengan minyak mentah dunia turun harga.... kerajaan bakal menurunkan harga minyak ke paras RM2 kebawah untuk :

RON 95 dan DIESEL

Ini semua bergantung pada minyak mentah dunia okay... lagipun sekarang minyak dunia tengah mengalami penggapungan terkawal.... hahahaha.... tunggu jek 31hb12 2014 waktu 8.00malam ada pengumuman nanti.....

EMAS PARAS $1185oz MASA SESUAI...

Salam semua kepada peminat dan pengunjung blog emasfaiz ni... 

hehehe...saja je nak bagitahu sikit ni fasal EMAS turun harga PARAS $1185oz adalah MASA sesuai untuk MEMBELI emas...

Rebutlah peluang ini dengan segera, sebab lepas ni mula tahun depan emas akan naik lagi tinggi... hehehehe...... dalam keadaan macam ni memang susah nak dapat harga yang termurah ni....

Monday 22 December 2014

CUBAAN MEROMPAK KEDAI EMAS GAGAL....

TAIPING – Sebuah kedai emas dekat Jalan Pasar, di sini hampir dirompak dua lelaki dalam kejadian jam 11 pagi, semalam.

Pemilik kedai dikenali sebagai Tang, berkata, dalam kejadian itu, kedai emasnya tiba-tiba sahaja didatangi dua lelaki yang memakai topi keledar.

Menurutnya, kedua-dua mereka meluru masuk ke dalam kedai dan  bertindak memecahkan rak pameran barang kemas menggunakan satu objek keras.

“Bagaimanapun kedua-dua lelaki berkenaan tidak sempat mengambil barang kemas tersebut kerana terkejut mendengar alat penggera keselamatan berbunyi,” katanya kepada MEDIA, di sini semalam.

Credit to Sinar Harian

Wednesday 29 October 2014

FAKTA AKHIR ZAMAN!! Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Kiamat Dah Hampir

Rasulullah SAW bersabda, Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan ‘gunung emas’ yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’. (HR Bukhari).

Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda, Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya, lalu tertampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (HR Bukhari Muslim).

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas. Maka, siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.


Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Suriah, dan Irak itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman diungkapkan bahwa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahdi sebagai akhir zaman.

Wednesday 1 October 2014

TETAP NAIK....

Salam semua kepada pengunjung pengunjung setia blog emasfaiz ni.... hehehe.... lama dah rasannya saya tak update blog ni....

SEBENARNYA.... TAHUN SUDAH SAYA DAH BAGITAHU MINYAK AKAN NAIK LAGI.... NI LINK DIA Harga Minyak Tahun 2013 DAN PADA MASA SAMA.. SAYA DAH BAGITAHU MINYAK AKAN NAIK LAGI TAHUN DEPAN (maknannya tahun ni 2014) .... SO SEKARANG DAH NAIK LAGI 20Sen.....

Come on laaa.... dulu kata tak kan naik... tapi tup tap tup tap NAIK PLAK.... memang bagi korang 20sen tu tak besar... tapi cuba korang tengok tahun 2013 naik 20sen... tahun 2014 naik 20sen.. TAK MUSTAHIL TAHUN 2015 akan naik LAGI 30sen.... kalau tak caya korang tengok tahun depan pulak yek... tungguuuu..... hikhikhik

RON 97 = HARGA MASIH KEKAL RM2.85
RON 95 = RM 2.10 Sebelum dan RM 2.30 HARGA BARU
DIESEL = RM 2.00 Sebelum dan RM 2.20 HARGA BARU

Jangan marah kat saya pula yek... saya just post only... hehehehe...... lepas ni kita tengok pula apa yang naik.... kemungkinan Tariff Eletrik dan Harga Barang... atau mungkin Minyak akan naik lagi.....

Thursday 17 July 2014

PESAWAT MAS MH17 TERHEMPAS....

Salam Sejahtera dan emasfaiz.blogspot.com mengucapkan Takziah kepada semua waris waris Pesawat MAS MH17...

Berita Utama : Mengikut sumber reuters Pesawat MAS MH17 ditembah jatuh di Timur Ukraine berada pada ketinggian 10 km.



