LIKE US

Thursday 15 August 2013

BERITA TERKINI DI MESIR

JUMLAH KEMATIAN RAKYAT MESIR HINGGA KINI

Sumber R.N.N: Kiraan pertama angka syuhada’ sehingga kini melebihi 3,000 orang di seluruh negara sepanjang operasi ketenteraan semalam. Mereka yang terkorban di dua lokasi utama himpunan iaitu Raba’ah dan Nahdhah sahaja melebihi 2,500 orang.  Lebih 300 orang lagi dilaporkan terkorban di beberapa wilayah lain dalam perhimpunan yang diadakan sejurus pembunuhan di Raba’ah dan Nahdhah.

Walau bagaimanapun, hanya 350 mayat sahaja berjaya dikeluarkan dari Hospital Awam Raba’ah dibawa ke Masjid Al-Iman, kawasan Makram ‘Abid sebelum hospital tersebut dibakar. Baki mayat lain gagal dipindahkan dan hangus terbakar di dalam hospital. Kementerian Kesihatan pula mengumumkan 420 mayat lagi tiba di beberapa buah hospital lain.

Lebih 10,000 lagi dilaporkan cedera. Sementara itu Ikhwanonline melaporkan jurucakap Jabhah Salafiyah Hisham Kamal turut terbunuh ialah 65 orang kanak-kanak, ramai di tahap kritikal. Pihak hospital Raba’ah mengumumkan antara mereka yang terkorban ialah seorang ibu bersama dengab bayi yang disusunya akibat digilis oleh kereta perisai tentera
Credit to wanfauzi.com/jumlah-kematian-rakyat-mesir-terus-meningkat/#more-2306

No comments:

Post a Comment