LIKE US

Monday, 2 December 2013

SUDAH PENING......

Cerita sebenarnya macam ni... saya bukan nak PROPAGANDA okay... cuma nak bagitahu memang sekarang RAKYAT DI ABAIKAN.... ok kesimpulannya disini.... SEMUANYA NAIK dan PENING KEPALA BAGI YANG BERPENDAPATAN RENDAH macam saya ni......

SELEPAS PRU-13 BANYAK BENDA YANG NAIK DAN BAKAL NAIK 2014 :
  •     ASTRO NAIK
  •     ELEKTRIK NAIK
  •     ROKOK NAIK
  •     AYAM NAIK
  •     HARTANAH NAIK
  •     MINYAK NAIK
  •     CUKAI NAIK
  •     GULA NAIK
  •     HARGA BARANG NAIK
  •     GAS NAIK
  •     LEPAS NI APA PULA YANG NAIK SEBELUM MENJELANG 2014.....?????
Kena fikir la sikit, anda semua mesti ada akal kan....?
SO... SENDILI MAU INGAT LERRR......

Wednesday, 13 November 2013

YAHOO... MINYAK NAIK PASTU TURUN....

Salam semua kepada peminat dan pengunjung blog emasfaiz ni... hehehe...saja je nak bagitahu sikit ni fasal minyak ron..... sekejap naik sekejap turun.....



Hari tu kita dikejutkan dengan kenaikkan minyak ron 10sen 15sen 20sen.... mendadak pula tu.... pastu nak diturunkan pula minyak ron kepada 10sen kuatkuasa hari ini..... KESAHIHANNYA aku belum tahu lagi.... hehehehe... siapa yg dah isi minyak mungkin akan tahu.....


PS:/ AKAN TETAPI, ADAKAH PENURUNAN HARGA INI AKAN MEMBABITKAN TURUNNYA HARGA BARANG YANG TELAH NAIK TEMPOH HARI.....? HEHEHEHHE.... korang fikirler sendiri yek.....

Tuesday, 29 October 2013

APA DAH JADI NI....!!!

Salam Sejahtera di ucapkan kepada semua peminat blog emasfaiz ni..... hehehehe.... sejak kebelakangan ni ISU demi ISU hangat di perkatakan di Malaysia ni.... sudah pulak tu macam macam ada.... tidak ada angin tidak ada ribut tetiba jek ada ISU..... ish ish ish.. apa daaaaaaa...... ada HINT disitu......


Isu Pertama : Kes Jenayah
Isu Kedua : Kes Minyak Petrol Naik
Isu Ketiga : Kes Eletrik Naik
Isu Keempat : Kes Isu Bodoh
Isu Kelima : Kes Pukat Tunda
Isu Keenam : Kes Kezaliman
Isu Ketujuh : Kes Harga Ayam Naik
Isu Kelapan : Kes Harga Rokok Naik
Isu Kesembilan : Kes Subsidi Gula

Isu Kesepuluh : APA LAGI YANG AKAN NAIK....???? KITA BAWAKAN DI EPISOD AKAN DATANG.... SEGALA GALANYA AKAN NAIK NAK MEMBEBANKAN RAKYAT... PERCAYALAH.... HEHHEHE...  SAYA TIDAK MENYOKONG MANA MANA PIHAK OKAY... ADIOSSSSS....... (gaji aku kecik jek....... aduhhhh tension tahap gaban dah ni......)

Kena fikir la sikit, anda semua mesti ada akal kan....?
SO... SENDILI MAU INGAT LERRR......

Thursday, 24 October 2013

TAHNIAH DATUK......

Salam semua kepada peminat dan pengunjung blog emasfaiz ni... hehehe...saja je nak bagitahu sikit untuk dunia hiburan tanahair kita ni......

Jutaan tahniah emasfaiz.blogspot.com ucapkan kepada Jamal Abdillah yang dikurniai Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang, hari ini. 

Sememangnya jasa dan pengorbanan Jamal Abdillah di dalam bidang nyanyian sangat banyak dan gelaran seumpama ini memang layak diterima olehnya. Tahniah!!!

Tuesday, 22 October 2013

NAIK LAGI....!!!

Hehehehe... salam semua kepada peminat setia blog emasfaiz ni..... dulu kita dikejutkan dengan harga kenaikkan minyak.... lepas tu rokok... la ni pula EMAS ........ok....

Emas naik kali ini secara mendadak, tak tahu kenapa dan mengapa....

Walaupun harga emas naik di pasaran, orang tetap akan membelinya untuk masa depan mereka....

Monday, 21 October 2013

APA...??? FACEBOOK DOWN...!!!