Sebelum ini, kita dikejutkan dengan kehilangan MH370 masih belum terubat lagi, inikan pula berlaku lagi satu lagi perkara tragis mengenai pesawat MAS. 


Pesawat 9M-MRD dari model Boeing 777-200 MH17 dalam penerbangan dari Amesterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.Boeing 777 MH17 terhempas berdekatan sempadan Ukraine dan Russia yang dipercayai ditembak jatuh dengan senjata BUK-M2 di zon konflik kedua-dua negara tersebut. Penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu darat-ke udara. 

Tweet rasmi daripada Malaysia Airlines berkenaan kemalangan MH17 di Ukraine
Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:

    23 warga Malaysian
    154 warga Belanda
    27 warga Australia
    11 warga Indonesia
    6 warga British
    4 warga Jerman
    4 warga Belgium
    3 warga Filipina
    1 warga Kanada



Tuesday 24 June 2014

Bayar Hutang Kad Kredit Guna EMAS....

Salam Sejahtera,
Berjumpa kita semula untuk kali ini teknik dimana anda Harus ada Emas untuk membayar Hutang Kad Kredit anda dengan mudah......

Tekniknya adalah seperti berikut:

* Cara terbaik adalah anda beli EMAS / DINAR
* Kemudian Pajak Emas / Dinar Tersebut
* Duit yang anda dapat setelah pajak, Segeralah membayar Kad Kredit anda.

Kad kredit adalah musuh utama pengguna di Malaysia. Dengan kadar 1.5% sebulan dan 18% setahun. Ia adalah satu instrumen Ah Long yang Bertauliah dari Bank untuk memberi hutangan dengan pulangan setinggi itu,
Saya tahu apakah yang anda ingin kata kan pada saya ; "jika saya beli emas dan pajak, saya masih berhutang dengan Ar-Rahnu kerana caj simpan sebanyak 0.75% sebulan dan 9% setahun."


Sebenarnya, teknik ini adalah lebih baik dari pada membayar 2 kali ganda interest yang dikenakan dan pada akhirnya anda dapat membayar hutang dan juga mendapat emas. Tapi ingat, dengan kenaikan emas (sebagai contoh konservatif sebanyak 20%, anda mendapat lebih pulangan) dengan nilai emas yang semakin tinggi.

Selamat Mencuba... 
"Sharing Is Caring"

Thursday 27 March 2014

IRAQ BELI 36 TAN EMAS SECARA MENGEJUT...!!!

Salam semua kepada peminat dan pengunjung blog emasfaiz ni... hehehe... topik kali ini pasal EMAS.... hmmm di mana baru baru ini ada negara yang membuat pembelian EMAS secara mengejut sebanyak 36 Tan Emas ler...... NEGARA MANA YANG BELI TU....? Negara Iraq ler yang beli emas banyak tu, Wooooowwwww... banyaknya...... untuk melihat matawang tersebut sila klik Web Central Bank Iraq
 
Seperti yang kita tahu, Iraq ni sudah hampir 11 tahun di jajah oleh Amerika dan negara ni juga telah lepas dari sekatan Chapter 7, tahun 2013 yang lepas..... hmmm nampaknya semakin hampir la ni.... hehehe apa yang hampir tu....? bagi pemegang pemegang dinar iraq dari tahun 2003 lagi (duit iraq baru), kemungkinan dan kebarangkalian duit iraq ni akan di apungkan secepat mungkin..... BILA TU...? jangan tanya aku bila daaaa...... sebab kalau ikut prediction, kemungkinan bulan April sebelum Pilihanraya Iraq yang bakal berlangsung 30hb April 2014 ni.....

DINAR IRAQ PART 1
DINAR IRAQ PART 2
DINAR IRAQ PART 3
DINAR IRAQ PART 4
DINAR IRAQ PART 5

Monday 24 March 2014

UCAPAN TAKZIAH KEPADA SEMUA WARIS WARIS PESAWAT MH370

emasfaiz.blogspot.com mengucapkan Takziah kepada semua waris waris Pesawat MH370

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Beliau telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.



Pada masa yang sama, Amerika Syarikat (AS) menghantar peralatan mencari kotak hitam ke kawasan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi, berdekatan perairan Australia.

