LIKE US

Wednesday 12 June 2013

PERANGKAP KAD KREDIT

Kad Kredit mudah memerangkap sesiapa sahaja masuk ke dalam belengu hutang. Sekali orang tu terjebak dengan hutang kad kredit, memang sukar nak keluar bak erti kata lain "ketagih" untuk hutang lagi unless dia betul-betul ‘insaf’. Selain daripada faktor terlalu mudah untuk dapatkan kad kredit di mana sales person yang dilantik oleh bank mempunyai sales target masing-masing, ada 2 ekor “hantu” yang menjerat peminjam tanpa mereka sedar iaitu:

Hantu #1 : Tak Terasa Duit Keluar

Buat belian dengan kad kredit ni, kita tak terasa duit mengalir keluar macam orang berjudi di kasino yang menggunakan cip-cip plastik. Mereka lalai berjudi dan tak terasa pun duit mereka mengalir keluar. Tahu-tahu, poket dah pokai! Kad kredit pun macam tu. Kita tak terasa duit keluar, yang kita tahu hanyalah swipe kad plastik, dan dapat barang seolah-olah barang tu dapat percuma! Bila datang statement, baru ‘terbeliak’ biji mata. Untuk menyedapkan hati, kita pun cakap, “tak aper, bayaran minimum cuma RM50 jer sebulan”... Murah jer. Bila kita rasa murah jer, hantu kedua bersiap sedia untuk menghisap darah kita iaitu “compounding interest” yang tinggi.

Hantu #2: “Compounding Interest” Yang Tinggi

Menurut Albert Einstein, “compounding” adalah perkara ajaib ke-9 di dunia. Kalau orang buat investment atau berniaga, perkembangan secara “compounding” inilah yang membuatkan pendapatan mereka meletup-letup! Tapi kalau orang berhutang, “compounding” itulah yang mempercepatkan mereka merengkok dalam penjara hutang!

Bukan sekadar “compounding”, tetapi interest 18% untuk kad kredit adalah interest paling tinggi dikenakan oleh pihak bank berbanding mana-mana jenis pinjaman! Mungkin ia boleh dianggap rendah sikit berbanding interest yang dikenakan oleh along! (“,)

Cuba bayangkan, kalau berhutang kad kredit RM5,000, dan membuat bayaran minimum setiap bulan secara berdisiplin, maka hutang tu akan fully-settled hampir 19 tahun! Dan jumlah hutang tu berganda menjadi RM10,000! Itu baru RM5,000, tapi saya perhati orang terbelengu hutang kad kredit biasanya mencecah 5 angka, bahkan seorang adjustor (penyiasat insurans) pernah bagi tahu saya satu kes yang mana seorang wanita bergaji RM15,000 sebulan, tapi dia terhutang kad kredit RM200,000 di waktu kematiannya! Jumlahnya cukup untuk beli sebuah banglo di Kelantan!... Nauzubillah...

Kalau sahabat nak pakai kad kredit, ingat pada dua (2) ekor hantu ni dan belajar disiplinkan diri menggunakan kad kredit. Saya pun pakai satu kad kredit sekarang, tapi saya belum pernah kena apa-apa caj tambahan kecuali yuran tahunan. Kalau kena pada gaya, kad kredit boleh memudahkan banyak urusan untuk jadi lebih kaya. InsyaAllah, dalam artikel lain nanti saya kongsikan cara disiplinkan diri menggunakan kad kredit dan cara keluar daripada belengu hutang kad kredit yang tak sudah-sudah. InsyaAllah...

Wallahu a’lam.

Credit to mohdzulkifli.com

No comments:

Post a Comment