Salam diucapkan kepada semua pengemar dan pelawat blog emasfaiz ni.. hehehehe.... kali ini post membawakan cerita "facebook down"

Semalam bertarikh 21 Oktober 2013, dalam pukul 10.00mlm - 12.00mlm waktu Malaysia, satu dunia tidak boleh mengakses atau menglike atau mengpost di media sosial gergasi itu. Sebenarnya... ia bukan down, ia disebabkan masalah teknikal yang berlaku di server mereka. OPPSSSS...!!!! terlebih sudah.... hehehehe....


Quote : "Facebook telah memohon maaf atas gangguan perkhidmatan yang ringkas menghalang pengguna dari posting ke laman rangkaian sosial pagi Isnin."

Thursday, 3 October 2013

TIDAK AKAN DIKELUARKAN...!!!

Salam semua kepada peminat dan pengunjung blog emasfaiz ni... hehehe... Post kali ini ialah mengenai Wang atau Duit RM36 note yang baru.....

Sebelum ini pada hari raya yang lepas lepas, note note baru telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100.... lepas isu demi isu... note yang baru RM20 telah muncul... hehehehhe....

Sekarang ni banyak atau ramai juga tertanya tanya, mana peginya note yang baru lagi satu...? Saya tanya kembali.... Note apakah itu...? sumber mengatakan Note yang RM36 tu ler..... (saya tersenyum) dan heheheh.... oooo note tu yek....? yang tu tak dikeluarkan di Malaysia ler..... kenapa tanya...? dia jawab konfius sikit ler.. dah cetak tapi tak keluar......

Saya tidak pasti kesahihan note yang dia kata kan itu RM36..... adakah anda semua pernah mendengar juga...? Note itu seperti gambar dibawah ini... dan PREDICTION saya, mungkin ada sebab mengapa ianya tidak dikeluarkan juga..... kalau tanya saya... saya nak tanya siapa....? TANYA LA SAMA BNM..... APA DAAAAA.....

Wednesday, 2 October 2013

TANGGUH....???

Salam sejahtera kepada semua peminat peminat blog emasfaiz ni... Setelah kita semua telah melihat dan mendengar bahawa penutupan AS pada hari kedua, dan hari ini adalah hari yang ketiganya, Presiden Barrack Obama telah menghubungi Perdana Menteri Najib Razak :

"Pagi tadi saya telah menerima panggilan daripada Obama yang menyampaikan kepada saya, kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa berikutan keadaan yang sedang berlaku di sana khususnya mengenai permasalahan yang membawa kepada penutupan sebahagian agensi kerajaan dan cabaran beliau untuk menaikan kadar siling hutang negara pada 17 Oktober ini, beliau tidak dapat melakukan lawatan ke sini. " katanya......

Tuesday, 1 October 2013

AMERIKA SYARIKAT DI TUTUP....???

UNTUK kali pertama dalam hampir dua dekad, kerajaan AS akan ditutup selepas Republikan dan Demokrat gagal mencapai persetujuan ke atas bagaimana untuk membiayai negara.

WhiteHouse bajet pejabat akan memberitahu agensi-agensi persekutuan untuk membatalkan semua perkhidmatan yang tidak penting, selepas Kongres gagal untuk meluluskan langkah-langkah pembiayaan jangka pendek sebelum tarikh akhir tengah malam.
Ini bermakna kerja-kerja kira-kira 800,000 pekerja akan "furloughed" - satu cuti sementara kerana keadaan tertentu - sementara ikon antarabangsa seperti Statue of Liberty, Grand Canyon dan Smithsonian Institution akan menutup pintu mereka kepada orang ramai.


Presiden Obama telah memberitahu anggota tentera beliau akan berusaha untuk mendapatkan Kongres untuk membuka semula kerajaan secepat mungkin, sebagai "penutupan akan memberi kesan ekonomi yang amat nyata pada orang sebenar, sekarang juga."


Monday, 30 September 2013

HARGA ROKOK NAIK...

Hehehehe... salam semua kepada peminat setia blog emasfaiz ni..... dulu kita dikejutkan dengan harga kenaikkan minyak.... kali ni pula ROKOK naik harga....ok....

ROKOK akan NAIK harga bermula dan berkuatkuasa pada 1 OKTOBER 2013. Tujuan berikutan harga itu naik adalah kerana banyak penyeludupan rokok yang terjadi di Malaysia ini.


Harga baharu itu susulan daripada kenaikan cukai eksais sebanyak 14% oleh kerajaan pada 27 September 2013. Harga kenaikkan adalah antara RM0.50 hingga RM1.00 bergantung pada jenis rokok dan tembakaunya.