Friday 14 March 2014

MH370: RAJA BOMOH UGUT SAMAN SESIAPA TUDUH RITUALNYA LANGGAR SYARIAT ISLAM

Salam kembali dengan Edisi Khas tentang Raja Bomoh yang hangat diperkatakan ketika ini tentang pencarian MH370 777 pesawat yang hilang dari radar pada sabtu 08/03/2014 yang lalu.

Credit to : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bomoh-threatens-to-sue-those-who-accuse-him-of-deviant-practices
dan
http://my.news.yahoo.com/mh370-raja-bomoh-ugut-saman-sesiapa-tuduh-ritualnya-023944140.html 
 

Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.


“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.
 

“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.


Maklumat lanjut, sila klik link diatas..... hehehehe terima kasih.....

Monday 10 March 2014

MISTERI MH370 777

SALAM SEMUA, ANDA MASIH BERSEDIH... DAN SAYA JUGA MASIH BERSEDIH TENTANG MISTERI KEHILANGAN...... MH370 777 KAPAL TERBANG YANG AMAT BESAR BOLEH HILANG DARI PANDANGAN KITA SEMUA SELURUH DUNIA.....

KECANGGIHAN DUNIA TIDAK DAPAT MAMPU MELAKUKAN UNTUK PENCARIAN TERSEBUT, WALAU SEMODEN MANA SEKALIPUN PERALATAN YANG ADA, MASIH TIDAK LAGI YANG DAPAT MENANDINGINYA.

SAYA SELAKU ADMIN KEPADA BLOG INI, TIDAK AKAN MEMBUAT SEBARANG SPEKULASI APA APA YANG BERKAITAN DENGAN KEHILANGAN PESAWAT TERSEBUT, APA YANG INGIN SAYA PERKATAKAN ADALAH SEMUA INI ADALAH UJIAN DARI TUHAN (ALLAH), KITA MAMPU MERANGCANG, HANYA DIA AKAN MENENTUKAN.

TETAPI, SAYA PERNAH MENDEGAR BEBERAPA INFORMASI TENTANG 7 PETALA LANGIT DAN 7 PETALA BUMI, MUNGKIN INI BOLEH MERUNGKAI SEGALA GALANYA TENTANG "GHAIBNYA KAPAL TERBANG MH370 TERSEBUT" KITA MAMPU BERDOA, DUNIA MAMPU BERDOA AKAN KEMBALINYA KAPAL TERSEBUT.

"ITULAH NAMANYA 7 PETALA BUMI DAN 7 PETALA LANGIT..... WALLAHUALAM....... SESUNGGUHNYA BENDA ITU ADA CUMA PANDANGAN DARI MATA KASAR MEMANG KITA TIDAK NAMPAK.... APABILA MASUK KE ALAM SANA (GHAIB), KEMUNGKINAN BOLEH KELUAR DAN KEMUNGKINAN TIDAK BOLEH.... KUASA ALLAH KAN, TIADA SIAPA YANG TAHU....."

"YA ALLAH SESUNGGUHNYA BENAR KAPAL TERSEBUT BERADA DI ATAS LANGIT, TURUNKANLAH IA... DAN SEKIRANYA KAPAL TERSEBUT BERADA DI LAUTAN, TIMBULKAN LAH IA.... SESUNGGUHNYA KAMI INI MAMPU MERANCANG, HANYA ENGKAU SAJA YANG DAPAT MENENTUKAN..... AAMINN....."


TERKINI MISI MENCARI PESAWAT MH370 BOEING 777

Salam dan bertermu kita kembali untuk kali ini tentang Pencarian Pesawat MH370 Boeing 777 yang telah hilang pada 08/03/2014. Gambar di sebelah adalah koordinat dimana pesawat telah mula hilang dari Radar.

Berita Terkini 12.00 Tengahari 10/03/2014 :
Beberapa negara telah membantu negara Malaysia untuk menyertai Misi ini antaranya ialah Singapura, Amerika Syarikat, Thailand, Vietnam, China, Indonesia, Australia dan Filipina. 

Moga pesawat Boeing MH370 berjaya ditemui dengan selamat. Sekiranya ditemui dalam keadaan yang kami tidak redha, kami akan redha segala ketentuan mu Ya Allah S.W.T. Hanya Dirimu Yang Maha Mengetahuinya.


