LIKE US

Monday 1 August 2016

IKLAN - TRAFFIC SANDWICH

Salam Sejahtera.... Ini ada cerita best sikit tentang Traffic Sandwich....

Tiga bulan lepas sewaktu aku bawa kereta nak ke office, tetiba je lampu hijau bertukar merah.... lalu... ku pun ter brek ...... tetiba... aku terlihat ada sorang mamat ada bawak barang sambil pegang dan mengangkat tangannya sambil tunjuk ke kereta dan motor yang sedang berhenti ketika tu.... pastu lampu sudah hijau... aku pun jalan.... (ni area setapak jalan genting kelang dekat dengan lampu isyarat)

Dua bulan lepas tu....lampu merah tempat yang sama menyebabkan kereta ku brek sekali lagi.... aku memandang lagi sekali pada mamat yang dulu ku pernah tengok bawak barang tersebut sambil pegang dan mengangkat tangannya... aku tengok jarak dekat.... laaaa "SANDWICH RUPANYA" dia jual.... murah tu.....RM1 JE HARGANYEEE..... pastu lampu sudah hijau... aku pun jalan...


Satu bulan lepas... kikiki... nampaknya sudah merentasi Tiga Bulan mamat tu niaga ni.. YANG BESTNYA.... First Time aku tengok Jiwa Kental Dia Ni Niaga Tengah Jalan Sesak... MEMANG POWER BANG.... takper... Rezeki ada dimana mana.... lalu... aku pun panggil dia dan beli 2 bungkus... sampai kat office... ku pun makan... MAK AIIIII... SODAPNYERRR....

*Kalau sesiapa ingin mencuba, boleh hubungi beliau iye.... 
019-2858586 - Traffic Sandwich

MINYAK DUNIA TURUN... MINYAK MALAYSIA NAIK....

Harga Minyak Sudahpun Naik Lagi 10sen Untuk Diesel WALHAL.... Minyak Dunia Sudah Turun... 

RON 95 = RM 1.75 Kekal
RON 97 = RM 2.10 Kekal
DIESEL = RM 1.60 Naik 10SEN menjadi RM 1.70


Thursday 30 June 2016

HARI RAYA BAKAL MENJELANG.....

Assalam......

Kuda perang berpacu kencang
Kuda beban berjalan pelan
Maafkan bila aku mengacau korang
Mohon maafkan segala kesalahan


Sebelum Ramadhan pergi..
Sebelum Idul fitri datang..
Sebelum operator sibuk..
Sebelum telegram pending..
Sebelum puasa habis..
Dari hati mengucapkan MINAL AIDIN WAL FAIDZIN
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

JULAI 2016 MINYAK NAIK LAGI

Tahniah! Tahniah!! Tahniah!!! Harga Minyak Sudahpun Naik Kuatkuasa Pukul 12.01pagi tadi.... Dahla Nak Raya... Gaji Kecik.... Rega Naik Plok.....

RON 95 = RM 1.75
RON 97 = RM 2.10
DIESEL = RM 1.60


NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH....

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang pada asalnya tiada nilai. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.


Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 30 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi.... sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 2.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 800% selama 30 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Julai 2016 adalah lebih kurang RM 750).