Walaupun harga rokok di pasaran, orang tetap akan membeli walaupun itu bukan keutamaan berbanding kenaikan harga minyak!

Thursday, 26 September 2013

HARGA MINYAK NAIK LAGI....????

Hehehehe... salam semua kepada peminat setia blog emasfaiz ni..... dulu kita dikejutkan dengan harga kenaikkan minyak.... kali ni pula ura ura menyatakan minyak akan naik lagi.... JANGAN CEPAT MELATAH... JANGAN CEPAT MELATAH.... JANGAN CEPAT MELATAH ok....

Akan tetapi setelah kajian dibuat oleh saya sendiri selaku pemilik blog ini, kemungkinan ia akan terjadi juga kenaikan pada bulan oktober nanti..... itu just my PREDICTION saja... tapi jangan lak nak di heboh hebohkan.... semua ini adalah andaian sahaja.....

Sudah ada banyak web, blog, akhbar, media telah keluarkan statement seperti ini... percaya atau tidak, kena percaya juga la yek MINYAK AKAN NAIK HARGA LAGI.... kalau tanya saya berapa, saya akan jawab by my prediction iaitu 15sen sahaja per liter ok... jangan nak bambu saya lak... ini bukan kerja saya... saya pun macam orang lain juga PENYAMPAI INFO..... adiosssss......

Wednesday, 11 September 2013

KELUARAN MATAWANG USD YANG BARU.....

Salam semua... aku bukan nak mengagung agungkan duit US ni... cuma nak bagitahu je pengeluaran matawang USD yang baru akan di keluarkan pada 8 Oktober 2013 tahun ini.... 


Sejauh mana kesahihannya, kita tengok nanti duit dia pada tarikh tersebut.... Ini adalah untuk pengumpul duit duit lama dan baru ataupun hobby & collectors okay....

Tuesday, 10 September 2013

CICAK TOKEK RM1 JUTA

Salam semua... haaa ni cerita paling best dan kelakar... aku pun tak tahu sejauh mana kelakarnya tapi... pernahkah anda dengar nama CICAK TOKEK....? selain cicak tokek.... ada juga cicak cicak lain antaranya cicak kubing, cicakman... hahahahhah....cicak tokek ni mahal sebab penampilannya yang berwarna cantik sangat kot.....


Ok ceritanya macamni.... baru baru ni dalam radio aku dengar ada sorang perempuan tua umur dalam 90 tahun menyimpan Cicak Tokek ni... so nak jadikan cerita.... dia dan orang orangnya berpakat dan menyuruh salah sorang darinya cari customer untuk beli cicak tokek tu.... cerita tu tak panjang mana pun, yang lelaki ni pun nak melarikan diri sebab dah dapat cicak tokek tu la.... pastu nak cari customer.. pastu nak jual... so conclusionnya nak makan sorang la ni....

Perempuan tua tu pun bengang dan menyuruh lagi salah sorang darinya mencari lelaki tersebut dan surh bunuh lelaki tu... pastu dah kena bunuh... lelaki tu pun mati.....

Akhirnya cicak tokek tu dikembalikan pada perempuan tua tu....... Moral of the story, buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali......

Monday, 9 September 2013

GAGAL BAYAR PTPTN

Sejumlah RM300 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal dilunas peminjam akan mengakibatkan sekurang-kurangnya 15,000 pelajar tidak mendapat kemudahan itu daripada tabung berkenaan.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata sehubungan itu, sebanyak 400,000 peminjam tegar yang gagal melunaskan pinjaman dinasihat membuat bayaran bagi memastikan hak pelajar lain tidak dinafikan.

"Kini terdapat 400,000 peminjam tegar yang masih gagal membayar pinjaman yang berjumlah RM2.3 bilion. Jumlah ini besar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Aidilfitri Parlimen Lenggong di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga 31 Julai lepas, sebanyak 2.24 juta peminjam menikmati kemudahan pembiayaan PTPTN yang melibatkan peruntukan sebanyak RM50.52 bilion.

Katanya, bagi tempoh sama, perbadanan itu berjaya mengutip bayaran balik pinjaman sebanyak RM4.32 bilion.

"Budaya membayar balik pembiayaan PTPTN semakin meningkat dalam kalangan masyarakat hasil pelbagai program kesedaran dan tindakan penguatkuasaan serta sokongan padu masyarakat," katanya.

Anggota Parlimen Lenggong itu juga berkata bagi 2009, PTPTN berjaya mengutip sejumlah RM553 juta manakala bagi 2010, sebanyak RM638 juta, 2011 (RM737 juta) dan 2012 (RM800 juta).