 Mereka (Krew) yang bersama Penerbangan MAS MH 370 777 BOEING
 

 PRAY FOR MAS MH370-777

Sunday 9 March 2014

PESAWAT MH370 BOEING 777-200 HILANG....????

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas.

"Satu penerbangan MH370 yang menggunakan BOEING 777-200 pesawat yang membawa sebanyak 227 penumpang dan 12 anak kapal yang telah dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi semalam (08/03/2014), telah hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi (08/03/2014) semalam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sehingga kini masih lagi dalam siasatan."

Pada masa yang sama, pelbagai SPEKULASI yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak yang tak berkenaan dimana ada yang kata :

Kapal Hilang disebabkan Meletup
Kapal Hendak Mendarat Semula
Kapal Hilang disebabkan Bermuda Triangle
Kapal Hilang disebabkan Masuk Ke Dimensi Lain
Kapal Meletup akibat Di Bom

DAN MACAM MACAM LAGI...... HMMMM HENTIKAN SPEKULASI YANG TAK BERASAS.....!!! APA YANG PENTING KITA DOAKAN SAJA AGAR MEREKA KEMBALI SEMULA.... ALLAH MAHA BERKUASA... DIA TAHU SEGALA GALANYA....

P/S: AKU HERANLER.... NAPA MEDIA MALAYSIA NI NAK SOROKKAN MAKLUMAT....  ADUHHHSSS..... LAMBAT UPDATED TUL LER MALAYSIA NI... KESIAN LER WARIS WARIS DIORANG TU.....

Wednesday 5 March 2014

KENAPA 1 DINAR ?

Salam semua, semuanya ok pada hari ini...? saya harap semua sihat sihat belaka. Post kali ini saya akan memberitahu kepada anda semua, KENAPA kita perlu ada 1 DINAR.....
Okay.... ceritanya senang aje...... dengan 1 dinar emas ni anda boleh membeli seekor kambing. 1 Dinar ni saiz dia kecik aje macam duit 10sen yang anda ada sekarang, tapi 1 dinar ni kuasa membelinya amat kuat..... macam macam kita boleh beli dengan menggunakan dinar ni. Kalau nak ceritakan memang panjang lebar dan akan membuatkan orang cepat bertukar fikiran. So saya letak point form lagi cepat. 1 Dinar kita boleh beli :
  1. Seekor Kambing
  2. Handphone touch skrin
  3. Laptop second hand
  4. Tidur hotel (honeymoon) 4hari 3malam
  5. Isi minyak kereta 10 kali
  6. Deposit Kereta kancil dan macam macam lagi......
 
Itu baru 1 Dinar, bayangkan kalau 10, 20 dan 50 Dinar.... macam macam anda boleh buat, so.... just beli dan simpan jek......Selamat membeli......

Sharing is caring

Tuesday 4 February 2014

RED CARPET TERBAKAR....!!!

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas. Tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia 2014 kan.... hehehehe.... dengar ceritanya baru baru ini di I-City Shah Alam tu ada Red Carpet Interactive kan..? di mana kita boleh tengok patung patung yang glamor di perbuat dari lilin lilin yang berharga amat mahal sekali sehingga mencecah ratusan ribuan untuk satu unit patung yang di buat.

  Saya baru saja pergi ke I-City baru baru ini untuk melawat sana sini.. apa yang tak mengembirakan hati ialah Red Carpet di I-City terbakar, so takleh nak masuk sana... cuma boleh masuk di bahagian bawah saja... yang kat atas tak dapat masuk.... aduuhhhhh rugi rugi..... baru nak pergi enjoy dah terbakar la pulak.....



Credit Video to Yahoo News....

Monday 3 February 2014

BETUL KE.... CIMB UPDATED....???

Salam semua kepada peminat dan pengunjung blog emasfaiz ni... hehehe...saja je nak bagitahu INFO dimana baru baru ini CIMB telah melakukan UPGRADE pada SYSTEM..... 

Pastikan anda semua akan dapat melihat NOMBOR AKAUN CIMB anda telahpun BERTUKAR.... heheheh...


