LIKE US

Thursday 20 June 2013

RM ATAU EMAS ?

Salam semua kepada semua pengunjung pengunjung blog emasfaiz ni. Kali ini saya ingin mengajak anda supaya lebih berfikir lagi tentang kelebihan membeli emas fizikal ini. Ilmu ini saya belajar dari menotr saya dan saya kongsikan kepada anda.

Contoh :

Shahrul (kawan saya) mempunyai wang tunai sebanyak RM 100k dalam ASB. Pada masa yang sama shahrul ingin membeli sebuah kereta yang berharga RM 70k untuk kegunaanya. Bagaimana dan apakah langkah yang patut dia lakukan ?

1. Membuat pinjaman Bank sebanyak 70k untuk membeli kereta itu dan membayar ansuran sebanyak RM 770 sebulan selama 9 tahun dan pendahuluan sebanyak RM 8000. Dan dari dividen ASB purata 8% setahun untuk membayar installment kereta itu.

(RM100,000 - RM 8000) x 8% = RM 7360 setahun
Installment kereta setahun = RM 770 x 12 = RM 9240
Jadi beliau kena tambah RM hujung tahun sebanyak RM 1880 lagi setiap tahun untuk membayar installment kereta.

total yang perlu dibayar selama 9 tahun = RM 1880 x 9 = RM 16920, itu tidak termasuk kos-kos sampingan termasuk penyelenggaraan dan sebagainya.



2. Tetapi jika beliau seorang pelabur yang bijak, saya cadangkan kepada dia beli emas dengan duit tunai beliau RM100,000 kemudian pajak kan di Ar-rahnu dan mendapat 70% nilai pajakan beliau sebanyak RM 70,000. kemudian dengan duit RM 70,000 tadi beliau membeli kereta itu.

Dengan Kenaikan purata emas sebanyak 25 % (fakta) maka pada tahun ketiga kenaikan harga emas beliau telah menjadi 75 % iaitu RM 175,000. Pada ketika itu Beliau boleh menjual emas tersebut.

Upah Sewa di Ar-rahnu selama 3 tahun = 100,000 / 100 x 0.75sen x 36 bulan = RM 27000

nilai semasa - pinjaman - upah simpan = untung dalam tangan
RM175,000 - RM70000 - RM27000 = RM 78000

Setelah 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 78000

jadi modal asal RM 100,000 - untung dalam tangan RM 78000 = RM 22000

jadi maksudnya dia beli harga kereta RM70,000 tapi cume bayar RM22,000 sahaja .


tanpa perlu 'topup' lagi duit anda setiap tahun. dan upah simpan pun beliau boleh bayar setiap bulan sebanyak RM 750 lebih kurang dari ansuran kereta secara bulanan. Jadi anda boleh kira sendiri berapa perlu dibayar ? Menguntungkan bukan ?

Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu untuk memanipulasikan kewangan melalui emas. jangan bazirkan setiap sen wang anda. sentiasa sandarkan kepada emas

Konsep emas ini sangat subjektif dan mudah, yang penting anda tahu cara pengurusannya. Anda tak perlu bayar untuk ilmu yang tidak bernilai ini, cukuplah sekadar anda memahami konsep ini dan bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian itu dan purata kenaikan emas sebanyak 25 %, jika 30 % atau harga minyak dunia naik. jadi fikir-fikir kan ler... hehehe...

Sharing is caring

No comments:

Post a Comment