Beliau berkata setiap tahun PTPTN memberi pinjaman kepada lebih 200,000 peminjam dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

Katanya, pada masa akan datang, perbadanan itu berhasrat memberi pinjaman kepada lebih ramai pelajar.


Kredit to BERNAMA

Thursday, 5 September 2013

TAK HABIS HABIS....

Salam semua.... saja je nak bagitahu ISU demi ISU lepas PRU13 ni dah banyak timbul.... ish ish ish.... macam macam dah kita dengar ni antaranya....

Kes Jenayah
Minyak Petrol Naik
Elektrik Naik
Isu Bodoh
Isu Pukat Tunda
Kes Kezaliman

MACAM MACAM KES LAAAA.... ish ish ish yang terbaru lak kata hari tu bila harga minyak naik, peniaga tak boleh sesuka hati naikkan harga barang.... tapi ada juga yang naik..... naik apa...? AYAM laaaa.... naik harga.... tak ke beban tu... dulu sekilo RM7 la ni sekilo RM8 hingga RM8.50 ish ish ish.... apa dah jadi sebenarnya ni.... MANA PERGI PEMANTAUAN TU....???

Cerita sebenarnya macam ni... saya bukan nak PROPAGANDA okay... cuma nak bagitahu memang sekarang RAKYAT DI ABAIKAN.... ok kesimpulannya disini.... KALAU MINYAK NAIK HARGA, BARANG AKAN TURUT NAIK HARGA... SUSAHNYA RAKYAT SEKARANG NI.. alaaa macam saya ni gaji tak sampai pun beribu.....hehehe

Kena fikir la sikit, anda semua mesti ada akal kan....? kalau dulu anda pergi kerja minyak kereta RM70 seminggu... tapi sekarang dah RM90 seminggu... TAHUKAH ANDA YANG PERBEZAANNYA AMAT MAHAL....??? Sebulan dah RM360, beza dulu cuma RM280 saja....RM80 tu sebenarnya macam macam anda boleh beli lagikan.... 

SO... SENDILI MAU INGAT LERRR......

Wednesday, 4 September 2013

LAGI LAGI MINYAK....

APA SUDAH JADI PADA NEGARA KITA....??? Salam semua.... hehehe.... haaaa kan saya dah kata pada post yang 2 hari lepas bahawa minyak akan naik lagi.... kan dah naik.... hehehehe.... kenapa la taknak naikkan serentak hari tu.... ish ish ish....

UPDATE NEWS :
Minyak RON97 = RM2.70 Harga Lama ; RM2.85 HARGA BARU

Hehehe..... Jangan Takut Semua.... saya boleh gerenti bahawa Minyak Kita akan Naik lagi 20SEN...... FANTASI vs REALITI

Rakyat semakin bijak membuat penilaian. Kami yang bayar, kami patut ambil kisah walaupun kenaikkan 15SEN dan 20SEN di lihat kecil oleh orang atasan. Hai geng, korang semua kena fikir jugak yek.... maksud tu berdasarkan per liter.... thats mean kalau selalu korang isi minyak RM50 Full Tank, Tapi kini korang isi RM70 Full Tank... banyak woooooo.....

Tuesday, 3 September 2013

ISU PANAS

Hehehe.... kita sambung lak dari semalam punya cerita......maksud saya cerita minyak tu laaaa..... hahaha... sekarang minyak sudah naik harga... korang kena terima jugak laaaa sebab korang semua and aku ni duk kat Malaysia......

Tapikan kerajaan akan perkenalkan RON 92 semula..... tahun 2009 diorang sudah tamatkan, so sekarang ni nak dikembalikan semula. TAPI.... ADA TAPINYA... APA YANG TAPI NYA...??? Ok... RON 92 sebenarnya banyak digunakan untuk MOTOSIKAL.... dan KERETA Jenis lama punya...... KALAU KERETA JENIS BARU.... tolong jangan guna.... silap haribulan ENJIN anda akan cepat rosak okay....... memanglah minyak tu murah...... SILA KAJI DAHULU YEK....


Haaa... yang ni lak satu lagi isu panas,  apa isunya..... "ISU BODOH" haaa yang ni saya taknak cakap lebih lebih... nanti saya pulak yang kena banned..... hehehe cari je kat google atau yahoo tu..... tapi cuma nak bagitahu sikit laaaa.... Sila bahasakan dengan betul.... maksud saya.....``Bahasa Jiwa Bangsa''. Ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, maka bahasa itulah yang membentuk jiwa kita yang sekali gus memercikkan jati diri kebangsaan. Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa - bangsa Malaysia."

Monday, 2 September 2013

MINYAK NAIK HARGA ???