Monday 27 January 2014

AWAN KUDA...!!! PELIK NI.... (SABAH)

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas. Sebelum ni artikel yang telah saya bagi ialah mengenai SALJI dan SEJUK.... tapi kali ni memang tak di duga macam pelik pun ada juga ni.....
Seorang jurugambar Jimmy Omar, berada di puncak Bukit Padang sekitar jam 6.59 pagi semalam ketika terpandang imej awan tersebut.telah menangkap kejadian pelik tersebut di Kota Kinabalu (Sabah). Dia menyedari akan keunikan tersebut, beliau yang kebetulan membawa kamera dengan sepantas kilat mengabadikan detik tersebut. Kelihatan dalam gambar adalah bentuk awan yang menyerupai seekor kuda yang sedang berlari dengan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang. 
 

Credit Imej to Jimmy Omar........

Friday 24 January 2014

APA...!!! ICE AGE KAT MALAYSIA...???

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas.WOWWWW BANYAKNYA CERITA BERKENAAN SALJI YEK.... sebelum ni kita di kejutkan dengan SALJI yang melanda beberapa negara iaitu MESIR, FILIPINA, VIETNAM, INDONESIA, AMERIKA dan CANADA...... tapi kali ini bukan cerita salji... cerita yang berikutnya CUACA SEJUK DI MALAYSIA.... hehehe nak tergelak pun ada... tapi nak wat camna...? dah memang orang kata sejuk.. kita pun kena kata sejuk juga kan.... sejuk yang macamna...? alaaa macam ICE AGE....
 
Kalau mengikut kajian yang sebelum ni.... memang negara kita Malaysia pernah mengalaminya sebelum ini di sesetengah tempat di Pantai Timur, Utara dan Selatan ..... suhu yang menjengkau 20 darjah celcius ke bawah sebelum ni....Ini disebabkan ANGIN MONSUN dari negara China telah sampai dan memberikan tempias kepada negara kita.... 

Hmmm dengar kata Jabatan Meteorologi ada beritahu bahawa kita semua JANGAN PANIK dan menafsirkan sebarang kemungkinan termasuk SALJI akan ti di Malaysia.... YE KE...? yang ni aku tak pasti, tapi yang pasti sejuk ni dia kata akan habis lagi 2 minggu....

Cuaca sejuk ini bagaikan seperti Ais sebenarnya kan.... Harapan saya, Jangan Malaysia ni jadi Ais atau Salji sudahler.... tapi kita semua kena Redha.... Tuhan maha kuasa, kita tidak boleh melawannya.... akan tetapi kalau Malaysia ni jadi Ais atau turun Salji macam beberapa negara sebelum ni, kita semua hendaklah bersedia menempuh apa jua keadaan.....

Thursday 23 January 2014

SALJI DI AMERIKA DAN KANADA

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas.WOWWWW BANYAKNYA CERITA BERKENAAN SALJI YEK.... sebelum ni pada tahun 2013 salji telah berlaku di Mesir,  Filipina, Indonesia dan Vietnam. Kali ini pula Salji muncul di Amerika Syarikat dan Canada... tapi kali ini lain dari yang lain..... Ribut Salji dan Polar Vortex yang muncul dan menyebabkan beberapa tempat menjadi AIS.... hmmm dah macam cerita ICE AGE ler pula....


Ribut Salji Melanda Timur Laut Amerika Syarikat dan Canada pada Disember 2013 sehingga 22 January 2014 terkini. nampak gayanya dah macam negara ni darurat pun ada juga.
Kakitangan awam bagai mana pun, diarah bekerja dari rumah.

*Sekolah di Washington, Philadephia dan lima negeri lain, diarah tutup.

 
*Lapan daripadanya, menyebabkan mangsa cedera ringan.
 

*Jadual penerbangan di Washington, Philadephia dan New York City, tergendala.
 

*Jadual perjalanan kereta api di Newark, juga terkesan.
 

*New York - Penduduk di utara- timur Amerika Syarikat disyorkan untuk tinggal di dalam rumah , kerana rantau ini akan dilanda oleh ribut salji yang dijangka akan menurun setinggi 14in ( 35cm ) salji.
 

*Lebih daripada 3,200 penerbangan Amerika Syarikat telah dibatalkan.
 

*New York dan New England dijangka dilanda ribut salji , dengan gusts angin sehingga 72 km /jam.Di Kanada, suhu -26C (- 14F ) dicatatkan di Montreal dan Winnipeg , tidak termasuk faktor angin sejuk . 