Salam semua kepada pengunjung pengunjung setia blog emasfaiz ni.... hehehe.... jangan la korang marah lak ngan tajuk tu..... saja je saya letak tajuk tu nak bagitahu minyak kat Malaysia ni sudah naik harga.... Kadar kenaikkan tersebut adalah pada pukul 12.01 Tengah Malam Isnin nak masuk hari Selasa okay..... nasib baik aku isi fulltank tengahari tu......

RON 97 = HARGA MASIH KEKAL
RON 95 = RM 1.90 Sebelum dan RM 2.10 HARGA BARU
DIESEL = RM 1.80 Sebelum dan RM 2.00 HARGA BARU

Jangan marah kat saya pula yek... saya just post only... sebab dah takda idea dah ni tentang emas..... hehehehe...... lepas ni kita tengok pula apa yang naik.... kemungkinan Tariff Eletrik dan Harga Barang... atau mungkin Minyak akan naik lagi......

Thursday, 29 August 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA

  

WARGA KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS DAN EMASFAIZ.BLOGSPOT.COM  INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-56 KEPADA SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA.
 
MERDEKA!MERDEKA!!MERDEKA!!!

Wednesday, 28 August 2013

BERITA TERKINI "GLOBAL"

Salam semua.... saja je nak bagitahu untuk semua ALERT tentang semua nilai matawang dunia jatuh dan saham saham juga jatuh...... 


Yang bestnya Emas naik harga.... haaa kan saya dah kata hari tu... beli emas beli emas beli emas sebagai sandaran duit anda.... kita tidak akan tahu apa akan jadi selepas ini....


Keadaan Global sekarang tidak menentu.... saya pun tak tahu kenapa.... jadi apa yang saya bagitahu satu benda jek... DINAR EMAS.... so anda semua kena faham fahamla yek.....

Sharing is caring

Tuesday, 27 August 2013

DINAR IRAQ BARU IQD - Part 5 Paling Akhir

Salam semua... aku fikirkan dah akhir rupanya ada pengakhirannya... saya pun tak pasti kesahihannya lagi... sebab saya pun bukan orang IMF PBB NASDAQ dan sebagainya. Cuma apa yang perlu saya bagitahu sikit ni.... RV dah nak dekat sebelum bulan September ni kot..... hehehhehehe....

OK semua... INFO TErbAru ni..... RV akan terjadi sebelum september.... ni yang aku kaji dari hari tu sampai hari ini.... hari tu aku kehilangan link yang aku bookmarked... kali ini aku dah berhati hati.... link dia http://browse.feedreader.com/c/lightworkersxm/582423698 RV RV RV GO RV

Ok lepas ini post cerita lain pula ok, kita tinggalkan cerita IQD ni..... nanti kalau asyik cerita je tentang ni orang akan boring.....

Sharing is caring

Sunday, 25 August 2013

DINAR IRAQ BARU IQD - Part 4 Akhir

Hehehe... macam cerita drama la pulak pasal dinar ni.... okay, untuk last episode ni kemungkinan besar RV akan terjadi juga.. tapi tak banyak pun.... berikut adalah nilai nilainya.....

September RM0.01.... so yang ada IQD25k tu akan jadi RM250.00
Oktober RM0.10.... so yang ada IQD25k tu akan jadi RM2500.00
November RM1.00... so yang ada IQD25k tu akan jadi RM25,000.00

Itu saja info dari emasfaiz ni.... harap dan berdoa dan berusaha saja la yek..... Aminnnn.......

P/S: Katakanlah RV tak berlaku dalam tempoh tu.....apa anda akan buat?.... senang jek... korang simpan je la sampai ianya berlaku okay.... adiossss........

Friday, 23 August 2013

DINAR IRAQ BARU IQD - Part 3

Salam sekali lagi, berjumpa kita kembali untuk cerita Dinar  Iraq Part 3..... kali ini mungkin hangat juga yang hendak saya ceritakan tentang Dinar Iraq ni.....

Kajian telah dibuat untuk seterusnya ialah semalam ada sedikit gangguan di WALLSTREET NASDAQ selama 3 jam disana (outage) kemungkinan besar ini salah satu Global Currency Reset dimana, semua orang sudah tahu mengenai ini maksud saya RV ler.... mungkin ini berkait rapat dengan isu ni...
Isu seterusnya pula bila dah kaji, lepas ini kemungkinan besar Iraq Dinar (IQD) akan menjadi Iraq Dollar maksudnya gabungan nilai antara mereka berdua... entahlah tak tahu lagi sejauh mana kesahihan berita tu.... tapi kalau betul.... woooowwww 3kali ganda.... semua akan RV ler.....

Isu seterusnya nilai matawang akan bertukar kesemuanya kepada 1:1 (1 nisbah 1) dan penggunaan USD tidak lagi digunakan... itu mungkin "rumor" saja.... tapi kalau tengok balik benda ni... bila berlaku Global Currency Reset, macam macam boleh berlaku antaranya EMAS.... banyak cerita mengenai emas ni selepas di reset tu.... kemungkinan besar harga emas akan jadi $7000 per ounce dimana dalam Ringgit Malaysia 1gram = RM700.... uiiii mak aiiiii.... mahalnyaaaa....
Macamana sekalipun saya tidak boleh bercerita panjang lebar sangat kerana takut ada yang boring kat blog saya ni..... kita nantikan bulan September nanti apa kan terjadi pada Global Currency Reset okay......

Thursday, 22 August 2013

DINAR IRAQ BARU IQD - Part 2

Salam sekali lagi, berjumpa kita kembali untuk cerita Dinar  Iraq Part 2..... Setelah kajian demi kajian dibuat sehingga kini.... siapa yang melabur IQD ni memang mempunyai peluang yang cerah..... saya pun tak tahu sejauh mana kecerahannya.....

Mesyuarat tentang IQD pun telah di buat di sidang parlimen dinegara mereka..... banyak yang setuju maksud saya dari 100 buah negara... 93% rata rata telah bersetuju mengenai RV tersebut..... dan mereka akan membuat satu Reset Currency Global katanya... entahlah... saya pun tak tahu sebab tu rumors okay.... tapi kalau betul yang dikatakan oleh mereka... maknanya......????

Hehehe.... apapun kita tunggu saja berita selanjutnya dari mereka... anda beruntung kerana ada di antara anda baru tahu mengenai berita ini... bayangkan kawan kawan kita yang beli IQD ni dari tahun 2003 dulu.... huiii makkkk aiiii... tension menunggunya..... RV RV RV sampai penuh forum.. blog blog.... majalah majalah..... sosial sosial dan sebagainya tentang nilai ni....

Ada lagi cerita tentang RV ni... just post aje comment kat blog ni okay.... harap harap ianya berlaku jugak dalam tempoh terdekat ni.......adiosssss.......

DINAR IRAQ BARU IQD - Part 1

Wednesday, 21 August 2013

DINAR IRAQ BARU IQD - Part 1

Salam semua, mungkin saya dan anda semua belum terlambat lagi untuk ambil tahu tentang Iraq Dinar yang baru. Tapi, mungkin juga anda pernah mendengar cerita tentang Iraq Dinar ni.....

Ada yang mengatakan tentang Iraq Dinar ni boleh menjana sebanyak keuntungan sehingga 500%, tapi sejauh mana kesahihannya saya pun tak pasti.... kes ni saya ada dengar pada tahun 2003 hingga 2008.... lepas dari tahun 2008, ada juga dengar tentang RV..... apa yang RV ? RV tu mungkin Rateble Value..... dimana benda ni kalau terjadi.... nilai matawang tersebut akan menjadi lebih penting dari nilai nilai yang lain..... ish ish ish.... tak faham tak faham.....

Tapi takper, saya juga ada kaji benda ni, dari tahun 2010 hingga 2013 ni dengar ceritanya nak RV.... maksud saya rateable value tu dari USD:IQD (1 nisbah 1) wow wow wow.... ye ke....? kalau saya ada IQD25000 maknanya kalau ditukar saya akan dapat USD25000 = RM75000 hmmm pening pening... banyaknya duit walhal saya beli baru harganya RM100 untuk IQD25000......

Kajian demi kajian dibuat sehingga ke berita us dan iraq dan dunia tentang RV ni, sebenarnya agak sukar untuk didominasikannya..... tapi kalau jadi..... wahhhhh memang hebat..... kita ikuti kisahnya di Part 2 nanti yek......

DINAR IRAQ BARU IQD - Part 2

Sharing is caring

Tuesday, 20 August 2013

CATATAN DINAR DALAM HADIS


Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)". Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

    "Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)


    Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis) 




Sharing is caring

Monday, 19 August 2013

GOLD STORY

The US Federal Reserve It refuses to return the German gold before 2020

The wave of distrust in the dollar intensified after the German Bundesbank demanded the return of the huge quantity of gold stored in the U.S. Federal Reserve, who refuses to do so before 2020.

The entire operation could be delayed until 2020. The German representatives asked for permission to visit the vault of the Central Bank of the United States but did not get it.

Germany, which maintains there about half of its gold reserves, has reason for concern. In general, U.S. financial institutions are known for sell what does not exist.