 P/S : Nantikan lagi dengan edisi khas 2014..... hehehe.....
 

SALJI DI VIETNAM

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas.Kita telah di kejutkan sebelum ini Salji di Mesir,  Filipina dan Indonesia sebelum ini kan....??? Kali ini pula Salji muncul di Vietnam Pergunungan Sapa, daerah Lao Cai dan Ha Giang pula daaa.... memang agak pelik sedikit sebab negara ni berada di bawah garis khatulistiwa dan tak pernah pun ada salji sebelum nie..... maaf la yek lambat update....


15 Disember 2013, salji dilaporkan turun lagi mulai jam 9.30 pagi sehingga suhu jatuh ke paras beku pada pukul 11.30 pagi di pergunungan Sapa. Sapa juga adalah salah sebuah bandar yang menjadi daya tarikan pelancong untuk merasai fenomena salji pada setiap musim sejuk. Vietnam merupakan negara yang mempunyai iklim unik dimana kawasan selatan beriklim Tropika manakala bahagian utara iaitu hanya di Sapa beriklim sejuk atau dingin.
 

Ini boleh terjadi kerana Allah berkehendak untuk melakukan apa sahaja, mungkin apa yang berlaku di penghujung tahun 2013 adalah sebagai peringatan kepada kita semua yang masih lalai dan alpa. Mungkin tak lama lagi Malaysia pun boleh merasai musim salji.. hehe


 
P/S : Nantikan lagi dengan edisi khas tentang salji lagi yek untuk tahun 2014..... hehehe.....

Wednesday 22 January 2014

SALJI DI MESIR

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas.Kita telah di kejutkan sebelum ini Salji di Filipina dan Indonesia sebelum ini kan....??? Kali ini pula Salji muncul di Mesir (Tanah Arab) daaa....maaf la yek lambat update.....

Subhanaallah, semacam petanda macam dunia ni nak akhir zaman. Apabila Ribut Salji Melanda Padang Pasir Arab Saudi. Sesuatu yang aneh terjadi pada Rabu lalu (1/9/2013) di Arab Saudi. 


Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang di luar jangkaan.

SUBHANALLAH , tengok pelbagai perkara pelik sudah belaku di dunia ini, gurun yang panas tak turun-turun hujan pon boleh turun salji. Suatu hari padang pasir akan menjadi subur. Buat masa nie dah ada penemuan hutan di bawah padang pasir

P/S : Nantikan lagi dengan edisi khas tentang salji lagi yek.....

SALJI DI INDONESIA

Salam semua, hehehe....APA....!!!! INDONESIA DI LANDA SALJI....????
Semalam ada ramai yang mengatakan bahawa SALJI muncul di Indonesia kan...??? Pelik juga nie.... tapi sumbernya saya cari memang benar ia berlaku di Indonesia, tapi ia sebenarnya berlaku pada bulan OGOS 2013 tahun lepas ler. Mungkin, ada diantara kita yang baru mengetahui mengenainya akhir-akhir ini.


OK YEK..... INI TAHUN LEPAS PUNYA BERITA DAAAAA....

P/S : Nantikan lagi dengan edisi khas tentang salji lagi yek.....

SALJI DI FILIPINA

Salam dan bertermu juga kita untuk kali ini dalam edisi khas. Sudah hampir sebulan lebih saya tidak mengeluarkan artikel artikel ye... heheheh... kali ini saya akan mengeluarkan artikel dan kejadian pelik 2013 2014 mengenai SALJI.... maaf la yek lambat update.....
 
Satu fenomena pelik sangat luar biasa telah mengejutkan penduduk selatan Filipina 24 JULAI 2013 telah mengesahkan laporan bahawa salji lebat selama 3 jam dilaporkan kawasan-kawasan tertentu dalam kawasan Selatan.



 Saya tak tau nak cakap apa ini sememang nyer fenomena yang pelik kerana negara tersebut berada hampir di garis lintasan khatulistiwa dan tidak mungkin akan berlaku salji kecuali tempat tersebut berada di kawasan tanah yang tinggi. Inilah salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T

P/S : Nantikan lagi dengan edisi khas tentang salji lagi yek.....