For example, in 2012 Goldman Sachs sold gold certificates, ensuring that were secured by real gold in its vaults. However, as it turned out, not there was gold, and the bank was working on the basis of a fractional reserve system assuming that few depositors will demand their gold recovered.
Peter Boehringer, founder and president of the German Association of Precious Metals, believes it is a bad sign. “We have pushed the Bundesbank much, we sent him a lot of questions, as well as other entities. We have to know why not doing the appropriate audit, why not press to his partner, especially at the Federal Reserve, central bank to make an adequate audit. Why it is not possible to repatriate this gold? So there are a lot of reasons and unanswered questions,” he told Peter Boehringer to RT.

“The U.S. and the Federal Reserve are monetizing currently between 60-80% of newly issued federal debt, Treasuries. And its free purchasing is bad news for the U.S. debt, evidence that something is wrong with the quality of the U.S. dollar as a reserve currency. China and India probably consume 2,300 tons of gold altogether this year, which is almost 100% of world production”, he explained.

The U.S. Federal Reserve is one of the most secretive organizations in the world. For many years, stores vast amounts of gold from different countries. If once regarded as one of the safest places for bookings of several countries, now the situation has changed, since the gold stored there is running out as a result of its sale, bail or use like financial guarantee.


Credit to actualidad.rt.com/economia/view/103068-fed-negar-devolver-oro-alemania

BELI RUMAH IDAMAN ANDA

Salam semua..... hehehehe... topik kali ini adalah membeli rumah idaman anda menggunakan DINAR.... Tahukah anda dengan adanya 500 DINAR, anda berupaya membeli rumah yang beharga RM300,000.....??? dan kesudahannya anda memiliki 2 Aset Besar iaitu EMAS dan RUMAH.... kalau tak percaya tak apa.. saya tak memaksa anda pun.... hehehehe lawak lawak....


Okay ceritanya begini
Kalau setiap bulan anda beli 10 Dinar bermakna setahun 100 Dinar dan 5 Tahun 500 Dinar.....
Memang agak lama kan...? tetapi jika anda bijak anda boleh dapatkan 500 Dinar tu dalam masa 2 tahun jek..... hehehe..... Sila Rujuk Tips dan Teknik yang saya post pada bulan JUN dan JULY

Itu untuk shorcut okay..... okay lepas anda sudah tahu.... just pajak saja emas anda yang 500 Dinar tu dan anda boleh beli rumah secara CASH okay..... pastu bulan bulan bayar kat AR Rahnu la....

Kenapa saya berkata demikian...? senang je... cuba anda fikirkan kalau anda beli rumah RM300,000 dan buat pinjaman bank... pastu lama pula 35 tahun jenuh nak nunggu..... dan kena bayar sampai RM800,000 pulak tu... ish ish ish... tak sayang duit ke.....?

Dan cuba anda fikirkan bayar guna duit pajakkan DINAR anda tu..... kalau dihitungkan.... anda tak perlu nak bayar sampai RM800,000 tau..... anda cuma perlu bayar dalam RM350,000 jek....

"Kalau nak lagi best, katakan sekarang anda ada 500DINAR tu.... anda Jual ler and terus beli rumah cash... abis cerita......."

FIKIR FIKIRKANLAH YEK......

Sharing is caring

Sunday, 18 August 2013

HARGA DINAR SEMAKIN NAIK

Salam semua... hehehe... saja nak bagitahu sikit perkembangan harga dinar terkini semakin naik.... time saya BELI bulan JULAI RM585 tapi sekarang bulan OGOS sudah RM630... kalau dijual sudah ada untung.... jadi apa tunggu lagi kawan kawan.... beli lah dinar emas demi untuk masa depan anda......

Itu baru cerita 1Dinar untung RM45......
Cuba anda ada 10 Dinar masa tu......
Haaaa.... kan dah dapt RM450 bulat bulat dalam satu bulan... siapa yang nak bagi.... hehehehhe....
LEBIH BAIK ADA DARI TIADA

Sharing is caring

Friday, 16 August 2013

GUNA EMAS GANTI KAD KREDIT


Salam sejahtera kepada pengunjung setia blog emasfaiz ni….. Topik kali ini memang hangat dipasaran…. APA BENDA TU…? Okay saya akan terangkan kepada anda semua… kalau dulu anda ada Kad Kredit, tapi kini anda tidak perlukannya lagi…. KENAPA….? Sebab…. EMAS akan menggantikan kad kredit anda tu…. MACAMANA….? Senang saja….

Kad Kredit Interest 18% Setahun
Emas Upah Simpan 0.75Sen untuk setiap RM100


Kita lupakan cerita kad kredit yang interestnya 18% tu, kita fokus pada EMAS

1 Anda Beli Emas
2 Anda Pajak Emas dan dapat 65% Tunai dari nilai Marhum
3 Tebus kembali Emas selepas 6 Bulan


Tujuan utama adalah untuk jadikan emas sebagai sandaran urusan belanja, tanpa perlu bermegah dengan kad kredit jika kita ada Sistem Pinjaman secara islam - Ar Rahnu.
Mungkin anda tidak faham apa yang saya tuliskan ni… hehehe… takpa saya akan tunjukkan secara calculationnya…..


Contoh :

Beli Emas 10Gram = RM150 (Harga Semasa) = RM 1500
Pajak Di Ar Rahnu dapat 65% = RM 975
Kos Upah Simpan 0.75Sen X RM 7.31 X 6 Bulan = RM 43.86
JUMLAH KENA BAYAR RM 975 + RM 43.86 =  RM 1018.86 / 6Bulan = RM 169.81 Setiap  Bulan

Mesti anda sudah faham kan…..? Tapi cuba anda guna kad kredit… berapa perlu anda bayar…? Kira sendiri la ya….memang banyak beza. Hehehehe…..

"Dengan bermodalkan RM 975, terpulanglah kepada anda untuk beli apa apa barang kehendak, atau keperluan. Memang sungguh menarik permainan ini…. Barang dapat… Emas pun dapat….."



Sharing is caring

Thursday, 15 August 2013

BERITA TERKINI DI MESIR

JUMLAH KEMATIAN RAKYAT MESIR HINGGA KINI

Sumber R.N.N: Kiraan pertama angka syuhada’ sehingga kini melebihi 3,000 orang di seluruh negara sepanjang operasi ketenteraan semalam. Mereka yang terkorban di dua lokasi utama himpunan iaitu Raba’ah dan Nahdhah sahaja melebihi 2,500 orang.  Lebih 300 orang lagi dilaporkan terkorban di beberapa wilayah lain dalam perhimpunan yang diadakan sejurus pembunuhan di Raba’ah dan Nahdhah.

Walau bagaimanapun, hanya 350 mayat sahaja berjaya dikeluarkan dari Hospital Awam Raba’ah dibawa ke Masjid Al-Iman, kawasan Makram ‘Abid sebelum hospital tersebut dibakar. Baki mayat lain gagal dipindahkan dan hangus terbakar di dalam hospital. Kementerian Kesihatan pula mengumumkan 420 mayat lagi tiba di beberapa buah hospital lain.

Lebih 10,000 lagi dilaporkan cedera. Sementara itu Ikhwanonline melaporkan jurucakap Jabhah Salafiyah Hisham Kamal turut terbunuh ialah 65 orang kanak-kanak, ramai di tahap kritikal. Pihak hospital Raba’ah mengumumkan antara mereka yang terkorban ialah seorang ibu bersama dengab bayi yang disusunya akibat digilis oleh kereta perisai tentera
Credit to wanfauzi.com/jumlah-kematian-rakyat-mesir-terus-meningkat/#more-2306

Wednesday, 14 August 2013

HARGA EMAS NAIK TINGGI

Harga Emas telah naik tinggi selepas seminggu kita beraya.... oleh itu... marilah kita sama sama membeli emas supaya ia dapat naik tinggi lagi... hehehehhe...


Sharing is caring

CARA SEBENAR PELABURAN EMAS

Salam kembali kepada semua pengunjung blog emasfaiz nie..... hehehe... post yang seterusnya, saya ingin memberitahu cara sebenar membuat pelaburan emas sekirannya anda inginkan emas.....


  • Sediakan modal untuk beli Emas
  • Simpan Emas tersebut dan tunggu harganya naik
  • Jual semula bila harga dah naik dan anda akan dapat untung

Senang bukan...??? jadi apa tunggu lagi....??? just follow ler.....

Tuesday, 13 August 2013

GUNA FB & WHATSAPP SECARA PRODUKTIF


Facebook dan whatsapp, kalau digunakan dengan betul, boleh jimat banyak masa. Hanya dengan satu posting, kita boleh servis 100 customer sehari. Tapi kalau terjebak, boleh habis masa berjam-jam dengan facebook. Sejam mengadap facebook tak terasa apa, tapi kalau 30 minit mengadap Quran, rasa berpinar biji mata. (continue reading) http://www.mohdzulkifli.com/2013/07/gunakan-facebook-whatsapp-cara-produktif.html







Credit to mohdzulkifli.com

Monday, 5 August 2013

UCAPAN HARI RAYA KEPADA SEMUA

Salam kepada semua pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni.... Saya Admin dari emasfaiz.blogspot.com ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..... BERHATI HATI DI JALANRAYA.......

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman BLOGSPOT pun dah kira grand lah ye..!


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan


Sharing is caring